Konco-konco ku

Wednesday, September 24, 2014

PAS TAK LAYAK DAPAT KERUSI EXCO SELANGOR - MAK LAMPIR

ZURAIDA Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR membuat kenyataan panas hari ini apabila mendesak Menteri Besar yang baru, Azmin Ali supaya tidak memberi sebarang jawatan exco kepada Adun Pas Selangor kerana tidak pernah menyokong cadangan PKR dalam perlantikan Wan Azizah atau Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya ketika ditemui oleh wartawan, Zuraida berkata Pas belot dan khianat terhadap PKR dan sudah semestinya tidak layak langsung berada dalam barisan kepimpinan MB yang baru yang juga dari PKR.

Walaupun Pas mempunyai 15 kerusi Dun lebih banyak daripada PKR, ini tidak menjanjikan jawatan exco kepada mana-mana Adun mereka kerana sikap tikam belakang terhadap kepimpinan PKR di Selangor yang sedia maklum PKR adalah parti yang memerintah negeri Selangor.

"PKR melalui MB baru Azmin Ali hanya akan mempertimbangkan exco saguhati sama ada satu atau dua sahaja exco daripada Pas," katanya.

"PKR juga mungkin akan melantik Adun Pas yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai MB iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin sebagai exco bagi menggantikan 4 exco Pas sebelum ini yang menyokong Khalid supaya kekal MB."

Untuk rekod pada PRU-13 yang lalu, Pakatan Pembangkang mendapat kepercayaan rakyat Selangor sekali lagi apabila parti daripada PKR, DAP dan Pas memperoleh majoriti Dewan Negeri iaitu PKR - 14 kerusi, DAP - 15 kerusi dan Pas - 15 kerusi.

9 comments:

  1. Zuraida terlupa (oppocot!) yang dia dah tikam belakang Azmin masa pencalunan DSWA....dan dia terlupa yang Azmin Ali adalah salah seorang yang dicalun oleh PAS (dan bukan PKR) pabila Sultan memerintahkan ketiga2 parti mengemukakan 3 calun.

    ReplyDelete
  2. Azmin kalau tak pilih PAS jadi Exco memanglah kacang lupakan kulit, DAP & PKR yang patut dikurangkan ahli EXCO mereaka

    ReplyDelete
  3. Lupa? Such short memory. It's not lupa, it's ignorance and clueless. Why did the ampangites or wherever vote for her?

    ReplyDelete
  4. Anon 9.46 I wonder. Indeed she is ignorant & clueless about what is going on! I think she is the remote-controlled and 'fly-by-night' MP.

    ReplyDelete
  5. ramai mp malaysia ni tahap longkang... dia salah sorang drp mereka...

    ReplyDelete
  6. Aku tak nak komen pasal apa si mak lampir ni kata pasal erusi exco selongor tu,yang aku nak komen ialah pasal raut muka mak lampir ni.Muka macam ni pun boleh jadi MP...macam muka orang balik motong getah!dah le gigi dia beso2...heh..ngeri la.!

    ReplyDelete
  7. apa-apa pun tahniah rakyat selangor dapat MB baru.

    ReplyDelete
  8. Klu aku org PKR DAP aku setuju, klu aku org PAS aku tak setuju, tp pasal aku bukan org PAS DAP PKR, lantak pi depa, biak depa gaduh.

    ReplyDelete
  9. Mak lampir memang benggong sokmo...... Pengundi ampang pilih parti... Bukan calon

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...