Konco-konco ku

Tuesday, February 7, 2012

INILAH DEMOKRASI YANG "KITA" IDAMKAN SELAMA INI...

Adui si katak zaid ni, dah mabuk lagi agaknya. Tak kan lah sebab tak tahan kena kritik terus pecat orang sendiri. Dah deme nengok sendiri yang deme tak boleh nak mimpin parti ndak salah kan ke orang lain. Mabuk bebeno deme ni yop. Dok tobat nasuha la. keh3. Sebabkan tak dapat peruntukan dari ex-boss Anwar, KITA nak dibubarkan sebab tak ada dana. Kalau nak ada dana pergilah join balik ko punye boss gay tu. Masuk balik PKR. Tak usah nak mengade buat parti sendiri lepas tu salahkan orang lain. Mabuk la tu.

********************************
Pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang dipecat 

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) negeri Kedah dan Pulau Pinang dipecat berkuat kuasa serta-merta atas kesalahan melanggar peraturan-peraturan parti itu. Setiausaha Pusat Kita, Masrum Dayat berkata, Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim, masing-masing ketua Kita Kedah dan Pulau Pinang telah diputuskan pemecatan mereka dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin, malam tadi. 

"Jawatankuasa Disiplin mendapati mereka telah melanggar peraturan-peraturan parti dengan membuat kenyataan secara berterusan mengecam parti dan kepimpinan parti," kata Masrum ketika dihubungi. Dalam pada itu, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman berkata, "Jawatankuasa Disiplin Kita dalam mesyuaratnya pada 6.2.2012 (semalam) telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim kerana terus-menerus melakukan pelanggaran melampau terhadap disiplin parti, berkuat kuasa serta-merta."

 Kata beliau, kedua-dua mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari. Tee Beng juga merupakan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan Ahli Parlimen Nibong Tebal. Kedua-dua pemimpin itu meruakan antara yang melahirkan pandangan kritis terhadap Datuk Zaid Ibrahim sejak presiden itu melahirkan cadangan mahu membubarkan Kita. Khamis lalu, Zaid berkata, keputusan membubarkan Kita terpaksa dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa pihaknya tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat (PR).

Laporan media semalam menyebut lima pengerusi negeri Kita akan mengadakan usul tergempar bagi mendesak Zaid meletak jawatan sebagai presiden parti. Tee Beng berkata, Zaid sepatutnya menarik diri dari memimpin Kita, bukannya membubarkan parti berusia setahun itu. Zamil juga melahirkan pandangan yang serupa minggu lalu.

1 comment:

  1. Moderate la, demokrasi la, kokok je lebih, ekor penuh dengan taik. Piiiraaahh

    ReplyDelete

comment please.....