1. Dengar ceritanya ada pemimpin UMNO bahagian di Selangor bakal dijangkiti Sindrom Lajim.
2. Sindrom Lajim ini apabila berjangkit kepada seseorang itu akan mengakibatkan beliau untuk menjadi seorang pembelot.
3. Adakah keadaan Selangor sudah semakin getir sehinggakan politikus UMNO ini terpaksa untuk mencari 'insurans' politik?
4. Politik Selangor memang terkenal di kalangan penganalisa politik sebagai "The Slaughter House" melihatkan bahawa setiap politikus yang ada di negeri ini saling tikam-menikam antara satu sama lain tidak kira dari pihak Barisan mahupun Pakatan Pembangkang.
5. Dilihat juga, sasaran DS Najib adalah untuk merampas kembali Selangor sehinggakan ramai yang berpendapat, jika menang Selangor, menanglah Barisan di peringkat persekutuan.
6. Namun begitu, harapan DS Najib ini kelihatan tidak disambut oleh kebanyakan peringkat kepimpinan UMNO bahagian.
7. Masing-masing mula menilai 'survival' politik diri sendiri dan cuba mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan diri sendiri.
8. Di atas kesempatan ini, ada pemimpin-pemimpin UMNO bahagian yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ini sudah mula berjangkit dengan Sindrom Lajim. Mereka sudah mahu berpaling kepada Anwar Ibrahim.
9. Siapakah individu-individu tersebut?
10. Khabar yang dibawa angin ini besertakan bukti bergambar, jelas menunjukkan seorang pemimpin UMNO bahagian mengadakan pertemuan sulit dengan TS Khalid Ibrahim.
Dedah lagi di SINI.
SIAPA SIAPA yang tak setia pada parti, dipersilakan BERAMBUS..lagi cepat lagi bagus. RAMAI lagi ahli ahli yang boleh ganti..
ReplyDelete...antara DUN yg di katakan...Seri Serdang paling tak ketara utk cross over...
ReplyDelete