Konco-konco ku

Sunday, May 27, 2012

INSIDEN HBN2012: TIADA NYAWA YANG MELAYANG MALAM TADI!!




PANAS!! Malam tadi satu insiden berdarah telah berlaku di kawasan Drag Racing. 2 orang penonton dilaporkan cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan akibat kereta milik peserta jenis Mitsubishi Lancer Turbo hilang kawalan dan telah terkeluar dari petak perlumbaan dan merempuh penonton yang berdekatan.

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut. 2 orang penonton yang cedera parah masih dirawat di hospital dan dikhabarkan dalam keadaan stabil buat masa ini.

Perlumbaan yang sepatutnya akan disaksikan oleh beberapa tetamu kehormat dan ribuan penonton yang lain akan dibatalkan kerana insiden terbabit. 

Rakan blogger lain cuba mendapatkan maklumat yang tepat tentang insiden terbabit. Lagi berita akan menyusul kemudian di JawaBernam.

No comments:

Post a Comment

comment please.....