Konco-konco ku

Tuesday, March 8, 2016

TUN M RUPANYA ANTI DEMOKRASI


1. Kita masih menyanjungi sumbangan yang pernah Tun M lakukan untuk pembangunan negara dengan membina banyak mercu tanda Malaysia sewaktu pemerintahan beliau. Ianya tidak pernah untuk dinafikan.

2. Melayu dahulu Malaysia kemudian yang pernah menjadi pegangan Tun M suatu ketika dahulu, kita menyambut baik kerana ianya sangat bertepatan dengan Malaysia adalah tanah yang dipelopori oleh bangsa Melayu. 

3. Saat Tun M mula menyerang DSNR menggunakan pentas sendiri, kita tidak pernah untuk membantah. mungkin pada kita sebagai rakyat melihat ianya adalah satu langkah untuk menjadi check and ballance kepada pentadbiran kerajaan hari ini. 

4. Tetapi serangan berterusan terhadap PM Malaysia oleh Tun M tanpa asas yang benar benar kukuh mula meragukan pemikiran kita tentang matlamat sebenar Tun M dalam siri serangan ini. 

5. Awalnya, kita juga tidak bersetuju dengan tindakan DSNR dengan langkah menggugurkan TSMY dan MM daripada jawatan TPM dan MB kerana ianya tidak selari dengan kehendak akar umbi. Tapi gerakan mereka yang secara konsisten menyerang PM menjadikan kita sebagai rakyat biasa rasa tidak selesa kerana memikirkan seolah ada rancangan tersusun untuk kepentingan peribadi.

6. Rasa hormat saya pada Tun M, rasa kesian saya pada TSMY dan MM sekaligus hilang pada tanggal 4/3/16 apabila mereka boleh berada dalam satu kem sama, yang suatu ketika dikatakan pengkhianat agama dan bangsa iaitu DAP oleh mulut mereka sendiri dalam siri kempen PRU dan PRK lepas untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang sah. 

7. Tindakan Tun M dan anaknya serta TSMY seolah-olah cuba menafikan sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan yang telah mereka pertahankan selama ini sewaktu memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. Apakah sistem itu hanya laku tatkala mereka ada kuasa dan dengan mudah dilacurkan apabila tiada kuasa? 

8. Terima kasih buat Tun M kerana mengajar kepada anak anak kami bahawa Malaysia ini Tun M yang punya kerana sesuka hati Tun Mahu PM Malaysia adalah individu yang memihak kepada beliau. Semoga usaha sama Tun M dan gerombolan DAP serta AMANAH akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disanjungi dunia. 

Wasalam.

Rafi Awg Kechik
PresidenPertubuhan Nadi Rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

comment please.....