Konco-konco ku

Thursday, February 21, 2013

BANJIR BESAR DI PUCHONG PETANDA SELANGOR TAKKAN ALAMI KRISIS AIR 2014 - KHALID IBRAHIM


PUCHONG banjir lagi. Satu lagi nikmat Allah yang telah diturunkan sebagai satu petanda kepada kerajaan negeri Selangor supaya meneliti dan menyedari yang Selangor kini sedang dalam krisis air yang amat kritikal. Namun tiada siapa yang nak faham tentang petanda-petanda yang telah diturunkan tuhan. Maka adalah sebilangan puak harami akan mengeluarkan fatwa yang tuhan masih sayangkan kerajaan negeri kerana memberikan air yang melimpah ruah hingga banjir kepada rakyatnya.

Lawak? Bukan masanya kita nak buat lawak atau mendengar lawak yang selalu diperkatakan oleh puak pakatan dalam siri-siri ceramah fitnah mereka kepada rakyat. Inilah hakikat yang perlu kita tempuhi kerana kerajaan Khalid tak pernah sedar dengan penderitaan rakyat yang bakal dihadapi.

2014 tidak lama mana, kalau Khalid berterusan dengan sikap ego dan sombongnya maka tidak mustahil Selangor bakal diancam Krisis Air 2014 seperti yang disebut oleh pakar.

Meh kita ambil contoh pernah satu ketika dulu dalam pentadbiran Khalid sendiri ada satu loji dalam jajahan takluk kerajaan pakatan Selangor, pam airnya telah rosak dan Khalid hanya membiarkan saja kerana katanya ini adalah kerja SYABAS. Hampir 1/2 juta penduduk sekitar Wangsa Maju dan kawasan berhampiran tiada air. Adakah sejarah bakal berulang?

 Tindakan bodoh Khalid yang lebih mementingkan politik pakatan dari kebajikan rakyat bakal dihukum oleh rakyat Selangor pada PRU13 ini. Terbaru bumbung sebuah loji air di Sungai Langat bakal mengalami nasib yang sama seperti di Wangsa Maju. Dikatakan SYABAS telah membuat 3 kali permohonan untuk membaiki bumbung tersebut namun tiada respon dari kerajaan negeri Selangor.

Tak tau nak kata macam mana bangang nya Khalid Gagap ni. Dia seolah-olah memperjudikan nasib rakyat di atas keegoan sendiri. Dia seolah-olah mahu melihat rakyat hidup sengsara sedangkan dia bersama kroni DAPnya hidup senang lenang hasil kesusahan rakyat Selangor.

Berubahlah wahai Khalid! Berubahlah!

Aku tengok bumbung loji air tu pun dah takut dah. Kami rakyat Selangor perlukan air yang bersih untuk minum, mandi, basuh baju. Kami rakyat tak berkemampuan. Tolonglah prihatin sikit dengan nasib kami yang macam telur dihujung tanduk ni.

Ikut maklumat yang aku dapat jika loji air Sungai Langat ni tak dibaiki, lebih kurang 1.6juta penduduk Lembah Klang dan Hulu Langat akan menghadapi risiko tak ada air selama berbulan-bulan. Janganlah nak ego sangat. Beri je kelulusan kat SYABAS buat balik bumbung yang nak runtuh tu. Kami tak minta kerajaan negeri keluarkan duit pun. Simpanlah dalam bank duit negeri Selangor tu berbillion-billion. Kami tak minta…

Cuma satu yang kami minta supaya kerajaan negeri beri kelulusan kepada SYABAS untuk membaiki loji yang uzur itu. Ini pun demi kepentingan rakyat Selangor dan kawasan sekitarnya.

Serabutlah kalau terus ada Menteri Besar macam ni!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....