Konco-konco ku

Wednesday, September 10, 2014

PENGKALAN KUBOR: PKR KELANTAN KECEWA DENGAN WAN AZIZAH

PKR Kelantan menerusi Pengerusinya, Wan Suhaimi Wan Daud dikatakan kecewa dengan keputusan Presiden PKR, Wan Azizah yang memberikan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada calon PAS.

Dalam satu kenyataannya berkata, hanya kerana hendak menyelamatkan kedudukannya sebagai Presiden dan sebagai bakal Menteri Besar Selangor, Wan Azizah sanggup mengecewakan ahli PKR di Kelantan dengan tunduk dan memberikan kerusi yang sebelum ini memang milik PKR kepada PAS sebagai galang ganti sokongannya di Selangor.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor sebelum ini memang kerusi PKR pada PRU13 namun kalah kepada calon dari BN dengan majoriti hanya seribu lebih sahaja. Namun katanya tidak sepatutnya Wan Azizah mencampuri urusan politik di Kelantan.

PKR Kelantan sudah masak benar dengan perangai PAS Kelantan yang gila kuasa dan mensabotaj semua calon-calon PKR yang bertanding sebelum ini semasa PRU13. PAS Kelantan juga ujarnya lagi tidak turun membantu calon-calon dari PKR kerana sifat ego dan sombong walaupun pimpinan atasan sudah mempersetujui kerjasama antara parti dalam Pakatan Pembangkang.

Kekecewaan ini dizahirkan dengan berkata, ahli-ahli PKR Kelantan tidak akan turun membantu dalam PRK Pengkalan Kubor kali ini kerana kerusi tersebut bukan lagi milik mereka, jadi terserahlah kepada PAS untuk merangka strategi bagi memenangi kerusi tersebut tanpa bantuan daripada PKR Kelantan.

2 comments:

  1. ramai anak-anak melayu kita yang berjiwa inovatif dlm hal mekanik, elektrik, bisnes, komputer dsb terbantut pemikiran dan usaha mereka kerana terlibat dlm hal-hal politik yg hanya guna lidah dan hati busuk. semua nak kuasa. kemana arah anak-anak melayu pada masa depan...

    ReplyDelete
  2. ada wan azizah kesah kerr?? pkr kelantan umpama nyamuk yg menganggu tidur jijah.

    ReplyDelete

comment please.....