Konco-konco ku

Wednesday, August 11, 2010

Buffet Ramadhan: Senarai Hotel Yang Tiada Sijil Halal dan Mungkin Ada Daging Celeng.


Saya sengaja nak memanjangkan perkara ini, mungkin ada dikalangan pembaca-pembaca blog yang tidak membeli akhbar. Mohon juga rakan-rakan blogger yang lain memanjangkan lagi perkara ini. Perkara ini tidak boleh dibuat main-main kerana ianya satu ibadat.

Bab ini kita kena jaga. Makan minum ini satu perkara penting, apatah lagi ianya menjadi darah daging kita. Tambahan pula di bulan puasa. Penat kerana seharian berpuasa, bila tiba masa berbuka ada kawan ajak "jom buka puasa sama aku di Hotel Westin atau JW Mariot hari ini" .
Bila dengar hotel hebat-hebat mulalah kita pun rasa seronok nak pergi, tetapi kita kena juga ambil tahu yang hotel itu ada mendapat pengiktirafan halal atau tidak. Tahukah kita siapa yang membekal ayam kepada hotel tersebut ? Ayam sembelih atau ayam cucuk ? Babi mungkin tiadalah, tapi belum tentu.

Pernah berlaku beberapa tahun dulu di sebuah hotel di kawasan sekitar Sungai Besi sebuah hotel yang diserbu didapati menyimpan daging babi bersama dengan daging ayam serta ikan dalam peti sejuk yang sama dan tanpa sebarang pemisah.

Gunalah kuasa kita sebagai orang islam, boikot sahaja mana-mana hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal. Pergi kepada yang ada sahaja. Lama-kelamaan mereka rasa rugi dan mereka terpaksa dapatkan juga sijil halal.
Keratan akhbar diatas adalah senarai Hotel yang telah mendapat sijil halal jakim serta yang masih dalam proses.

Sekarang mari kita pakat-pakat senarai pula hotel-hotel dalam Wilayah Persekutuan KL yang tiada sijil halal dan tidak tersenarai dalam senarai diatas.

Ini kerana supaya rakan-rakan kita semua tahu dan dapat mengelak daripada tertipu dengan hotel-hotel yang buat promosi berbuka puasa tetapi mungkin terdapat daging babi di dapurnya.

Hotel JW Mariot

Hotel Westin

Hotel Istana

Hotel Imperial (Sheraton Imperial)

Hotel Concorde

Hotel Parkroyal

Hotel Equatorial

Hotel Berjaya Time Square

Hotel Nikko

Hotel Legends

Hotel Grand Millenium

Hotel Palace Of Golden Horses

Hotel Impiana

Hotel Ritz Carlton

Hotel Hilton KL Sentral

Hotel Le Meridean

Hotel Cititel, Boulevard dan Garden (Mid Valley)

Tambahan Hotel Yg Disiarkan Hari Ini:

Senarai hotel dan restoran


  • One World Hotel First Avenue (Petaling Jaya)

  • Bistro & Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia (Kuala Lumpur)

  • Impiana KLCC Hotel & Spa (Kuala Lumpur)

  • Hotel Equatorial (M) Sdn Bhd (Kuala Lumpur)

  • Putrajaya Shangri-La

  • Hotel Nikko Kuala Lumpur

  • Shah’s Village Hotel (Petaling Jaya)

  • Prescott Inn Kajang

  • Lagenda Cuisine Sdn Bhd (Prescott Inn Kajang)

  • Oriental Cyrstal Kajang

  • Restoran Tupai-Tupai (Kajang)

  • Eastin Hotel Petaling Jaya

  • Concorde Hotel KL

  • Novotel KL City Center (Concierge-Dept)

  • Bangi Golf Restaurant

  • Cititel Mid Valley (Kuala Lumpur)

  • Kanpei Restaurant (Kuala Lumpur)

  • The Zon All Suites Residences (Kuala Lumpur)

  • The Royale Bintang Kuala Lumpur

  • R & B Services Berjaya Times Square Hotel (KL)

  • The Saujana Kuala Lumpur

  • Hilton Kuala Lumpur

  • Le Meridien (Kuala Lumpur)

  • The Regency Hotel (Kuala Lumpur). 

  • Banyak, memang banyak kalau nak disenaraikan betul-betul. Jangan pening dan jangan susahkan diri, pergi saja makan di hotel yang sudah tentu halal seperti senarai di atas.


  • Harap pihak-pihak berkuasa agama islam negeri-negeri juga dapat mengeluarkan senarai nama-nama hotel di negeri masing-masing yang mempunyai sijil halal.

    No comments:

    Post a Comment

    comment please.....