Konco-konco ku

Wednesday, May 11, 2011

RAMALAN POLITIK WZWH SELEPAS PRU-13



politik di malaysia telah menunjukkan yang ia sedang menuju kehancuran yang mana formula perikatan yang diterajui barisan nasional yang menekankan perkongsian kuasa sudah tidak diyakini oleh kaum-kaum di malaysia terutama kaum cina yang kita lihat pada hari ini mempunyai perancangan untuk menguasai arena politik malaysia.  isu-isu rasis dan agama menjadi keutamaan. 

situasi politik malaysia selepas pru 13 boleh dikategorikan kepada dua situasi yang agak kalut.

  • Majoriti Cina sokong DAP.
  • Majoriti Melayu dan Bumiputera sokong UMNO/parti Bumiputera.
  • Pengundi India mungkin 60-40, 50-50 atau tidak boleh menentukan sokongan mereka.
Orang atas pagar bagaimana rasional pun akan memilih bangsanya! Ini menambah lagi jurang pola.

Dari segi jangka panjang ini tidak bagus untuk negara. Sistem persekolahan Malaysia yang vernakular merumitkan lagi masalah.

Malaysia amat bahaya kalau kerajaan tidak dapat majoriti mudah bila keadaan "stalemate". Jika pengundi Melayu dan Bumiputera bersatu hati senang kita boleh lihat kumpulan majoriti kaum Melayu Bumiputera plus kaum India dan minoriti Cina.

Kalau kaum Melayu Bumiputera dan India berpecah 50-50 maka apa yang WZWH ramalkan kerajaan "stalemate" akan menjadi kenyataan. Silap jika tidak dapat dikawal rusuhan kaum pasti meletus.

Rakyat mahu pemimpin negara yang ada sedikit elemen diktaktor, ada sedikit elemen Nicollo Machiavelli, ada sedikit elemen Friedrich Nietzsche dan Shih Huang Ti serta politik tegas Muawiyah.

Kepimpinan strategi 'Mr. Nice Guy", "Mr Compromise", "Mr Pleasing" sudah tidak boleh diterima pakai lagi. Ada kaum yang tidak menghargainya.

Jika mahu deal dengan kaum ini maka kita perlu pemimpin yang ada elemen-elemen seperti yang saya gambarkan.

Akhir sekali jika politik Malaysia akan menuju kehancuran maka masa untuk tentera bersedia mengambil alih. Tentera ini bertuankan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Malaysia masih ada penyelamat terakhir.

1 comment:

comment please.....