Walaupun agak terlewat mengenengahkan isu YB Celeng Sekinchan menyerang majlis sambutan hari raya belia anjuran YB DS Noh Omar di Tanjong Karang pada Sabtu lepas.
Aku pun tak faham apa motif Celeng Sekinchan, Che'gu Bard-Bee dan Yahya Shaari di demo penyerahan memorandum kepada DS Noh Omar tersebut. Tapi yang penting puak pakatan ni sengaja menempel di persatuan pengusaha burung layang-layang ni untuk mendapat sokongan mereka yang kononnya tertindas.
Sebelum mereka semua menuju ke khemah DS Noh, Pengerusi SERANG, Budiman Zohdi telah mara kehadapan untuk berbincang sedikit dan memberi amaran kepada rombongan itu supaya tidak membuat kecoh di majlis tersebut.
Namun ada segelintir pendemo yang telah menaikkan api kemarahan orang Melayu disitu dengan gambar provokasi DS Noh yang dicetak di banner yang dibawa. Akibatnya berlaku sedikit ketegangan di tepi jalanraya besar Kuala Selangor-Teluk Intan berhadapan pejabat UMNO Tanjong Karang.
Tidak ada apa lagi yang boleh dibincangkan kerana semua tuntutan dari pengusaha burung layang-layang telah dijawab di parlimen dan semasa perjumpaan pertama bersama mereka.
Dengar apa jawapan DS Noh kepada mereka.
No comments:
Post a Comment
comment please.....