"Saya sanggup bersumpah bahawa Anwar sedang 'mengurat' lelaki itu sejak tahun lalu sehingga ke hari ini. Saya boleh bongkarkan siapa budak ini, anak siapa dia, pernah belajar di mana serta jurusannya," kata Abdul Ghani Haron.
Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan hubungannya dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipercayai meminta pelajar tersebut mengirimkan 'gambar luar biasa' kepadanya.
Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haron mendakwa 'gambar luar biasa' itu adalah gambar seorang lelaki dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang yang dikenali oleh Ketua Pembangkang itu melalui laman sosial.
"Kita mendesak Anwar tampil menjelaskan perlakuannya yang meminta lelaki tersebut menghantar gambarnya tanpa berpakaian dan turut meminta bekas pelajar itu jangan segan silu menghubungi beliau," kata Abdul Ghani.
Menurutnya lagi, Anwar dicabar untuk melakukan sumpah laknat bahawa beliau tidak pernah mengenali bekas pelajar terbabit dalam apa-apa rangkaian sekalipun.
"TIBAI akan mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi ceramah-ceramah akan datang.
"Saya yakin Anwar kenal siapa lelaki ini kerana beliau telah berkali-kali menghubungi bekas pelajar terbabit dalam pelbagai rangkaian telekomunikasi," kata Abdul Ghani. - MPP
No comments:
Post a Comment
comment please.....