SEDANG berjalan-jalan di dalam PWTC, pasti semua orang yang melalui jalan keluar ke lobby akan menemui warga emas kurang upaya ini di sana. Beliau hadir bukan untuk meraih simpati atau perhatian umum cuma sekadar ingin meluahkan sokongan tidak berbelah bahagi beliau terhadap parti keramat UMNO.
Dilehernya tergantung puluhan gambar-gambar pemimpin UMNO yang telah berjuang mengharumkan dan menstabilkan nama negara Malaysia ini. Tidak terkecuali juga gambar Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak.
Pelbagai orang, bermacam ragam yang akan ditemui di sini, PWTC. Dato'-Dato' akan duduk semeja dengan orang biasa dan sebilangan orang biasa bersalam dan berpeluk dengan VIP yang mereka temui umpama tiada jurang antara mereka. Indahnya jika kesepakatan yang terjalin di sini.
No comments:
Post a Comment
comment please.....