Konco-konco ku

Tuesday, August 17, 2010

Khalid Gagap kata Dr. Khir Tak Layak Jd MB???


“ Aneh tetapi benar. Tokoh yang begitu kental sekali berdepan dengan pelbagai rintangan dalam dunia korporat dan politik rupa rupanya takut kepada seekor kucing. Itulah hakikat yang dihadapi oleh menteri Besar Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim….”

Demikianlah petikan artikel yang ditulis oleh Jimadie Shah Othman yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 14 Ogos 2010.

Minggu lepas Khalid Lembu Gagap mendabik dada menyatakan bahawa beliau “lebih baik” dan lebih bagus daripada mantan MB Selangor Dato Seri Dr Khir Toyo. Malah Khalid membayangkan bahawa Khir Toyo langsung tak layak untuk diberikan sebarang jawatan utama [senior position] sekiranya berada dalam pengurusan Kumpulan Guthrie!

Wah…! Hebatnya Khalid Lembu Gagap mengutuk Khir Toyo diwaktu yang sama Khalid masuk kedalam bakul dan angkat sendiri….

Marilah kita teliti perbezaan dan persamaan kedua dua mereka untuk dinilaikan siapa yang lebih baik diantara mereka berdua;

Khalid terpaksa pecat Setiausaha Sulitnya Yahaya Saari ketika usia kerajaan Pakatan baru dua bulan, manakala baru baru ini Khalid terpaksa memecat Nik Nazmi dan menggantikannya dengan Faekah Husin diwaktu yang sama Faekah juga adalah Setpol kepada Presiden PKR, bermakna Khalid “bermadu” Setpol dengan Wan Azizah…. Tetapi sepanjang 8 tahun Khir Toyo menjadi Ketua kerajaan, pejabat MB tidak pernah celaru dan kalut dengan masalah kakitangan terutamanya kesemua setiausaha beliau.

Khalid dipecat daripada memegang jawatan nombor satu PKR Negeri Selangor setelah diambil alih oleh AzminAli. Khir Toyo sewaktu tempoh menjadi MB dan Ketua Kerajaan Negeri Selangor beliau juga diberikan kepercayaan menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor waalaupun ketika itu Mat Taib yang lebih senior masih dalam kepimpinan…

Khalid menjadi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor yang TIDAK lengkap barisan jawatankuasa, tiada Naib Ketua, tiada Bendahari, tiada Ketua Penerangan, tiada Ketua AMK, hanya ada seorang Ajk daripada 15 yang sepatutnya…., manakala Khir Toyo masih kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar sehinggalah kehari ini.

Khalid tidak bersungguh-sungguh untuk membangunkan negeri Selangor kerana beliau TIDAK menjadi Pengerusi kepada porfolio Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, sebaliknya Khalid hanya mengambil tugas kurang mencabar sebagai Pengerusi Porfolio Belia dan Sukan. Ini berbeza sewaktu Khir Toyo menjadi MB beliaulah yang mengambil tanggungjawab menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan dan menyerahkan portfolio Belia dan Sukan kepada Exco yang lain…

Khalid hanya “mewarisi” segala pembangunan dan kemajuan kemakmuran negeri Selangor daripada titik peluh kerajaan BN lebih 50 tahun seperti pembangunan kawasan perdagangan, perumahan, prasarana.

Khalid masih “berhutang” kepada rakyat Selangor kerana masih banyak lagi janji janji dalam Manifesto Pilihanraya ke 12 yang belum ditunaikan ; Bantuan RM75 seorang kanak kanak yang dihantar ke nursery, Bantuan RM50 seorang anak anak yang memasuki pra-sekolah, Elaun Ibu Tunggal, Elaun Khas untuk suri rumah yang menjaga anak sepenuh masa, Memberi 90 hari cuti bersalin untuk wanita yang bekerja, Rawatan PERCUMA untuk warga yang berusia 65 tahun keatas, Mengurangkan Cukai Pintu sebanyak 20%untuk rumah kediaman dan 10% untuk premis perniagaan. Semuanya bohong belaka – janji untuk gula gula meraih undi daripada rakyat Selangor!

Khalid tidak pernah peduli sensitiviti bangsa melayu dan agama islam, sewaktu krisis rampasan jualan arak Khalid memihak kepada Ronnie Liu dan tidak menyokong usaha yang dibuat oleh Dr Hassan Ali…

Khalid juga membiarkan Exco Exco bukan melayu memeriahkan “pembangunan” negeri Selangor dengan melahirkan terlalu banyak rumah rumah urut, hotel hotel murah yang akhirnya menghasilkan aktiviti aktiviti kongsi gelap dan pelacuran berleluasa….

Khalid seorang yang double standard menyokong penuh pemimpin yang ada masalah moral agar kekal duduk dalam Majlis Kerajaan Negeri Selangor, kes bogel Elizabeth Wong, wakil rakyat Bukit Lanjan itu tidak dipecat sebaliknya masih dibenarkan memegang jawatan penting kerajaan negeri. Kenapakah dalam kes Yahaya Saari, bekas Setiausaha Sulit Mb itu diarahkan melepaskan jawatannya?

Cara pertuturan dan percakapan Khalid gagap…., tetapi Khir Toyo lancar. Orang yang GAGAP tidak sesuai jadi ketua kerajaan negeri sebab setiap kali dia bercakap menyusahkan para wartawan media untuk buat liputan.....

Khalid seorang yang takut dengan kucing tetapi Khir Toyo tak takut kucing… Kalaulah kucing pun Khalid dah takut, mana mungkin berani nak tangkap lanun lanun perompak pasir di Selangor..???
 
Cukuplah sekadar senarai yang dinyatakan diatas untuk dibuat perbezaan dan persamaan diantara Khalid Lembu Gagap dengan Dr Khir Toyo.


Dalam memberikan respon kepada kenyataan angkuh, sombong dan “gonjol” Khalid ini, mantan MB Khir Toyo secara rendah diri akui bahawa pentadbirannya tidak sempurna, namun begitu perlu diingat bahawa sewaktu Khir menyerahkan kuasa kepada Khalid kedudukan kewangan negeri Selangor jauh lebih tinggi dari sebelumnya kerana prestasi baik yang menyaksikan hampir kesemua anak syarikat kerajaan negeri mencatat keuntungan, kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan yang berjaya dipertingkat, begitu juga dengan keberkesanan kerja pihak Pejabat Tanah Galian.

4 comments:

  1. Hah..toyo curi duit rakyat..
    gelap duit rakyat..pastu wat mcm harta sendiri...
    aq ddk ttdi dulu projek xsiap..smpi mesin2 jentolak naik berlumut..khalid ambil dah siap da pon..aq tggl situ aq tau laa..
    masa aq ddk uma sewa kdg2 duit air xpayah bayar beb..lu duduk bawah toyo..siang malam duit lu dia tapau..

    ReplyDelete
  2. pegi mampos la anak toyol nie!belagak!pemuda umno selangor sendiri pun dah lame meluat dgn perangai dia

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum brader berdua yang tiada telur hendak letak nama.. ayat kasi adjust sket lagi. cube bagi bukti kukuh sebelum berkata. jangan kerana dengar dari sebelah pihak, sudah tertipu. bodoh kah kalian? jangan sia-siakan akal pemberian Allah untuk kita guna untuk berfikir. gunakanlah dengan sebaik mungkin. tak salah kita mengkaji untuk mencari kebenaran.

    ReplyDelete
  4. aq sokong anonymous February 6, 2011 9:48 PM...aq duk umah sewa gak, kdang2 tak pyah byar bil air lngsung, seronok gile,untung la pkr pegang selangor..hahaha..skang 7e kat shah alam da xde jual arak wlaupun kilang arak kat shah alam, aq stil puas ati at least ade perubahan wlaupun sikit, gagap pon gagap la, dari cakap lancar tp mkn duit rakyat..BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!

    ReplyDelete

comment please.....