Konco-konco ku

Monday, September 22, 2014

CALON MB PAS DIPAKSA TOLAK, CALON MB PKR BAKAL DIPECAT KEAHLIAN!!

PILIHAN ditangan Sultan Selangor. Hari ini dikatakan nama bagi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim akan diumukan. Sultan mempunyai 3 calon daripada PR untuk ditimbangtara menduduki kerusi MB.

Namun ada kejutan buat Sultan jika ketiga-tiga calon di atas dipilih.

Jika Azmin dilantik sebagai MB menggantikan Khalid, ada ura-ura pihak PKR akan memecat beliau daripada parti dan akan mengalami nasib yang sama seperti Khalid. Malah sehingga ke hari ini PKR menerusi Anwar masih mahukan bininya Azizah supaya dilantik menjadi MB.

Lebih menarik lagi.

Calon MB Pas yang diberikan oleh Hadi Awang kepada Sultan Selangor iaitu Iskandar Samad dan Yunos Hairi turut akan mengalami masalah yang sama.

PKR, DAP tidak bersetuju jika calon Pas diangkat menjadi MB.

Malah, Mat Sabu juga tidak setuju dan senada dengan Anwar dan Guan Eng yang menyatakan Selangor adalah MILIK Keadilan, bukan MILIK Pas.

Jika Pas masih berdegil menerima jawatan MB daripada Sultan, tidak mustahil jika negeri Selangor juga bakal hilang dari genggaman PR mengambil iktibar daripada kerajaan Pas di Terengganu dan Kedah yang tumbah kerana keBODOHan MB Pas mentadbir negeri. Itu kata Anwar sebagai memberi amaran.

Namun semuanya terletak ditangan Sultan Selangor hari ini.

Esok jam 10 pagi, di Istana Alam Shah, Klang dijangka majli angkat sumpah MB Selangor akan berlangsung.

No comments:

Post a Comment

comment please.....