Konco-konco ku

Thursday, January 16, 2014

PENUTUPAN GIAT MARA SATU LAGI PENYINGKIRAN MELAYU DI SELANGOR!!!

RAKYAT Selangor dikejutkan dengan keputusan Menteri Besar Selangor yang mahu menutup pusat latihan vokasional Giat Mara di Selayang baru-baru ini yang mana menempatkan pelajar-pelajar yang majoritinya adalah bangsa Melayu. Tanpa mengira fahaman politik, anak-anak muda ini diberi peluang kali kedua oleh kerajaan bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional walau sudah tercicir dalam pelajaran SPM.

Kenyataan Khalid Gagap yang mahukan pusat Giat Mara ini ditutup bagi memberi laluan kepada pihak yang berminat dengan tapak pusat ini untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan komersial. Antara dalang yang sudah pun membuat lawatan bagi pengambilalihan tapak Giat Mara ini adalah seorang Exco Selangor daripada DAP bersama wakil dari KLSCAH (KL Selangor Chinese Assembly Hall.

Selepas hampir seminggu perkara ini menjadi kerisauan, Khalid akhirnya menjawab dengan 'tiada penutupan'. Jawapan seorang Menteri Besar selepas mesyuarat Exco. Demi menjaga undi kaum Melayu, macam-macm boleh putar. Tetapi dengan syarat supaya Giat Mara haruslah meningkatkan prasarana pusat itu dalam tempoh sehingga akhir tahun ini, jika tidak dapat dilaksanakan maka tanah itu akan diambil oleh Persatuan Dewan Cina KL Selangor untuk membangunkan pusat pendidikan orang Cina pula.

Apabila cerita tentang penutupan Giat Mara ini timbul teringat juga pada sebuah lagi Giat Mara di kampung aku dulu, Sabak Bernam. Pusat Giat Mara yang memang sudah sinonim apabila melalui simpang lampu isyarat pekan Sungai Besar, pasti akan terlihat sekumpulan pelajar Giat Mara yang gigih sedang mempelajari sesuatu yang diajar oleh guru mereka.

Namun itu semua hanya tinggal kenangan selepas kerajaan negeri bertukar tampuk pemerintahan, pada tahun 2010 kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Sabak Bernam mahu mengambil semula tanah yang dipinjamkan kepada Giat Mara untuk dijadikan stor simpanan penguatkuasa MDSB.

Maka, mulalah episod berpindah randah pelajar-pelajar Giat Mara. Selepas dihalau dari tempat asal, mereka diberikan satu kedai di Merbau Berdarah, Sungai Panjang yang mana jarak dari pekan Sungai Besar adalah sejauh 60km. Ramailah yang terpaksa menamatkan kursus mereka untuk sekeping sijil kerana kekangan kewangan dan jarak yang jauh.

Pada 2011, sekali lagi pusat Giat Mara itu dihalau dari kawasan yang diberikan itu selepas ada Ahli Majlis MDSB daripada DAP yang menganggap pemberian tapak percuma kepada pusat Giat Mara itu tidak memberi untuk kepada pihak MDSB. Maka hilanglah tempat menimba ilmu pelajar kemahiran Melayu ini.

Setelah meminta bantuan daripada pelbagai pihak, akhirnya pihak pengurusan Giat Mara membuat keputusan untuk menyewa sebuah lot kedai di Sungai Lias demi meneruskan pembelajaran anak-anak muda ini. Oleh kerana tempat yang terhad, premis sewa di Sungai Lias diperuntukkan untuk pelajar jurusan mekanikal dan bagi pelajar wanita yang mengambil jurursan menjahit, Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Datuk Noriah Kasnon bermurah hati memberikan sebuah balairaya di Pasir Panjang sebagai tempat mereka menimba ilmu.

Itulah antara rentetan yang berlaku di Giat Mara Sabak Bernam. Benarlah seperti dakwaan yang Giat Mara Sabak Bernam sudah ditutup namun pembelajaran masih juga diteruskan atas keprihatinan wakil rakyat BN.

Kini Giat Mara Selayang pula menjadi mangsa kerakusan kerajaan negeri.

Masih tidak sedarkah orang Melayu Selangor???

1 comment:

  1. kerajaan jgn berlembut dgn cina ni. SJKC pun tidak menafaat untuk semua kaum. tutup sekolah cina. jadikan semua sekolah kebangsaan.

    ReplyDelete

comment please.....