Konco-konco ku

Monday, February 4, 2013

MAHASISWA #JelajahAnakMalaysia DITENGKING PENGANUT TEGAR PAKATAN!!


Apa salah anak-anak muda yang rata-ratanya adalah dari golongan Mahasiswa dan NGO yang diturunkan untuk meraka merasai sendiri dan menyalami hati perasaan rakyat Malaysia di seluruh negara.

Orang tua ini dikatakan telah membuat kecoh dengan menyoal rombongan jelajah tersebut dengan soalan-soalan politik yang penuh provokasi.

Apa perlunya soalan-soalan itu kepada mereka yang masih belajar dan apakah tujuannya? Tidak lain dan tidak bukan untuk membuat kecoh dan provokasi liar.

Begitu jahat dan tidak bertamadunnya puak-puak upahan parti pembangkang yang tidak mengira tempat atau siapa asalkan mereka dapat menunjukkan bahawa kerajaan memerintah sangat buruk dimata masyarakat.

Tetapi apa yang mereka dan pakcik ini tidak tahu ialah golongan mahasiswa seperti mereka ini mempunyai akal fikiran yang waras dan tahu berfikir siapa yang lebih layak memerintah kerajaan ini.

Lagi berita panas di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....