Konco-konco ku

Monday, May 28, 2012

KERAJAAN PAPAN TANDA!! SELANGOR TUNAI JANJI MELALUI PAPAN TANDA!!




Kerajaan papan tanda! Itulah yang selayaknya diberi gelaran kepada kerajaan Selangor di bawah pakatan selama 4 tahun memerintah. Negeri yang dahulunya amat dipuja kerana penyumbang terbesar ekonomi negara kini hanya tinggal sisa yang akan dihabiskan dan diratah oleh dajal-dajal perosak.

Oleh kerana mahukan publisiti yang meluas namun tidak dapat, jadi mereka terus-terusan membina papan tanda besar disepanjang jalan utama di Selangor dengan memaparkan muka pemimpin tempatan pakatan dan mempromosikan janji yang tidak dapat ditunaikan tapi berlagak seperti sudah tertunai semua.

Contoh yang dapat dilihat kita boleh ambil adalah di Sekinchan #celengsekinchan atau Ng Suwey Lim telah membina beberapa papan tanda gergasi disekitar Sekinchan dengan memaparkan muka BABI nya dan mewar-warkan segala janji yang dibuat dahulu namun sebenarnya hanyalah omong kosong. 

Tiada pembangunan pun yang dibuat dibawah kerajaan Selangor yang ada di Sekinchan. Yang kini hebat diwar-warkan hanyalah projek kondo mewah bersebelahan Balai Polis Sekinchan yang mana harga bagi setiap unit rumah adalah RM300,000 dan ke atas. Inilah yang mungkin dibanggakan dan boleh diklasifikasikan sebagai membantu rakyat.

Papan tanda yang memaklumkan kepada umum tentang wujudnya Pusat Khidmat Masyarakat di Hulu Bernam. Ada seorang rakan memberitahu, beliau hendak membuat aduan tentang masalah jalan yang berlubang namun kecewa akibat panggilan yang dibuat kepada pejabat tersebut tidak pernah berangkat. Bukan sekali tetapi hampir setiap hari pada pukul 10pagi dan 3petang memang tidak ada sesiapa yang akan jawab. 

Jadi apa rasionalnya pembaziran wang rakyat Selangor bagi pembinaan setiap papan tanda yang semata-mata hanya mempromosikan muka sendiri. Rakyat Selangor semakin cerdik. Jangan sia-siakan masa depan negara hanya kerana ada yang pandai berjanji tapi hakikatnya tidak akan ditepati.

2 comments:

  1. tngk iklan tu, pusat khidmat masyarakat..awl2 dh siap tulis..email, telefax & Sms je..nmpk sngt pempin PR ni xnak dengar masalah rakyat...takut kena sound direct..hehe..

    ReplyDelete
  2. baguslah tu..buatlah papan tanda dan billboard besar2...jalan sawah lot melayu berlubang2 kat Sekinchan, lot Cina plak ok jer...aku baru citer pasal sawah belum lain2 lagi..

    ReplyDelete

comment please.....