Konco-konco ku

Tuesday, July 8, 2014

#TUKARMB : KHALID IBRAHIM TUTUP BANTUAN HARI RAYA!!

SEMAKIN panas pulak isu tukar MB Selangor ni. Rentetan beberapa rakan dalam parti yang dikatakan mahu Khalid turun dari duduk kerusi MB Selangor, rupanya Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sudah tidak menyalurkan bantuan hari raya kepada penduduk Bandar Tun Razak. Seperti yang diberikan oleh sahabat aku Harapan Esok, dikatakan Khalid sudah bankrap.

Tapi benarkah Khalid dah bankrap?

Adakah Khalid mahu simpan harta untuk persediaan bersara dari MB Selangor?

Adakah Khalid sudah tawar hati mahu menjadi wakil rakyat di Parlimen Bandar Tun Razak?

Mungkin jawapan itu semua salah......

Khalid sebenarnya sedang berjimat-cermat dalam perbelanjaan supaya Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Negeri Selangor akan dapat diadakan dengan gilang-gemilang.

Kad jemputan pun telah diedarkan kepada orang-orang kenamaan. Sambutan Hari Raya diadakan pada raya pertama lagi. Mesti perlukan kos yang besar. Maklumlah sambutan terakhir sebagai MB Selangor.

Terpaksa dibuat dengan meriah. Lepas ni tak rasa lagi besar-besaran.

Apa-apa pun yang pasti. Khalid Ibrahim tidak akan letak jawatan sebagai MB Selangor sehingga Hari Raya pertama. 

No comments:

Post a Comment

comment please.....