PERGOLAKAN dalaman PKR telah membawa pada satu tahap yang amat kritikal pada saat ini sehinggakan Ketua Umum nya terpaksa turun padang dan terpaksa menjadi Adun Kajang demi untuk menyelamatkan anak ikannya Azmin daripada Khalid yang dilihat rakus.
Ternyata umpan Anwar menjadi dengan kenyataan terbaru Hadi Awang yang akan membantu kempen PKR di Kajang bagi memenangi semula kerusi Dun Kajang yang telah dikosongkan khas untuk Anwar oleh Lee Chin Cheh walaupun bekas Adun Kajang itu tiada masalah yang teruk di kawasan Kajang.
Permusuhan antara Khalid dan Azmin telah lama diperhatikan oleh umum dengan beberapa tindakan Khalid yang menidakkan hak Azmin dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Antaranya tidak melantik semula orang-orang kanan Azmin sebagai exco negeri dan baru-baru ini memecat Azmin daripada Ahli Lembaga Pengarah PKNS.
Jika Presiden PAS bersetuju untuk membantu Anwar di Kajang, maka dengan ini ternyatalah ada permuafakatan rahsia antara Anwar dan Hadi dalam memusnahkan karier politik Khalid sekaligus mengiyakan bahawa Khalid akan diturunkan daripada menjadi Menteri Besar Selangor dan digantikan dengan Anwar.
Mana mungkin sebagai seorang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar hanya ingin menjadi seorang Adun biasa yang hanya berada di kawasan jika bukan diberikan jawatan Menteri Besar. Tidak tercemarkah nama Anwar? Sedangkan kita semua tahu yang Anwar memang rakus dalam menggondol semua jawatan yang ada. Ini termasuklah Ketua Umum PKR, Ketua Pembangkang, Ketua Kelab Gay Malasysia, serta Ketua Anugerah Tuhan yang juga turut bergelar Pemimpin Antarabangsa.
PAS Selangor nampaknya bersetuju kerusi MB Selangor diserahkan kepada seorang bukan anak jati Selangor. Walaupun PAS punya kerusi paling banyak di Selangor namun kerana patuh dan taat untuk masuk syurga yang dijanjikan Nik Aziz, mereka sanggup mengangkat seorang peliwat/penzina menjadi ketua kerajaan negeri yang punyai Sultan berdaulat.
Serban kena ilmu susuk an
ReplyDeleteKaaaannn...aku dh ckp. Sblm ni aku dh komen pn, ayat akhirnya.... Hadi akan bantu Anwar dlm PRK Kajang. Mudah sgt nk ramal tingkah laku dan tindak tanduk dia. Itulah dia Presiden parti PAS paling lemah sekali. Mudah sgt diramal sejak berkwn dgn PKR dan DAP. Part paling best, penyokong2 akan ikut tanpa berbelah bagi. Hehehee.... benar2 memalukn.
ReplyDeleteAku dah agak dari dulu puak PAS jgn berkokok lah last-last semua akan terpegang telur masing2.... hahaha
ReplyDeleteAKU KESIAN SANGAT TENGOK PRESIDEN PAS NI. NAMA SAJA PRESIDEN TAPI TAK ADA PENDIRIAN. TAK BERANI NAK BUAT KEPUTUSAN SENDIRI.. KADANG2 KENA AKUR DENGAN KEPUTUSAN MURSYIDUL AM.
ReplyDelete