Konco-konco ku

Thursday, May 26, 2011

BERSIH pelawa BN sertai Perhimpunan Rakyat (hahahahahaha)

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mempelawa semua parti komponen BN menyertai perhimpunan besar-besaran 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.




“Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarkat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik,” kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Beliau merujuk amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin, sebelum ini yang mahu BERSIH 2.0 sebagai penhanjur membatalkan perhimpunan jalanan itu.

"Saya ingin menjemput semua parti politik termasuk BN dan NGO lain supaya bersama kami pada perhimpunan ini untuk bersama dengan rakyat.”



Pengumuman pertama perhimpunan itu dibuat oleh ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu pada Sabtu lalu. Tetapi jelas Ambiga, PAS dimaklumakan berhubung inisiatif berkenaan melalui mesyuarat BERSIH 2.0 baru-baru ini, di mana wakil beberapa kumpulan turut dijemput.



"Kami bermesyuarat dengan beberapa NGO dan kumpulan lain termasuk PAS kerana mereka mempunyai pengalaman menganjurkan perhimpunan seumpama ini,” katanya.





Mengulas reaksi dingin daripada Hishammuddin, yang menganggap perhimpunan itu sebagai cubaan menimbulkan huru-hara dan memburukkan imej antarabangsa Malaysia, Ambiga berkata pemimpin politik yang berkuasa mesti menukar tanggapan mereka berhubung perhimpunan aman yang menjadi hak perlembagaan setiap rakyat.

"Kami tidak akan berundur. Ia pada 9 Julai dan ia akan diadakan,” katanya lagi.



---------------------------------------------------


Hahahaha! Salam sahabat pembangkang, bukanlah Yong tak nak ikut..Yong yakin dengan Kerajaan Pusat..Terima kasih atas jemputan terhormat kalian tetapi Yong fikir Barisan Nasional ada cara tersendiri jika berlaku kepincangan. Bukan dengan berhimpun beramai-ramai di jalanan. Fikirlah anak bini kat rumah. Yong kena kerja kuat sebab Yong nak kumpul duit nak kawin..hahahahaha.


SEMOGA BERJAYA BERSIH!

1 comment:

  1. Bersihkan kamu dulu,sabelum nak bersihkan orang lain,jangan hanya ingat kamu ni bersih orang lain semuanya kotor cerminkan dirikamu dulu,adakah diri kamu betul2 bersih

    ReplyDelete

comment please.....