Konco-konco ku

Sunday, February 5, 2012

ZAID IBRAHIM MABUK LAGI! KITA BATAL BUBAR!

SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim menarik balik keputusan untuk membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), tiga hari selepas beliau mengejutkan banyak pihak termasuk ahlinya akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Sinar Harian Online difahamkan Zaid menerusi pegawai kanannya telah memaklumkan beberapa pengerusi negeri pagi ini.

Pengerusi Kita Johor, Dr Mohd Zaid Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, pegawai penyelaras parti ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan," kata beliau.

Justeru kata Mohd Zaid, jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab Kita harus dibubarkan. - SinarHairan

No comments:

Post a Comment

comment please.....