Konco-konco ku

Thursday, January 23, 2014

YDP AGONG TIADA KUASA MENJADI KETUA AGAMA MALAYSIA - AZIZ BASI

KENYATAAN yang amat mengejutkan terpacul keluar dari bekas pensyarah UIA, Aziz Bari semalam. Dia mengatakan yang YDP Agong tidak punyai kuasa supaya rakyat Malaysia mendengar titah Baginda melainkan orang Melayu sahaja. Kaum lain tidak perlu patuhi titah YDP Agong terutama yang berkaitan dengan agama kerana YDP Agong hanya punyai kuasa yang terhad dan terkesan pada negeri yang Baginda perintah sahaja.

Itulah antara kata-kata bekas calon PKR Sabak Bernam. (boleh rujuk sini) Ulasan Aziz Bari umpama senada dengan peguam yang membawa kes kalimah Allah ke mahkamah baru-baru ini yang tetap berkeras mahu menggunakan kalimah Allah dalam agama Kristian walaupun Sultan Selangor telah bertitah, walaupun YDP Agong baru-baru ini juga sudah bertitah yang kalimah Allah merupakan hak eksklusif agama Islam. No politics. 

Lebih memburukkan keadaan adalah apabila Aziz Bari juga mengatakan yang kadang kala YDP Agong dan Sultan tidak sependapat tentang kalimah Allah. Adakah Aziz Bari masih dalam keadaan sedar ketika bercakap? (penjelasan bidang kuasa YDP Agong)

Lagi berkata bekas profesor bengong ini, MALAYSIA TIDAK ADA KETUA AGAMA ISLAM kerana Agong hanya ketua agama di negeri asalnya sahaja dan tidak termaktub kepada negeri-negeri tiada Sultan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Putrajaya, Labuah, Sabah dan Sarawak.

Hebat Aziz Basi ni berkata. Agenda penghapusan kuasa Sultan Melayu nampaknya semakin terang dan bersuluh. Ini kira di bawah Akta Hasutan 1948 yang secara jelas mempertikaikan kuasa Raja Melayu untuk menjaga kedaulatan agama Islam di Malaysia dan menyebarkan berita yang YDP Agong tiada kuasa bagi menghalang apa-apa juga aktiviti penyebaran agama lain di negeri tiada berSultan.

Hebat pakar undang-undang cabok ni.....

13 comments:

  1. Salam Bro,aku rasa si ajiz ni dah meroyan sebab nama semakin kurang popular sejak kalah di PRU yang lalu.Biarlah si lincai terjun dengan labu-labunya.Biarkan.........biarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Ada logiknya begitu. Kita dah biasa dengan perangai orang politik ni. Ada saja kata-kata kontroversi yg dihamburkan untuk menarik perhatian ramai. Semoga kata-katanya yg jahat itu tak merosakkan rakyat.

      Delete
  2. kesian si aziz ni kerana terpaksa jadi barua.

    ReplyDelete
  3. Salah satu contoh yang menarik akan MANUSIA YANG SANGGUP JUAL AGAMA DAN NEGARA demi pangkat dan nama ... boleh dijadikan kajian/ thesis diperingkat master nie... banyak kenyataan bangang beliau yang boleh dijadikan bahan kajiaan...

    ReplyDelete
  4. PAKAR OTAK UDANG BUKAN PAKAR UNDANG2

    ReplyDelete
  5. AKU SEKARANG TERPIKIR BAGAIMANA DIA NI DIKATAKAN ORANG TERPELAJAR........MUNGKINKAH DULU DULU ADA MENI..

    ReplyDelete
  6. Yang "Terpelajar" berakhir dengan "Kurang Ajar". Ni lah spesis kelahiran dalam PKR.

    ReplyDelete
  7. Ramai cakap berasaskan sentimen tapi aku percaya dan yakin, Sdr Aziz Bari bercakap berasaskan fakta yang termaktub dalam perlembagaan.
    Jadi, telitilah dulu peruntukan undang-undang sebelum membalun Sdr AB.
    Tapi biasa lah, orang Melayu ni guna sentimen lebih lebih-lebih lagi penyokong UMNO, bukannya akal yang dikurniakan Allah.

    ReplyDelete
  8. Melayu jadi baruah sejak zaman kebesaran hulubalang melayu dahulu kala dan berterusan hingga hari ini; melayu jadi komunis, melayu jadi penyangak, melayu jadi segala macam baruah yang berleluasa disemua peringkat.
    cerdik pandai melayu lupa diri ada ilmu sikit sudah lupa asal usul. melayu tanpa dasar ekonomi baru dan kouta pelajaran apa yang mampu dalam persaingan tempat di IPT???
    NAK kurang ajar dan biadap bolihlah kepada musuh, sesama melayu lagak besar kepala, bila mampos nanti ada ke kaFIR LAHANAT NANTI YANG KAFANKAN dan usung kekubur???
    agaknya melayu hari ini sudah terlalu moden!!! dah berada dikelas ultra maju; mabuk-mabuk rasuah-rasuah makan babi dah tak bolih mengucap sahadah, tak mau bila mati nanti akan dihidupkan semua dan dihimpun dipadang mahsar..............

    ReplyDelete
  9. Eh, hidup lagi mamat nie? Ingat dah tak ada atau pun dah migrate ke?

    ReplyDelete
  10. Mamat ni jenis tak puas MELANCHAP...CONFIRM ED. ..

    ReplyDelete
  11. ...dari Prof UIA...jadi calon PKR....kini jadi BARUA DAP....

    Prof Kangkung

    ReplyDelete
  12. syg sekali bila org terpelajar jd begini...mungkin akal semakim hari semakin dangkal...lebih baik duduk diam dari bercakap membabi buta....

    ReplyDelete

comment please.....