Konco-konco ku

Wednesday, February 12, 2014

#PRKKAJANG HANYA MEDAN UNTUK ORANG HILANG AKAL - PSM

HARI ini Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan pilihanraya kecil DUN Kajang sebagai tidak masuk akal kerana PRK tersebut diadakan kerana wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat meletakkan jawatan semata-mata mahu memberi laluan Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar.

Ini secara langsung membuatkan PSM tidak akan campur tangan dalam PRK Kajang kerana menganggap ini adalah politik hilang akal. Pengerusi PSM, Dr. Mohd Nasir Hashim berkata keputusan yang diambil PSM adalah yang terbaik dan menyerahkan kepada rakyat Kajang untuk membuat pilihan.

Untuk rekod, PSM dan PKR memang punyai masalah sejak dahulu lagi terutama dalam penentuan kerusi DUN Semenyih yang menyaksikan pertembungan 3 penjuru (BN, PKR, PSM). Oleh itu tidak hairanlah jika PSM tidak akan terlibat dalam kempen bagi kemenangan Anwar di Kajang.

Dendam lama berdarah kembali apabila Anwar bertanding di Kajang, tidak memberi peluang kepada calon PSM yang telah lama bertapak dan menabur budi di kawasan Kajang memandangkan DUN Kajang adalah berjiran dengan DUN Semenyih yang pernah dicalonkan Setiausaha PSM, Arul dalam PRU13 lalu.

2 comments:

  1. yang undi Anwar pun yang hilang akal kecuali mereka2 yang tidak mahu BN berkuasa kerana bila BN berkuasa bermakna UMNO yang dominan
    jika PR berkuasa DAP yang dominan krn rahsia besar Anwar ditangan abg DAP. PAS ? tukang hangguk dan penyokongnya pekerja2 yg diarahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. PAS dah jadi lembu kepada DAP dan PKR. Sedih orang Islam dah jadi lembu kepada orang kafir. Sesia sahaja PAS memperjuangkan Islam selama ini. Isu kalimah Allah pun tidak boleh dipertahankan. Perjuangan Islam apa namanya. Perjuangan dah kena kentut dengan orang kafir.

      Delete

comment please.....