Konco-konco ku

Friday, November 25, 2016

AHLI PARLIMEN PKR SUBANG KUTIP KOMISEN DARIPADA RUMAH RAKYAT SELANGORKU!

Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.

Bagi GLC Selangor seperti PKNS mereka membina "Rumah Selangorku Idaman PKNS".

Berdasarkan set dokumen yang diperolehi jelas terdapat Benarkah terdapat sindiket melibatkan watak tertentu dalam PKR Selangor dalam menetukan projek perumahan di Selangor bagi mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang berkos RM200juta ke RM300 juta. Maklumat yang terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:

terma projek Rumah Selangorku yang 'diarahkan' kepada PKNS untuk guna pakai
Antara dokumen yang diperolehi ialah perjanjian (undang - undang) melibatkan syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan projek Rumah Selangorku dengan seorang penama iaitu Naveen Kularasa Rasiah yang mana jika syarikat tersebut memperolehi projek tersebut maka 1.5% (dari nilai projek) harus dibayar kepada Naveen.

Maka satu siasatan dilakukan maka ditemui bahawa YB Sivarasa Rasiah yang merupakan ahli Parlimen Subang yang merupakan pendokong kuat kartel Azmin Ali juga mempunya saudara bernama Naveen Kularasa Rasiah. Adakah watak yang membuat perjanjian bagi meraih komisyen projek dibawah kerajaan Selangor ini ialah adik beradik kepada Sivarasa Rasiah yang juga menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor. Baca lagi di SINI.

BUDIMAN PERSOAL PENGANJURAN SEMINAR PEMIKIRAN BANDUAN OLEH JAIS!

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi menyambut baik penegasan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penglibatan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, penegasan MAIS itu menjelaskan kepentingan institusi umat Islam di Selangor supaya tidak diperalatkan untuk kepentingan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengetuai pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini.

“Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi Selangor sepatutnya tidak ‘rabun’ membezakan di antara program kerajaan negeri dengan program politik. Penganjuran Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar itu jelas sekali merupakan program politik dan mungkin menggunakan wang rakyat.

“Malah penganjuran seminar itu seolah-olah menunjukkan pihak penganjur cuba mencabar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini menitahkan supaya institusi-insititusi agama Islam di Selangor tidak terlibat dalam program yang berunsurkan politik.

“Apakah pihak penganjur sanggup mengenepikan titah Sultan Selangor demi kerana mahu menjaga kedudukan serta imej Anwar yang merupakan Penasihat Umum PKR dan sedang menjalani hukuman penjara diatas kesalahan meliwat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan MAIS kesal dengan tindakan JAIS mengeluarkan surat jemputan kepada guru sekolah rendah agama (SRA) untuk menyertai Seminar Pamikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan berpendapat JAIS telah melakukan kesilapan dengan menjemput guru-guru SRA di daerah Petaling dan Klang untuk menghadiri seminar itu.

Menurut Mohamad Adzib, pembabitan pegawai-pegawai JAIS dalam seminar tersebut adalah bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak mahu JAIS terlibat dengan program berunsur politik.

Mynewshub semalam melaporkan Budiman mempertikai tindakan kerajaan kerajaan Selangor seolah-olah memperalatkan JAIS untuk kepentingan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepentingan politik PKR. .

JAIS mengarahkan guru Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Budiman menyifatkan seminar itu tidak wajar kerana kelihatan cuba mengangkat darjat Anwar yang dihukum penjara kerana kesalahan meliwat kononnya seorang tokoh pemikir pendidikan Islam.

“Kita menuntut supaya JAIS mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat berdasarkan syarat-syarat perkhidmatan awam kerana menandatangani surat jemputan kepada para guru-guru agama supaya menghadiri seminar tersebut yang difahamkan dibuat tanpa kelulusan pihak pengurusan dan makluman kepada Pengarah JAIS,” katanya hari ini. – MYNEWSHUB

Friday, November 18, 2016

AMK HINA TUN M CAKAP TAK SERUPA BIKIN! LARI LUAR NEGARA ELAK #BERSIH5 !

BETUL-betul marah seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faisal Zaini yang juga ahli SAMM mengatakan yang Tun Mahathir memang cakap tak serupa bikin apabila sebelum ini Tun M beriya mempromosikan #Bersih5 namun apabila hampir tiba hari kejadian, Tun M lari meninggalkan negara kononnya atas urusan penting.

Beliau mengulas lagi tentang peristiwa Memali 1985 yang mana ketika kejadian itu Tun M lari keluar negara walaupun Tun M yang mulakan sengketa. 

Kekecewaan ahli AMK ini kelihatan dan tertanya-tanya adakah pembangkang sudah kena 'GAME' dengan Tun Mahathir!


Friday, November 11, 2016

EXCO PAS SELANGOR JADI HERO LADANG BABI DI KUALA LANGAT!

SELEPAS bertahun penduduk sekitar menghidu bau busuk akibat penternakan BABI secara besar-besaran di Kuala Langat, akhirnya Exco PAS Selangor muncul sebagai HERO membela Persatuan Penternak BABI Kuala Langat!

Janji seperti yang pernah diutarakan pada 2008 sewaktu pemerintahan Khalid Ibrahim bahawa ladang BABI ini akan dipindahkan bagaikan menyimbah air ke daun keladi.

Apabila ditanya bila dan tarikh proses pemindahan babi-babi ini akan dilakukan beliau tidak dapat menjawab.

Apabila ditanya bekenaan projek MPF yang membabitkan kos RM100juta pada 2008 untuk membina kandang BABI yang dikatakan MESRA ALAM juga tidak dapat dijawab.

Sedangkan peruntukan RM100juta telah keluar daripada kantung duit rakyat Selangor melalui kerajaan negeri namun sudah lapan tahun masih juga tidak berjawab!

Adakah perpindahan ladang babi dari Kuala Langat ini ke Sepang juga hanya sekadar retorik untuk menyejukkan hati orang Melayu?

Sedangkan sudah bertahun-tahun kerajaan negeri Selangor memberi lesen menternak BABI kepada usahawan-usahawan DAP hinggakan terpaksa orang Melayu berpindah dan menjual tanah-tanah di sekitar Kuala Langat akibat pencemaran bau yang dahsyat daripada sisa BABI ini.

Wednesday, November 9, 2016

AHLI MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK) SEBAR VIDEO 'BLUE' DALAM GROUP WHATSAPP!

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tan Heng Kim didakwa kerana memuatnaik klip video lucah dalam ‘group’ applikasi WhatsApp.

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, beliau terkejut dengan tindakan tidak bermoral Heng Kim sambil menyifatkan ia sebagai keterlaluan dan melampau.

“Kejadian berlaku pada minggu lepas dan kami amat kesal dengan tindakan Heng Kim yang memuatnak klip video lucah tersebut dalam group ‘WhatsApp MPK’.

“Kalau ia untuk tatapan peribadi beliau sahaja mungkin kami boleh faham tapi ‘group WhatsApp AM MPK 43B JKP’ itu bertujuan untuk menyalurkan aduan dan permasalahan rakyat dan bukan untuk perkara seperti ini ,” ujar sumber itu yang enggan mendedahkan identitinya.

Menurutnya di dalam ‘group WhatsApp’ tersebut terdapat hampir 50 orang ahli MPK yang lain termasuk beberapa orang wanita.

“Mungkin dia rasa tindakan itu hanya sebagai gurauan, namun kami merasakan tindakan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan harus dihentikan kerana ini bukan kali pertama dia berkongsi klip-klip video seperti itu.

“Bukan saya seorang malah majoriti ahli kumpulan tersebut turut mengecam tindakan tersebut, mungkin kamu boleh call dia untuk minta penjelasan, sebab saya tak nak nanti orang kata kami cuba untuk memfitnahnya.

“Walaupun ada yang cuba menasihatinya namun dia masih meneruskan tindakan seperti itu jadi kami harap selepas isu ini dibangkitkan dia akan berubah dan berhenti melakukan perkara seumpama itu,” katanya lagi,

Sumber tersebut turut mengirimkan beberapa ‘screenshot’ untuk membuktikan dakwaannya itu. - SuaraTV

Wednesday, October 26, 2016

HANYA MENTERI-MENTERI, PEGAWAI JASA, CYBERTROOPERS UMNO PERTAHANKAN 1MDB - MUHYIDDIN

ISU 1MDB terus diperkatakan dan dipersoalkan dengan hangat di dalam Dewan Rakyat. Jika sebelum ini Dato' Seri Husni, Ahli Parlimen Tambun yang juga bekas Menteri Kewangan II mempersoalkan apa sebab diwujudkan 1MDB, hari ini Dewan Rakyat digegarkan lagi dengan pertanyaan mengenai 1MDB oleh bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PPBM.

Sepertinya mereka-mereka ini tidak pernah diberikan penerangan secara jelas oleh Arul Kanda tentang matlamat penubuhan 1MDB yang akan membantu Malaysia dalam menghadapi kekangan ekonomi global masa kini.

Persoalan serta sindiran terus diajukan kepada Ahli Parlimen Pagoh ini tanpa memberi peluang kepada Ahli Parlimen BN yang lain untuk menjawab walaupun Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bangun untuk mencelah namun tidak dibenarkan oleh Muhyiddin.

Lebih menjadi persoalan apabila Muhyiddin cuba untuk menyalahkan Menteri-menteri kabinet, Pegawai-pegawai JASA serta Cybertroopers UMNO kononnya mereka-mereka ini diupah untuk menyembunyikan hal sebenar mengenai 1MDB serta cuba menegakkan benang yang basah.

Betullah orang kata ahli politik yang sudah setengah abad memang ramai yang nyanyok!

Dahulu semasa dalam kerajaan dan menjawat sebagai orang nombor dua dalam kerajaan tidak sedikit pun persoalan-persoalan ini ditimbulkan. Malah apabila diberikan penjelasan dengan jawapan-jawapan dalam buku tebal mengenai 1MDB tidak pernah pun nak selak dan baca.

Tapi nak buat macam mana, Beginilah sikap pemimpin yang gila kuasa dan tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri.


AHLI MAJLIS PERBANDARAN KLANG SUDAH JADI MAJLIS PEMBERSIHAN KLANG!

Mesyuarat bulanan (full councill) adalah setaraf dgn Sidang DUN @ Parlimen di peringkat kerajaan negeri..dewan dianggap mulia dan lengkap istiadat membawa cokmar/pakaian khas yg melambangkan "kemuliaan" mesyuarat brkenaan..

Semalam,kemuliaan mesyuarat dijijikkan oleh sekelompok manusia yg keji..mereka hanyalah ahli majlis yg dilantik sebagai pemudahcara penduduk dgn majlis..mereka dilantik atas kuota parti politik dan bukannya sebagai ahli politik apabila berurusan dgn majlis sebaliknya wakil sesuatu zon yg diwakili..

Nampaknya ahli majlis kini melebihi peranan pemimpin politik..mohon perkara ini diberi perhatian..

BAJET 2017: BUDIMAN SINDIR PEMBANGKANG KELUAR DEWAN!

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dalam perbahasan sulung Bajet 2017, menyindir sikap tidak profesional pembangkang yang bertindak keluar dewan ketika usul mengenai Bajet2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Jumaat lalu.

Beliau yang juga ADUN Sungai Panjang berkata ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Menteri Besar membentangkan bajet negeri, beliau tidak pernah sesekali meninggalkan dewan meskipun ‘terluka’ kerana menghormati peraturan dewan.


“Sejarah pengalaman saya di DUN Selangor ketika menjadi pembangkang saya ikut peraturan dewan dan dengar soal perbahasan dan usul berkaitan bajet negeri.

“Saya kekal dengar dan saya tidak tinggal dewan, (Ahli Parlimen) Pelabuhan Klang (Tan Sri Khallid Ibrahim), Gombak (Datuk Seri Azmin Ali) bentang bajet negeri, saya dengar juga walaupun teliga terhiris, hati teluka perasan menangis, kerana saya faham mandat rakyat,” kata Budiman.

Budiman kelihatan tenang sepanjang lebih satu jam membahaskan Bajet 2017 walaupun beberapa ahli Parlimen pembangkang bangun mencelah cuba menganggu perbahasannya kerana sindiran Ahli Parlimen Sungai Besar itu ibarat tumbukan sulung Budiman ke muka pembangkang .

Menurut Budiman sikap pembangkang yang keluar Dewan pada Jumaat lalu adalah biadab dan seolah menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Apa yang dilakukan adalah tindakan biadab dan tidak menghormati dewan. Saya merasai perasaan Yang Dipertua Dewan, bagaimana Tun Teja dipersiakan Hang Tuah, bagaimana derita Sultan Mahmud Syah ketika ditolak pinangan oleh Puteri Gunung Ledang.

“Saya nak bagitahu kenapa saya duduk (ketika sidang DUN). Kerana ketika ada apa persoalan yang dikemukakan saya akan ambil peluang balas, kalau ada kenyataan balas yang wajar dibahas, saya ambil peluang untuk berbahas.

“Yang saya hairan kenapa Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ) berbahas sedangkan dia tak ada di dalam dewan,” katanya. – BNBBC

Tuesday, October 25, 2016

KEBAKARAN DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH, NGA KOR MING SALAHKAN BAJET 2017!

INILAH contoh pembangkang di Malaysia! Ya! Hanya di Malaysia pembangkang adalah orang yang paling BODOH dan JAHIL. 

Apa yang cuba disampaikan oleh Nga Kor Ming ini menampakkan kebodohan hakiki dan taraf pemikiran pemimpin DAP di Malaysia. Ahli keluarga mangsa masih bersedih. Pasukan keselamatan masih bertungkus lumus menyelamatkan mangsa, namun pemimpin DAP terus serkap jarang menyalahkan kerajaan.

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah terus dikaitkan dengan bajet 2017 yang baru sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu.

Adakah Nga Kor Ming ingin mengatakan punca kebakaran adalah daripada kerajaan Barisan Nasional?

Gila BABI punya orang DAP ni!

Monday, October 24, 2016

'MELAYU DUDUK DALAM PARIT BILA DAP PERINTAH MALAYSIA' - MARIA CHIN

DALAM ucapan Maria Chin di hadapan Pejabat DAP Sekinchan kepada lebih kurang 200 orang peserta Bersih 5, beliau ada mengatakan bahawa jika Pakatan Harapan (DAP, PKR, PAN) perintah Malaysia, mereka akan humban orang Melayu ke dalam parit!

Dalam ucapan lebih kurang setengah jam itu yang dituturkan dalam bahasa Cina, Maria Chin juga menyeru kepada semua kaum Cina tidak kira dalam parti apa pun agar terus bersatu dengan satu matlamat untuk menguasai Malaysia dan dakwa beliau Melayu tidak pandai mengurus Malaysia!

Selebihnya tidak difahami kerana bercampur-campur bahasa Mandarin dan Kantonis.

Inilah wajah sebenar DAP yang sebenarnya untuk menggerakkan orang Cina menumbangkan kerajaan Melayu kini. Namun oleh kerana ada si kitol yang sanggup menjadi pengkhianat bangsa, maka mereka mempunyai kekuatan Melayu pembangkang yang senang dikudakan.

Jadi, adakah kita sebagai rakyat Malaysia akan terus berdiam diri?

Adakah kita hanya akan jadi penonton kepada kejatuhan kuasa orang Melayu?

Fikirkan.

Thursday, October 20, 2016

DITAHAN SEHARI SEMALAM: INILAH NASIB PEJUANG MERAH MENENTANG BERSHIT!

BEGINILAH nasib seorang pejuang yang memerangi himpunan haram BERShit yang sehingga kini tiada dikenakan apa-apa tindakan. Walau kereta polis diterbalikkan. Walau anggota polis dipukul hingga pengsan. Walau pemimpin Islam dipijak-pijak dihina seteruk rupa. Namun pemimpin Bershit tiada seorang pun yang masih belum ditahan.

Dato' Sri Jamal, Ketua Baju Merah yang bertindak sebagai mirror kepada Bershit pula yang ditahan setibanya beliau ke Malaysia. Dihadapan keluarga beliau. Ketika masih berada di KLIA belum pun lagi menjejak keluar dari airport sudah ditahan oleh anggota PDRM. Inilah nasib seorang pejuang.

Bangsat sangat ke pejuang-pejuang merah ini yang ditahan sedemikian rupa? Mulia sangatkah kumpulan Bershit yang telah acapkali membuat onar di Malaysia?

Tertanya juga kepada pihak PDRM sampai bila mereka hendak membenarkan kebobrokan ini dari terus berlaku? Sampai bilakan kumpulan penentang kerajaan ini akan terus bermaharajalela di jalanan?

Adakah hanya kerana Dato' Sri Jamal dilihat agresif menentang kumpulan Bershit ini, maka mereka terus menerus menggunakan pengaruh mereka dalam PDRM dan Bar Council untuk menghukum pembela kerajaan sekarang (Government of the Day)?

Apa-apa pun semoga Dato' Sri Jamal tidak putus asa dan akan terus berjuang mempertahankan kerajaan sedia ada daripada dirobek oleh sang durjana. Oleh dajjal yang berhati hitam.

Sokonglah beliau kerana buat masa ini beliau seorang sahaja yang berani kehadapan bersama kumpulannya untuk membanteras Bershit ini. 

HIDUP MERAH!

Monday, October 17, 2016

UPACARA ANGKAT SUMPAH AHLI PARLIMEN SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR

Budiman Mohd Zohdi dan Datin Mastura Mohd Yazid masing-masing mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang baharu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 yang bermula hari ini.

Upacara mengangkat sumpah kedua-dua Anggota Parlimen itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Anggota Parlimen lain sebaik persidangan Dewan bermula.

Monday, October 10, 2016

BERSIH 5.0 GENGSTER ANARKI?



JIKA diperhatikan, budaya berpolitik di negara ini berbeza dengan di Asia Barat dan sesetengah negara di Barat. Rakyat Malaysia menolak tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan dan perarakan yang cenderung ke arah penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, kerajaan demokrasi dan pihak berkuasa.

Bukankah sering disebut berulang kali kalau mahu ditukar kerajaan sedia ada, buatlah semasa pilihan raya umum akan datang nanti. Tidak lama lagi, bersabarlah. Pejam celik semakin menghampiri Jun 2018 untuk mandat kerajaan berakhir.

Tak sabar mengapa? Hanya semata-mata untuk menumbangkan kerajaan di luar prinsip dan suara demokrasi? Apabila demonstrasi haram itu kelak mendapat liputan meluas media antarabangsa maka `meletuplah’ publisiti untuk penganjurnya, Maria Chin.

Sudah berapa kali Bersih digerakkan? Empat kali yang lepas, berhasilkah? Adakah tumbang kerajaan sedia ada ala `Arab Spring’? Sudah jadi Perdana Menterikah `individu’ yang dicanangkan oleh penganjur Bersih yang lepas?

Anwar Ibrahim pernah melakukan demonstrasi jalanan dengan reformasinya sebelum ini. Gegak gempitalah sementara Dataran Merdeka, Masjid Negara, stadium dan beberapa gedung beli-belah berhampiran. Liputan media tempatan dan asing terhadap unsur-unsur anarki ini usah cakaplah. CNN, BBC dan agensi-agensi berita asing lain tumpang semangkuk.

Bukalah mata bagaimana rejim Hosni Mubarak di Mesir dan Muammar Ghaddafi di Libya ditumbangkan. Golongan muda bertempur nyawa dengan pihak berkuasa di jalanan berbulan-bulan. Negara dalam suasana kacau-bilau, nilai mata wang merudum, inflasi mencanak naik, jutaan manusia menganggur.

Thailand sehingga sekarang tidak berupaya membebaskan diri daripada ‘dipenjarakan di negara sendiri’ oleh pihak tentera. Semua ini gara-gara ‘gerakan baju kuning’, dan kemudiannya ‘baju merah’ yang terlalu ghairah mahu menumbangkan kerajaan melalui ‘politik jalan raya’.

Orang muda jangan alpa. Idea sosialis telah melepasi proses ‘re-branding’ dan dipakejkan semula dalam bentuk baharu. Di Amerika Syarikat, muncul gerakan yang menamakan diri Occupy Wall Street (OWS) yang selepas itu menjalar ke Eropah, Arab Spring dan di negara ini sendiri adakah Bersih puaknya?

Kumpulan Baju Merah diketuai Datuk Seri Jamal Md. Yunos merangkap Pengerusi Gabungan NGO Malaysia memperjuangkan politik yang bersih dari Bersih.

Siapa yang gengster? Penganjur Bersih 5.0 atau Baju Merah?

http://klxpress.com.my/editorial/18769-bersih-5-0-gengster-anarki.html
posted from Bloggeroid

Saturday, October 8, 2016

PROVOKASI PESERTA BERSIH 5: DAPAT PENERAJANG PERCUMA!

Bagaimanakah kisahnya sekor beruk Bersih5 kena terajang...

Pada mulanya....Dua ekor beruk Bersih5 bermotor keluar dari arah stadium Sabak Bernam...buat provokasi dgn membuat bising menggunakan bunyi dari motorsikal yg dinaiki mereka dan meluru masuk kearah kumpulan #MerahV2 (*gambar : motorsikal yg terjatuh slps melanggar beberapa peserta MerahV2) secara merbahaya...beberapa peserta MerahV2 dilanggar oleh beruk Bersih5 ni...

*Utk pengetahuan rakyat Malaysia....pihak polis telah meletakkan jarak sejauh 100meter diantara kami dan Stadium Sabak Bernam yg menempatkan beruk2 Bersih5...dan sepanjang masa tiada seorang pun peserta MerahV2 boleh melepasi kawalan pihak polis(FRU) yg berkawal...

Semoga dengan penjelasan ini dapat memberikan gambaran sebenar kejadian beruk Bersih5 kena terajang...

Nasib beruk Bersih5 masih dianggap sgt baik kerana pihak polis yg beruk2 Bersih ni pernah hina dan terajang masa Bersih edisi terdahulu bertindak cepat...

Kalau Bersih5 nak makan kaki lagi...esok jumpa kt Kuala Selangor...

Friday, October 7, 2016

PENIAGA NASI LEMAK ANAK DARA DEDAH AZMIN HANYA BERLAKON!

MEMANG dah tau sejak jadi Menteri Besar Selangor, Azmin tidak pernah ikhlas pun nak membantu rakyat. Propa je lebih. Semua yang dia buat hanya lakonan semata-mata. Dasar hipokrit!

Sebelum ini dengan sembur ridsect dalam bas konon nyamuk dan denggi akan berkurang di Selangor, lepas tu konon bersihkan longkang nak pastikan Selangor tidak berbau. Panjat pulak lori sampah konon masalah sampah boleh selesai! Tangkap gambar pulak dengan paip air panjang konon masalah air di Loji Semenyih akan selesai.

Yang terbaru, berlakon konon prihatin dengan penjaja tanpa lesen dengan tokey nasi lemak anak dara menjadi model. Semua nak buat modal menipu rakyat. Pada hal satu kebajikan pun tak ada dibuat oleh Azmin.

Elok-elok Khalid jadi MB nak dicantasnya. Sekarang nasib la orang Selangor dapat MB kuat menipu rakyat!

Duit berbilion, rakyat Selangor dipinggirkan!

Tuesday, October 4, 2016

ROBOH MENARA SURAU: AZMIN TAKUT AZAN GANGGU KAUM CINA DI SETIA ALAM

PERTAMA kali sejak aku kenal dunia menara yang meletakkan pembersar suara untuk azan dirobohkan oleh sebuah kerajaan yang ditadbir oleh orang Islam sendiri. Lebih mengejutkan adalah kerajaan tersebut turut dianggotai oleh pemimpin PAS yang konon Islam.

Kerajaan pimpinan Azmin Ali sudah berani merobohkan sebuah binaan bagi menempatkan pembesar suara untuk azan dikumandangkan. Selepas ini tidak mustahil Selangor akan ada perobohan surau atau masjid dengan alasan tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.

Untuk rekod, kawasan Setia Alam memang majoriti didiami oleh kaum Cina. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, penduduk majoriti Cina di Setia Alam telah membuat aduan kepada Azmin Ali atas alasan bising. Namun bagi tidak mengeruhkan keadaan, Azmin telah mengarahkan supaya merobohkan menara tersebut dengan memberi alasan binaan tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Mungkin ada yang mempertahankan Azmin namun ini lah hakikat sebenarnya.

Azmin lebih takut dengan Cina Chauvanis ini daripada takut dengan azab Allah.


Thursday, September 29, 2016

CAJ BIL TNB MELAMPAU, BUDIMAN SERANG TENAGA NASIONAL BERHAD!

Ramai pelanggan merungut dan tidak berpuas hati dengan Tenaga Nasional Berhad apabila caj yang diterima terlalu tinggi.

Ia  berlaku sejak proses menaik taraf sistem pengebilan pada 21 Julai 2016 dilaksanakan.

Terima kasih kepada Ahli  Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zuhdi kerana menimbulkan isu bil (TNB) yang  tinggi.

Beliau juga memberi amaran suaya isu ini diselesaikan dalam masa sebulan dan sekiranya gagal, akan bertindak lebih jauh.

Walaupun tidak menyatakan apa jenis tindakan tetapi berjanji akan membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi.

Menurut laporan, Budiman menimbulkan beberapa  perkara berkaitan isu ini:

1.      TNB perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan rungutan rakyat susulan isu bil lewat dan caj tinggi akibat proses menaik taraf sistem pengebilan baharu;

2.      TNB tidak sepatutnya menggunakan alasan menaik taraf sistem pengebilan baharu untuk mengenakan caj tinggi kepada pelanggan;

3.      TNB perlu mengambil langkah proaktif dan lebih prihatin dengan tidak memotong bekalan elektrik pelanggan sepanjang proses menaik taraf itu berlangsung; dan

4.      TNB menyediakan rebat khas supaya mengurangkan keresahan rakyat.”

Beliau memperkatakan isu ini selepas menerima banyak aduan daripada pelanggan yang tidak menerima bil elektrik secara konsisten, tetapi tiba-tiba apabila bil sampai, cajnya sangat tinggi.

 “Kami mendesak TNB membenarkan bayaran bil dibuat secara ansuran kerana rakyat tidak menerima bil daripada secara konsisten, tiba-tiba dapat jumlah tinggi.

“Kami juga minta TNB menyediakan rebat khas supaya mengurangkan keresahan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas tampil menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan tertinggi TNB Selangor di Subang Jaya hari ini.

Budiman berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan TNB dan syarikat itu memberi jaminan akan menyelesaikan isu menaik taraf dalam tempoh sebulan.

Maklum balas TNB dikatakan sangat positif.

Bagaimanapun, kata Budiman, sekiranya isu ini tidak selesai dalam tempoh sebulan seperti dijanjikan beliau akan membawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi.

TNB dalam kenyataannya mengakui proses menaikkan taraf sistem pengebilan 8.5 juta pelanggan itu menimbulkan beberapa isu kerana ia melibatkan penghijrahan data yang besar.

Berikutan itu,  pelanggan yang belum menerima bil pada Julai dan Ogos 2016 tidak akan dikenakan penalti bayaran lewat, malah turut memberi jaminan bekalan elektrik tidak akan dipotong.

“TNB juga sedang mengambil segala langkah yang perlu bagi menangani cabaran itu dan akan menyelesaikannya menjelang akhir November 2016,” katanya.

Sekali lagi syabas Budiman!

-Lawi Ayam-

PERLEMBAGAAN DAP SAMA SEPERTI PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK - AZIZ BARI, DAP

MALAM tadi bertempat di 'Ruang' Seksyen 16, Shah Alam telah diadakan satu dialog 'Diskusi Kesetiaan kepada Raja dan Keluhuran Perlembagaan' anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Antara panelis yang dijemput adalah Dr. Aziz Bari (DAP), Hanif Khairi (Peguam Kanan), dan Adnan Seman (Peguam Kanan).

Dialog malam tadi lebih menjurus kepada kuasa eksekutif YDP Agong dalam melantik dan memecat Perdana Menteri atas desakan deklarasi rakyat yang dibuat oleh Tun Mahathir. Panelis menyokong supaya kuasa eksekutif YDP Agong dikembalikan semula selepas diubah oleh Tun M berpuluh tahun dahulu.

Namun perkara yang tidak disangka berlaku apabila seorang hadirin yang hadir, Fariz Hadi mengajukan soalan kepada Dr. Aziz Bari berkenaan perlembagaan DAP yang langsung bertentangan dengan perlembagaan negara sedia ada.

Akibat tekanan dengan asakan soalan-soalan, Aziz Bari terus membuat kesimpulan bahawa Perlembagaan DAP sama seperti perlembagaan Persatuan Penduduk. Jika DAP berjaya memerintah Malaysia, mereka MUNGKIN akan mengubah isi kandungan perlembagaan parti mereka namun buat setakat ini tidak diubah kerana tiada keperluan yang mendesak.

Dalam perlembagaan DAP, mereka tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia yang ini bertentangan dengan perlembagaan rasmi negara. Persoalan ini yang tidak dapat dihurai secara langsung oleh Aziz Bari kerana mungkin cuba untuk mempertahankan partinya bagi memastikan orang Melayu terus menyokong DAP.


AZMIN AMBIL SIKAP SAMBIL LEWA URUS MASALAH AIR SELANGOR - KP SELAYANG

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dinasihatkan agar tidak terlalu asyik bermain politik siang malam untuk mengukuhkan kuasanya di dalam kerajaan negeri termasuk mengejar kedudukan tinggi dalam PKR hingga mengabaikan keperluan asas rakyat yang kini menderita ekoran masalah air yang tiada kesudahan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Muhamad Nazri Mohd Amin berkata cukup-cukuplah Azmin dengan masalah agenda politiknya, cubalah fahami penderitaan rakyat Selangor yang tidak habis-habis berdepan dengan kemelut air.

Masalah air di negeri ini kata beliau lagi seperti tiada kesudahan yang sepatutnya diambil perhatian serius oleh kerajaan PKR Selangor melalui pelan jangka pendek dan jangka panjang agar bebanan rakyat dapat diatasi.

“Dalam soal air ini nampaknya kerajaan negeri mengambil sikap sambil lewa. Apakah Azmin sedar ini adalah soal perkara asas yang melibatkan masyarakat setempat.

“Apakah beliau hanya memberi tumpuan terhadap usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Menteri Besar dan juga orang nombor dua dalam parti. Mungkinkah gara-gara terlampau memberi tumpuan untuk mengangkis serangan musuh politiknya menyebabkan senario berkenaan berlaku. Umum mengetahui bagaimana kecelaruan yang berlaku dan pertembungan antara kem tertentu di dalam PKR,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Difahamkan sejak beberapa hari lalu, lebih 330,000 akaun pengguna Syabas yang melibatkan hampir 1.5 juta rakyat mengalami gangguan bekalan air.

Mengulas lebih lanjut Nazri seterusnya menegaskan soal masalah air bukanlah komoditi politik untuk dimanipulasi sebaliknya mengharapkan kerajaan negeri pimpinan Azmin lebih prihatin dengan apa yang berlaku.

Ujar beliau sampai bila masalah tersebut akan terus menghantui rakyat Selangor dan sepertimana yang diperkatakan tadi pelbagai pelan yang sewajarnya perlu difikirkan sebaik mungkin dalam mencari penyelesaian terbaik isu berkenaan.

“Kita bukannya mahu menangguk di air keruh…ini adalah soal kebajikan dan ini adalah soal kepentingan pengguna. Jangan pula nanti kita ditohmah dengan macam-macam kononnya sebagai mengambil kesmepatan dan sebagainya.

“Yang penting apabila ini terjadi apa pelannya…apa kaedahnya dan apa jalan penyelesaiannya? Kritikan ini bukannya untuk mencari salah siapa sebaliknya diharapkan ianya tidak berpanjangan,” ujarnya. -MediaUMNO

Wednesday, September 28, 2016

'KAMI AKAN TURUN MENENTANG BERSIH 5'

MERAH V2 akan turun ke setiap enam lokasi pelancaran BERSIH 5 bagi memastikan misi menggulingkan kerajaan secara haram gagal direalisasikan.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Dato' Jamal Md Yunos berkata, MERAH V2 tidak akan membiarkan BERSIH 5 bertindak mencemar demokrasi dengan menganjurkan perhimpunan haram yang bakal menggugat keselamatan negara.

"Kami Gabungan NGO Malaysia sepakat dan sebulat suara untuk menggerakkan MERAH V2 bagi membantah Himpunan Haram BERSIH 5.

"Kami akan turun ke setiap lokasi jelajah mereka sepertimana yang telah mereka umumkan semalam.

"Rakan-rakan kami sari setiap negeri yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat, termasuk Melayu, Cina, India serta Bumiputera dari Sabah dan Sarawak akan turut sama-sama dalam MERAH V2 untuk hadir ke semua enam lokasi pelancaran BERSIH 5," katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, MERAH V2 juga akan mengadakan satu perhimpunan di Pulau Pinang bagi membantah kepimpinan Lim Guan Eng yang terlibat dalam salah guna kuasa.

Menerusi kempen #TangkapLGE, pihaknya mengenalpasti beberapa sumber mengatakan bahawa Pulau Pinang menjadi gerakan paling utama perancangan kotor BERSIH 5.

"Dalam kempen bantahan kami, MERAH V2 juga akan turun ke Pulau Pinang sebagai lokasi bantahan pada hari yang sama untuk membuat bantahan terhadap Kerajaan Pulau Pinang.

"Kami juga akan melancarkan kempen #TangkapLGE atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa beliau," tegasnya.

Jamal menegaskan, BERSIH 5 terbukti hanya bertindak sebagai alat parti-parti pembangkang bertujuan bagi menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik.

Katanya, MERAH V2 akan mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih secara demokrasi menerusi sistem Pilihan Raya.

"Mesej yang kami ingin sampaikan adalah BERSIH 5 ini hanyalah alat dan agen pihak pembangkang untuk berpolitik dengan menerapkan politik kebencian kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya yang dilaksanakan secara demokrasi dan mematuhi prinsip perlembagaan. 

"BERSIH 5 juga tidak mempunyai objektif perjuangan yang jelas, mereka hanya membawa isu-isu untuk mengelirukan pemikiran rakyat termasuk dakyah-dakyah mengenai 1MDB," ujarnya.

Semalam, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah akan melepaskan peserta konvoi BERSIH 5 konvoi dari Kota Baru pada 1 Oktober ini.

Konvoi selama tujuh minggu itu juga akan dilepaskan secara serentak daripada lima lokasi lain di lima buah negeri, meliputi 246 bandar, pekan dan kampung. - KitaiKini