Konco-konco ku

Monday, February 3, 2014

LEBIH 10,000 WARGA ASING DI KAJANG!! PATUT ANWAR PILIH KERUSI DUN INI!! #PRKKAJANG

SEMALAM sempat berkunjung ke Pekan Kajang yang bakal menyaksikan PEMIMPIN DUNIA mengambil alih kerusi DUN Kajang daripada seorang anak muda berbangsa Cina yang memang merupakan anak jati Kajang.

Menyelusuri jalan-jalan serta lorong-lorong sekitar pekan Kajang pada hari Ahad memang agak merimaskan kerana pekan yang dahulunya hanya dipenuhi dengan penduduk setempat tidak kira Melayu, Cina ataupun India kini dimeriahkan dengan kehadiran 'tourist' daripada Bangladesh, Nepal, Myanmar, Vietnam serta Indonesia.

Setelah dikaji dan diselidiki, memang benarlah telahan aku selama ini kenapa Anwar memilih kerusi DUN Kajang sebagai tempat untuk test market. Manakan tidak, sepanjang pemerhatian aku lebih 3 jam di pekan Kajang yang menempatkan Plaza MetroPoint sebagai kawasan melepak, aku perhatikan setiap lorong, setiap kedai, setiap saat pasti nampak kelibat warga asing terutama dari negara Bangladesh.

Ternyata pemerhatian aku tidak sia-sia. Anwar akan menang besar dengan penambahan majoriti jika BN turut bertanding. Kerana apa? Kerana Anwar sudah pun membuat kajian terperinci tentang pengundi Bangladesh yang bakal mengundi beliau dalam PRK Kajang akan datang.

Tidak mustahil juga pelbagai janji manis Anwar akan ditaburkan kepada pengundi Bangladesh ini semata-mata mahu mendapat undi dari mereka. Mungkin juga Anwar menjanjikan kerakyatan atau penduduk tetap kepada para pengundi Bangladesh beliau. Ini strategi.

Sayangnya BN tidak pernah nampak ini semua. Dengan jumlah kepadatan penduduk yang agak tinggi bagi satu kawasan yang kecil, BN tidak pernah sedar bahawa di DUN Kajang ini juga punyai rakyat negara asing yang perlu dijaga. 

Sekalipun tidak dapat mengundi Anwar dalam PRK nanti. Nescaya warga Bangladesh ini bakal diserap dalam jentera mereka sebagai pembawa bendera ataupun tukang gantung bendera. Ini realiti.

Ini jugalah sebab utama kenapa Anwar dengan begitu angkuh berkata yang sekalipun beliau tidak turun berkempen, Anwar pasti akan menang.

1 comment:

  1. Memang benar peluang BN utk menang amat tipis sekali, ini kenyataan, 95% orang cina akan undi pembangkang tidak kira Aljuburi ke, Mat Syiah Sabun ke, Azmin ais krim ke. siapa saje, pembangkang akan menang..Walaubagaimana pun hanya kuasa & takdir Tuhan, BN boleh menang...jgn sombong sangat Aljuburi, anytime Tuhan akan tujunkkan...be ready...

    ReplyDelete

comment please.....