Konco-konco ku

Monday, September 24, 2012

CALON PRO-M UKM DI UGUT BUNUH?? ADA ANASIR LUAR CAMPUR TANGAN!!

Melihat senario Pilihanraya Kampus yang akan melabuhkan tirainya esok (25 September) dengan pembuangan undi oleh pelajar, nampaknya pelajar kita sudah diajar dengan taktik jahat yang dipercayai telah diajar oleh individu yang mempunyai kepentingan di luar kampus.

Calon Pro-Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikatakan telah diugut bunuh oleh individu yang tidak mahu mereka terus bertanding dalam PRK esok. Ugutan itu diterima oleh ibubapa masing-masing dan laporan polis juga dikatakan telah di buat di Penang dan Kedah.

Majalah lawak No.1 Malaysia, MalaysiaKini semacam beriya sungguh untuk mengenengahkan cerita panas ini. Tapi JB percaya yang mereka ini telah diberikan skrip yang sama seperti kes PRK tahun lepas yang mana menyaksikan Mastura Abu Bakar (Calon Pro-M UM) dikhabarkan telah hilang dan diculik semata-mata mahu menagih undi simpati kepada Pro-M.

Nampaknya pelajar kita yang masih belajar di IPTA lebih advance dari ahli politik sebenar. Dan yang lebih membimbangkan kita adalah budaya politik kotor yang cuba diterapkan ke dalam IPTA kemungkinan besar akan terbawa-bawa hingga keluar.

Cukup lah Anwar seorang yang jadi Drama-King. Kalau ramai yang nak jadi artis tempelan dalam politik letihlah kami nak melayannya. Belajar dulu ye adik-adik..Ingat masa depan, ingat makbapak..Jangan syok sangat nak berpolitik hingga lupa tujuan asal masuk IPT.

No comments:

Post a Comment

comment please.....