Dr Mohd Puad Zarkashi ahli Majlis Tertinggi UMNO membidas kenyataan Mahfuz Omar yang mempertikai kenyataannya iaitu tindakan Tun Mahathir mengadakan Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang ialah untuk memastikan anaknya Mukriz menjadi Perdana Menteri setelah Najib berjaya dijatuhkan.
Dakwa Mahfuz lagi, takkan Puad bangang sangat sampai tidak tahu syarat untuk menjadi PM seseorang itu mestilah ahli Parlimen sedangkan Mukriz hanyalah seorang ADUN. Menurut Mahfuz lagi kalau pun hendak serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dirinya sendiri.
Jawab Puad, Mahfuz lupa dalam politik tiada yg mustahil, seperti tidak mustahilnya Mahfuz mempertahankan DAP yang anti Hudud sehingga sanggup menghina Presiden PAS yg dia masih menjadi ahlinya. Mahfuz juga lupa pada dirinya sendiri yg kini berkata Hudud bukan keutamaan dan menjadi pengemis di sana sini sama ada mahu memilih PAN, PAS dan kini menumpang Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang.
Menurut Puad lagi Mahfuz gagal membaca perkara taktikal dlm kenyataannya itu, iaitu tindak tanduk Mahathir termasuk Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang adalah untuk dijadikan sebagai bargaining power menekan Najib supaya memberi laluan mudah kepada Mukriz agar akhirnya nanti menjadi PM.
Sebelum keluar UMNO, Mahathir amat kecewa kerana Najib gagal membantu Mukriz menang jawatan Naib Presiden dlm pemilihan parti 2013. Justeru mulalah Mahathir membuat kerenah menganggu pentadbiran Najib supaya Najib ikut telunjuknya bagi memastikan agenda Mukriz menjadi PM tercapai.
Kemarahan Mahathir terhadap Najib memuncak apabila Zahid dilantik menjadi TPM kerana itu dianggap semakin menyulitkan agenda Mahathir dan Mukriz . Sebagai tindak balas Mahathir keluar UMNO dan mempelopori Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang sebagai bargaining power agar Najib reconcile balik dengan beliau untuk pastikan di masa akan datang Mukriz akhirnya jadi PM. Itu yg Mahfuz tidak faham. Maka tidak timbul isu Mukriz seorang ADUN dan bukan ahli Parlimen. Itu bukan penghalang dan mungkin Mahfuz terlupa beberapa peristiwa yang dia sendiri terlibat kerana ia amat berkaitan.
Contohnya Wan Azizah sanggup kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil kononnya untuk menjadi Perdana Menteri kerajaan 16 September.
Dalam satu lagi kes, ADUN Kajang sanggup letak jawatan untuk bagi laluan pula kepada Wan Azizah bertanding kononnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Justeru kalau mereka sanggup menandatangani Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang, tidak mustahil DAP sanggup kosongkan satu daripada kerusinya dan bagi laluan kepada Mukriz bertanding seperti mana yang dilakukan oleh PKR di Kajang.
Dan tidak mustahil juga Mahfuz sendiri sanggup mengosongkan kerusi Parlimen Pokok Sena dan bagi laluan kepada Mukriz bertanding di sana. Mungkin Mahfuz boleh membalas jasa baik Mukriz yang dikatakan telah memberinya berberapa kontrak di Kedah. Sebab itu Mahfuz muncul di beberapa perhimpunan mempertahankan Mukriz sebagai MB.
Ingatan Puad pada Mahfuz, dalam politik tiada yang mustahil. Dan itulah yg diamalkan oleh Mahfuz selama ini.
Sumber: KLXPress
No comments:
Post a Comment
comment please.....