Konco-konco ku

Tuesday, February 14, 2012

iSHARP: MB AHMAD SAID TUTUP MULUT LONGKANG PEMBANGKANG.

SETIU – Saya puas hati! Begitulah reaksi awal Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengenai projek ternakan udang bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatoh membabitkan kawasan seluas 1,000 hektar dengan nilai pelaburan sebanyak RM260 juta.

Menurut Ahmad, kejayaan di peringkat awal ini membuktikan bahawa usaha Kerajaan Negeri tidak sia-sia apabila projek yang dibangunkan oleh Blue Archipelago Berhad itu berjaya mencapai hasil yang dikehendaki.

“Pada masa ini sebanyak 48 kolam telah beroperasi dan setiap ekor udang yang diternak mampu mencapai berat 25 gram dalam tempoh 110 hari.

“Seperti yang dimaklumkan oleh pengurusan, setiap satu kolam udang mampu memberikan hasil sebanyak enam tan,” katanya kepada pemberita semasa sidang media sempena lawatan kerja ke Setiu, semalam.

Ahmad berkata, dijangkakan pada 2013, sebanyak 400 kolam lagi akan siap sepenuhnya dengan kapasiti pengeluaran mampu mencecah 3,920 tan metrik setahun.

“Oleh itu, kejayaan ini secara tidak langsung dapat menutup mulut pihak pembangkang yang banyak memberikan pandangan tidak betul sehingga rakyat terpedaya dengan kata-kata mereka.

“Sebelum melaksanakan projek ini Kerajaan Negeri telah pun membuat penilaian awal dengan pihak terlibat dan ia bukan sewenang-wenangnya dilakukan tanpa sebab.

“Jika kawasan ini sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian memang kita sudah menanamnya dengan kelapa sawit tetapi disebabkan ia kawasan berpaya, projek inilah yang sesuai selain air lautnya berkualiti tinggi,” katanya.

Selain itu, keadaan semula jadi kawasan itu yang sesuai dengan penternakan udang telah membuka peluang lebih besar kepada hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi pengeluar udang terbesar di Malaysia.

Ketika diminta mengulas mengenai projek udang yang menyebabkan keadaan banjir di kawasan ini semakin teruk, Ahmad berkata, pihak Blue Archipelago telah pun membuat kajian semula mengenai keadaan itu.

“Sempena lawatan ini juga saya telah mencadangkan pembinaan pembetung air atau jambatan kecil mesti dilakukan bagi mengelakkan kejadian sama seperti musim tengkujuh lalu berulang.

“Insya-Allah kemelut yang berlaku kepada penduduk sekitar dijangka dapat diselesaikan dan percaya pihak Blue Archipelago boleh melaksanakannya secepat mungkin,” katanya.-SH

2 comments:

  1. tolong jaga saliran yg terdekat sewaktu membersihkan kolam udang sebab air yg dibuang tu bleh menyebabkan hidupan asal di saliran tu mati...

    aku bukan pakar sains alam sekitar tetapi nelayan yg berpengalaman...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. http://signup.wazzub.info/?lrRef=51304bd9

    ReplyDelete

comment please.....