PANAS! Apabila sejak malam tadi satu pengumuman ringkas tentang perletakan jawatan Menteri Besar Selangor tersebar meluas di dalam aplikasi Whatsapp. Sehingga ke pagi ini barulah Khalid Ibrahim menafikan tentang khabar angin ini.
Sebenarnya aku tak berapa nak hairan apabila ada perkara ini berlaku. Bukannya baru sekali ini berlaku penyebaran berita tentang perletakkan jawatan Khalid sebagai MB Selangor, malah beberapa bulan lalu juga turut berlaku benda yang sama.
Dalang penyebaran mesej ringkas ini sudah tentulah datangnya dari sahabat dalam parti sendiri yang dimaklumkan sudah tidak sabar untuk mengambilalih kerusi panas tersebut daripada Khalid memandangkan mendapat sokongan padu daripada Sam Ketot, Rafizi Ramli dan yang penting Anwar Ibrahim.
Desas-desus MB Selangor akan bertukar memang dah lama kedengaran. Semenjak dari Langkah Kajang yang gagal tu lagi. Dulu katanya jika Wan Azizah menang di Kajang, MB Selangor yang baru akan dilantik kerana dikatakan Khalid gagal mengurus negeri.
Mastermindnya siapa lagi kalau bukan Azmin yang sejak dari azali lagi menjadi seteru politik Khalid. Khalid buatlah apa sekalipun waima beri bonus 10bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri pun, Azmin dan geng-gengnya pasti akan meranapkan cita-cita Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.
Dan aku juga percaya yang segala penyebaran tidak kira menggunakan Whatsapp, Facebook mahupun Twitter yang dilihat dilakukan oleh pihak Barisan Nasional semuanya adalah lakonan Azmin and the gang yang betul-betul mahukan Khalid berundur secara keji!
Inilah akibat dari parti yg dipelopori oleh Pemutar Alam, ahli-ahlinyapun terkenal dan bijak memutar belit. Sudahnya lihatlah, satu demi satu Allah bongkarkan penipuan dan kepalsuan. Belu memerintah negara, baru satu negeri sudah huruhara.
ReplyDelete