Konco-konco ku

Wednesday, November 21, 2012

ANWAR TERSEPIT ANTARA UNDI MALAYSIA DAN SOKONG ISRAEL!!


Disaat seluruh umat Islam marah dengan tindakan biadap Israel yang melakukan serangan ke atas wilayah Palestin di Gaza Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hanya mampu mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan tersebut. Sekiranya sebelum ini Anwar dilihat begitu ‘agresif’ membangkitkan pelbagai isu konon atas nama perjuangan rakyat gagal menunjukkan sikap ‘kejantanannya’ bila membabitkan kepentingan Israel.

Setelah beberapa hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan zalim oleh tentera Israel, baru sebentar tadi Anwar mengeluarkan kenyataan mengutuk melalui laman twitternya. Nyata Anwar sekali lagi gagal memperlihatkan sebarang peranan yang sepatutnya dimainkan.

Sedangkan sebelum ini di pentas-pentas ceramah Anwar begitu bersemangat mengatakan bahawa dia mempunyai hubungan yang rapat dengan para pemimpin dunia arab terutamanya pihak Hamas di Palestin.

Sekiranya sebelum ini, Anwar pernah mengerakkan rakyat untuk berdemostrasi di jalanan, mengadakan pelbagai siri jelajah ceramah mengunakan ‘bas mewah’ serta pertemuan demi pertemuan dengan para pemimpin dunia berhubung kes liwatnya. Namun bilamana rakyat palestin ditindas dengan kejam, dia hanya mampu mengeluarkan kenyataan ‘selamat’ di dalam twitter.

Cerita lagi di SINI.

1 comment:

  1. KALAU BAS MEWAH ITU MWLUNCUR KEBUMI PELESTIN UNTUK MEWARWARKAN CERAK CERAMAH KEAMANAN; TAK MUNGKIN TENTERA ISRAIL AKAN MENGHALANG KERANA MEREKA TENTU TAHU KEKASIH MEREKA ADA DALAM BAS ITU. PERGILAH ....

    ReplyDelete

comment please.....