Konco-konco ku

Friday, July 4, 2014

MASEU CUKUP-CUKUPLAH PENTINGKAN DIRI SENDIRI

PERGOLAKAN dalaman antara pihak pengurusan MAS dengan Kesatuan Sekerja Kakitangan MAS (MASEU) semakin lama semakin kritikal.

Lebih pelik lagi apabila kesatuan pekerja ini dok berpiket, berhimpun supaya Najib Razak campur tangan dalam pengurusan MAS untuk memecat CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya berserta Pengarah Kejuruteraan MAS dan Pengarah Bahagian Sumber Manusia MAS.

Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah benar kerana kerugian MAS yang menyebabkan MASEU ini mengamuk tak tentu pasal hingga suruh CEO MAS letak jawatan? Adakah sebab adanya Ahmad Jauhari di MAS, syarikat penerbangan terkemuka ini punyai masalah kerugian besar saban tahun?

MASEU mengatakan tindakan Ahmad Jauhari membuatkan MAS rugi setiap tahun. Tahun lepas pendapatan MAS naik kepada RM15 billion daripada RM14 billion. Satu kejayaan tu tapi disebabkan kos operasi yang tinggi maka MAS berdepan kerugian.

Cuba bawa berbincang dengan pihak pengurusan… kos yang mana boleh dikurangkan? Kalau ade pelan pemulihan yang boleh untungkan MAS, kenapa tak nak bincang?

MASEU juga marah-marah kononnya MAS belanja RM4 juta untuk daily operation mereka sedangkan MASEU sendiri tak sedar yang kos RM4 juta itu termasuklah sekali dengan gaji pekerja-pekerja MAS yang 'berdedikasi' tapi harga tenaga buruh tinggi.


Dapur yang tak berasap nak makan ape? Macam MAS lah.. kalau tak belanja RM4 juta tu, ape nak suruh tutup operasi MAS… senanglah korang datang kerje goyang kaki… Tapi sebab dah ade perjanjian union, MAS terpaksalah bayar gajikan!!

Duduk berbincanglah dengan pihak pengurusan, jangan ingat sebab MAS ni syarikat penerbangan negara, kerajaan mesti tolong. Ingat dah RM5 billion dah duit pembayar cukai hangus tapi hasilnya haprak. Cuba ahli MASEU bakar duit sendiri RM10 pun mesti sakit hatikan! Jangan sampai rakyat menyampah dengan ‘lalak-melalak’ MASEU ni…

Rase-rasenyer kakitangan MAS masih katak bawah tempurung… Aku yang dulu masih lagi aku yang dulu kah?… dulu tak ramai player… sekarang ni tengok berapa banyak yang ade… Emirates, Etihad, … tak payahlah disebut yang lain-lain rasenyer sendiri tahulah…

Bukan MAS saja yang berdepan dengan kos yang makin meningkat, SIA, Garuda, Air Asia, Malindo semua terpaksa mengadap kos yang tinggi juga. Tengok Garuda, dulu orang tak pandang, tak nak naik pun, takut sebab tak selamat..

Sekarang tengok kat mana Garuda and tengok kat mana MAS… Cuba MASEU pergi tengok lapuran produktiviti industry penerbangan, mesti adakan.. kalau tak camner nak bargain-bargain union agreement.

Produktiviti kakitangan Garuda berkali ganda lebih bagus dari kakitangan MAS, malu lah… Bukan jer Garuda tapi syarikat penerbangan yang dulunya seangkatan ngan MAS dah jauh ke depan dari segi produktiviti kakitangannya…

MASEU mengamuk kononnya Ahmad Jauhari tak pandai urus syarikat dan tak layak jadi CEO MAS.

Siap cakap mendakwa pengurusan MAS banyak langgar peraturan syarikat terutama yang melibatkan pekerja di semua peringkat!!

Hellooo faham ke tidak? MAS tu tengah nazak… kalau syarikat lain yang berada dalam situasi MAS sekarang, dah mula mencantas pekerjanya… ni MAS baru nak ‘ubah suai’ atau kurangkan benefits dah melalak… MASEU ni lupe kalau MAS tu takde mereka pun takkan wujud la!

Cubalah ikut langkah kakitangan SIA… rase-rasenyer tahukan apa yang diaorang berkorban..

Ataupun MASEU mendesak 3 kakitangan atasan untuk belah sebab dia orang berani buat tindakan yang radikal dan drastik!!!

Jadi kepada MASEU cukup-cukuplah pentingkan diri sendiri.

2 comments:

  1. Aku nk ckp satu je...mna2 bisnes pun kt muka bumi ni hatta bisnes kt kg pun kalau perbelanjaan melebihi pendapatan apa maksudnya? Istilah bisnes adalah KERUGIAN. Haa...ni la yg jadi pada mas skrang...mcm mna nk buat 2? Ceo ke pegawai atasan ke...pekerja bawahan ke...masing2 ada tanggungjwp. Kesatuan sekerja mmg x de hak nk campur urusan mas melainkan korang semua ada share holder dlm mas. Kalu nk sgt cmpur tangan pakat masing2 potong gaji potong elaun potong belanja pengurusan lain2 yg x berkaitan. Dh ok nnti kesatuan tuntut semula benda2 ni.

    ReplyDelete
  2. Ada satu je yg masih tak berubah sejak MAS mula start rugi. MASEU. Yg lain suma dah cuba tukar. Ceo dah tukar, business model dah tukar, segalanya dah try tukar tapi satu ni je yg belum. Bahagian belum tukar ni la yang jadi cancer yang sepatutnya dikerat dari awal. MASEU wajib dibubarkan.

    ReplyDelete

comment please.....