Konco-konco ku

Wednesday, May 25, 2011

Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional

Fuh!! Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T di atas segala nikmat yang telah diberikan dan segala kesenangan yang telah Dia hamparkan kepada kita rakyat Malaysia. Sekali lagi Kerajaan Malaysia telah berjaya meyakinkan rakyat yang mereka boleh buat kerja walaupun dihujani tohmahan, desakan serta ugutan samada dari luar parti mahupun dalam parti sendiri. Inilah Kerajaan kebajikan. Harga minyak petrol RON95 dapat dikekalkan buat masa ini dan insyaAllah untuk masa akan datang harapnya. Pihak pembangkang sudah kering idea untuk memutar belitkan lagi otak rakyat. 

Sebenarnya Yong agak sedih juga dengan segelintir rakyat yang tidak bersyukur dengan pemberian yang Kerajaan Pusat beri. Bermacam-macam subsidi yang telah kerajaan beri tetapi masih ada sesetengah golongan yang memperlekehkan tanggungjawab mereka. Memang di akui gaji yang mereka terima tinggi, tetapi setimpal dengan tanggungjawab yang mereka pikul. Tidak usah dipertikaikan lagi. Kita sebagai rakyat biasa sepatutnya bersyukur kerana Kerajaan Pusat masih mahu mendengar rintihan rakyat tidak kira bangsa, agama atau keturunan. 

Seperti di Selangor, khususnya di daerah Sabak Bernam sendiri, Kementerian Pertanian dan Insdustri Asas Tani yang dipegang oleh Dato' Noh Omar telah menjalankan kerjanya dengan baik dengan memberi subsidi baja, racun, bajak dan beberapa insentif lain untuk menjaga para petani supaya bekalan makanan rakyat Malaysia tidak putus. Terima kasih Dato' Noh.

Yong lihat sendiri ada juga pembangkang yang selama ini hidup hanya untuk membangkang datang ke pejabat PPK mengambil subsidi kerajaan tanpa rasa segan. Yong bukan nak salahkan mereka, dah memang hak mereka sebagai petani. Tetapi cuma satu la yang Yong hendak ingatkan kepada rakyat Malaysia, "HIDUP INI KENA KENANG JASA". 

Lihat sendiri Kerajaan Selangor, apa yang mereka lakukan pada duit cukai yang dikutip dari rakyat Selangor. Kenapa tidak diberi subsidi juga kepada para petani. Kemana hilangnya Ng Swee Lim yang popular dengan "muka papan tanda" di traffic light Sekinchan yang dahulunya beriya-iya semasa berkempen hendak membantu golongan petani dan nelayan. Yang dahulunya ingin membela nasib orang kampung. Yang dahulunya berbahasa jawa semata-mata mahu meraih undi orang Melayu. Sedarlah rakyat Selangor. Pemimpin DAP memang mahu merampas tanah Melayu sejak dahulu lagi. Maka mereka akan menggunakan berbagai cara untuk mempengaruhi orang Melayu yang hilang identiti. DAP tidak mungkin menolong orang Melayu. Percayalah.

~WaKd0b~

No comments:

Post a Comment

comment please.....