Konco-konco ku

Sunday, February 12, 2012

KISAH DISEBALIK BR1M. GAJI RM3000 TAPI MINTA JUGA.

Salam 1 Malaysia. Dalam pembentangan bajet 2012 yang lepas kerajaan telah mengumumkan akan memberi geran kecil sebanyak RM500 kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah. Kini program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah pun berjalan. BR1M ini adalah hasil daripada Makmal Transformasi Ekonomi (ETP) yang bertujuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia atau isi rumah yang tidak berkemampuan. Untuk mengetahui cara-cara mendapat BR1M ini sila rujuk web INI.

Ok lah. Nak di pendekkan cerita. Oleh kerana penyampaian sumbangan BR1M telah berjalan dan sebahagian besarnya telah diagihkan kepada rakyat Malaysia yang layak jadi kerajaan Malaysia dengan bermurah hati membuka kaunter rayuan untuk rakyat Malaysia yang mereka yakin layak. Kelayakan-kelayakan seperti Warganegara Malaysia, Ketua Keluarga berpendapatan kurang RM3000 dan ke bawah dan Warga Emas. Jadi rakyat kena faham yang tidak semua orang boleh dapat.

Ada banyak kes di kaunter rayuan BR1M yang diceritakan oleh kawan JawaBernam. Ada satu hamba Allah ni yang bergaduh-gaduh dengan petugas kaunter kerana beliau merasakan dirinya layak walaupun kunci kereta ditangan menyerupai kereta MERCEDES. Ada juga kes yang mana seorang wanita sanggup mengaku yang beliau ibu tunggal dan suaminya telah meninggal dunia, walhal suaminya juga memohon BR1M yang sama. Nauzubillah. Ada juga yang menipu LHDN dengan mana satu keluarga ni ada 8 orang ahli keluarga dan isi borang BR1M dengan meletakkan adiknya seorang satu sebagai tanggungan walhal beralamatkan rumah yang sama dengan adik beradik lain. Oleh itu pihak LHDN terpaksa menolak permohonan itu. Dan macam-macam kes lagi lah yang tak larat JawaBernam nak coretkan bersama.
Ok. Untuk persoalan yang katanya penerima BR1M akan dihantar satu surat cukai dari LHDN untuk menuntut cukai. JawaBernam sudah bertanyakan akan hal itu juga. Sebenarnya mana-mana penerima BR1M yang memang pendapatnya di bawah RM3000, tidak akan pernah mendapat surat cukai kerana LHDN hanya mengenakan cukai pendapatan kepada individu yang gajinya melebihi RM3000 kerana mereka-mereka ini sudah ada fail di LHDN dan yang mereka marah kerana mereka sudah lama tak bayar cukai jadinya apabila LHDN dapat detect balik si pembayar cukai yang lari akan datanglah surat cinta dari LHDN. Syarat untuk LHDN buka fail kepada pembayar cukai adalah gaji melebihi RM3000 sebulan dan melebihi RM34,000 setahun. Ini termasuklah duit gaji lebih masa dan bonus. Itu apa yang diceritakan. Jika salah tegurlah. JawaBernam pun baru tahu malam tadi.

8 comments:

  1. dengan gaji yang tak sampai 3000 jika tak termasuk overtime memanglah dapat tapi kalau gaji 3000 pun memang tak cukup bahkah gaji 3000 pun kalau dibandar ni dikira sebagai miskin tengok sajalah harga barang2 dan keperluan anak2 dan rumah macam kami ni orang kerja kilang memang dapat 3000 sebulan tapi kena buat over time kena maki dll oleh majikan jadi salah ke pendapatan macam kami ni minta juga duit 500 tu.macam kami kerja kilang di penang ni adake kerajaan bn tengok sangat , yang pasti umno nak undi kami ,tapi bantuan untuk kami takada,kami usaha sendiri, kalau kepejabat kerajaan atas apa2 urusan rasmi kami dilihat sebagai 2nd class,tiap tahun kami kena cukai juga walaupun rm100. apa yang pasti tengok2 sikit situasi orang macam kami ni jangan janji2 tok najib hanya dapat pada orang kerajaan saja dan pada tauke2 yang boleh putar belitkan pendapatannya melalui akauntan yang dilantik..bagaimana pulak orang yang muflis layak juga ke ? sebab mereka pun rakyat malaysia juga..undi mereka pun umno nak juga walaupun tak ada pembelaan dari kerajaan dan pejabat zakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam saudaraku...
      terima kasih atas maklumbalas..insyaAllah perkara ini akan mendapat perhatian pak menteri kita. Saya pun kerja kilang jugak.

      Delete
    2. pd pendapat saya kerajaan bn bg utk org yg benar2 bpendapatan rendah (bwh 3000).Anda dikira bernasib baik krn mampu mdpt gaji + overtime sbyk itu. Ada byk org kita yg lebih susah, maka berilah peluang kpd mrk merasa duit rakyat utk rakyat itu.
      saya doakan rezeki saudara akan bertambah berkat.

      Delete
  2. logiklah tu. kalau individu gaji RM3000 ke atas barulah ada kemungkinan kena tax. Sebab majikan pun kena declare kepada LHDN, staff yang berpendapatan lebih RM40,000 setahun. Ini gabungan pendapatan seisi rumah iaitu RM3000 sebulan, memang tak taxable punya family. Tak payahlah termakan racun Pakatan Haram, lebih-lebih si DAP laknat tu. Dahlah kaum dia yang pegang segala kekayaan kecuali batik dan budu. Mustahil si DS Najib kurang bijak nak hilang undi dengan bagi bantuan RM500 satu family. Sememangnya kerajaan prihatin tapi tidak berdaya melawan taktik kotor bangsa peniaga Cina. Belum ape-ape pun harga barang diaorang dah naikkan untuk kaut balik BR1M 500 tu. Melayu yang termakan hasut memang kurang cerdik. Ada akal, letak kat lutut.

    ReplyDelete
  3. Laa.. Penang Bukan DAP jaga ke? Minta la ngan LGE.

    ReplyDelete
  4. nie tanda aras yg patut korang compare...anda layak atau tidak BR1M tu....

    gaji pokok + ot=rm1800
    bini S.R.T
    anak 3 sekolah
    duduk lembah kelang
    hutang kereta + motor

    rumah sendiri tiada hutang(umah kg)

    jawapan = layak BR1M

    jadi anda bagaimana atau layak kah?

    maka jangan mengeluh dan mengeji niat kerajaan!!!

    ReplyDelete
  5. x bg komplen...da bg pon byk komplen gak,kate x ckp.2 pon nsb baek la dowg bagi.x pyh kesah la ckp2 yg dowg nk bli undi..dpt wet 2 tpulang la nk watpe pon..jgn sempitkan sgt pemikiran kita..

    ReplyDelete
  6. Salam, bedasarkan info yg saya tahu melalui org bank sendiri, semua maklumat pemohon BR1M akan dipantau oleh Bank Negara & LHDN, LHDN betujuan utk pantau bayaran cukai, mmg btl hnya org2 yg gaji 3000> shja yg perlu byr cukai, tetapi yg bergaji RM3000 kebawah pula akan dipantau oleh Bank Negara kerana, pmohon yg memohon BR1M ini akan dikategori kan sbg Individu Sederhana dimana mereka mmg susah/xakan dpt buat LOAN melalui bank, samada loan rumah, kereta, or personal Loan, ini kerana terdpat ramai org yg liat byr hutang dkt bank, sb tu Bank Negara bekrjasama dgn LHDN n BR1M utk mengenalpasti individu yg bergaji bwh RM3000, tetapi utk mereka yg dikategorikan tidak layak membuat loan bank kerajaan akan sediakan rumah rakyat, bg pendapat saya, utk golongan tua tiada masalah nk memohon sb dh xada loan nk buat, cuma sayang bg golongan anak muda yg blm bli rumah mahupun kereta,, jadi.. fikir2kan lah... klu setakat rm200 (bujang), RM500 (berkahwin) xpyah laah.. kerana disbkan nilai ratus ringgit ini, kita akan susah utk bt loan rumah satu hari nanti.....

    Info sy dpt dr seorg sahabat yg bekerja didalam sektor perbankan.

    wassalam..

    ReplyDelete

comment please.....