Sejak merdeka, kejayaan Malaysia dalam membangunkan negara menjadi perhatian seluruh dunia dan seringkali dijadikan contoh dan modul dalam pelbagai penganjuran forum-forum pembangunan serantau sejagat, persidangan negara-negara Dunia Ketiga serta sejak kebelakangan ini oleh negara-negara maju dan badan-badan dunia.
Keupayaan dan kejayaan pengurusan cekap kerajaan Malaysia ini boleh dijadikan medium untuk menjadi tenaga pengerak ke arah penyatuan bahasa Melayu yang kini diajar dan dikaji di pelbagai pusat pengajian tinggi di seluruh dunia.
Bahasa Melayu sebagai asas bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia sudah wajar untuk diletakkan sebagai bahasa ekonomi, bahasa komunikasi dan bahasa teknologi. Perlaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan penggunaannya di negara ini tidak perlu dipertikaikan kewibawaannya.
Meskipun sejak kebelakangan ini Bahasa Inggeris digalakkan dalam institusi pendidikan, Bahasa Melayu sebagai teras perjuangan dan pembangunan identiti bangsa Malaysia akan terus dimantap dan diperkukuhkan, malah diperluaskan ke seluruh pelusuk dunia.
Malaysia telah membuktikan bahawa penganjuran pertandingan seperti Tilawah Al-Quran dapat menjadi medium untuk menyatukanpelbagai bangsa dan budaya menerusi pengamatan kepada agama, kini penganjuran pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ini pula diharapkan dapat menjadi wadah kepada kesinambungan usaha penyatuan pelbagai bangsa dan budaya melalui aspek bahasa pula.
Ikuti perkembangan lanjut di SINI.
No comments:
Post a Comment
comment please.....