Konco-konco ku

Tuesday, August 27, 2013

#BANTAHTPPA : MALAYSIA MENGHALALKAN URUSNIAGA SECARA TERUS KEPADA AMERIKA!!

TIADA niat sedikit pun hendak menghalang kemajuan yang bakal dikecapi oleh Malaysia. Tiada niat sekelumit juga untuk menidakkan usaha murni Malaysia yang dipimpin oleh Najib Razak demi memastikan negara akan terus maju menuju Wawasan 2020.

Kita dihebohkan dengan Perjanjian TPPA yang dilihat berat sebelah. Mungkin masih lagi ramai yang tidak faham tentang perjanjian TPPA kerana perkara seperti ini amat rumit dan kompleks jika kita sendiri bukanlah seorang economist yang tidak fasih tentang term-term dalam pengajian ekonomi.

Tetapi setelah diterangkan oleh orang kuat MTEM (Majlis Tindakan Ekonomi Melayu) baru-baru ini, baru lah aku faham serba sedikit. Diterangkan dari permulaan perjanjian sehinggalah Malaysia yang bakal menandatangani perjanjian itu pada bulan Oktober ini.

Kenapa Bantah TPPA??

Biar aku ringkaskan mengikut kefahaman aku sendiri. Kalau nak ikut bahasa ekonomi aku pun tak faham sepatah. Tetapi setelah diterangkan oleh pegawai MTEM tempoh hari boleh lah aku buat kesimpulan ringkas mengatakan yang TPPA ini bakal meranapkan ekonomi Malaysia.

TPPA ini macam pertukaran ekonomi antara Malaysia dan Amerika la lebih kurang. Malaysia boleh hantar barang niaga ke Amerika dan begitu juga sebaliknya. Dan yang lebih mengejutkan syarikat Amerika juga boleh secara langsung bid tender-tender kerajaan di Malaysia.

Bukan menolak kemajuan ekonomi yang bakal berlaku tetapi kaji semula pencapaian ekonomi orang Melayu setakat ini. Mampukah kita bersaing dengan syarikat dari Amerika? Sedangkan banyak syarikat Melayu yang lingkup akibat tidak dapat bersaing dengan syarikat Cina, inikan pula nak bersaing dengan Amerika.

Bukanlah niat hendak memperkecilkan kemampuan syarikat Melayu dan Bumiputra di negara ini tetapi sepahit mana pun terpaksa ditelan juga. Sebenarnya Amerika sedang mengalami kegawatan ekonomi kerana jumlah hutang negara itu melebihi dari pendapatan mereka.

Jadi untuk memastikan Amerika tidak rugi dan jatuh muflis, mereka terpaksa menyebarkan dakyah yang mengatakan mereka mahukan keterbukaan luas dalam ekonomi mereka. Nampaknya mereka sudah sesak nafas akibat hutang yang bertimbun kepada Bank Dunia.

Malaysia bakal tandatangan TPPA Oktober ini.

Melalui Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) perjanjian TPPA ini akan dibuat pada tanggal Oktober 2013 ini yang bermakna hanya tinggal lebih kurang sebulan. Ada dalang yang bersetuju dengan perjanjian ini. 

Jika ditanya kepada mana-mana Menteri Kabinet sekalipun mereka tidak akan bercakap pasal TPPA kerana tidak faham apa yang terkandung dalam perjanjian tersebut. Tidak dinafikan memang ada benda positif yang boleh Malaysia ambil untuk memberi keuntungan kepada ekonomi negara. Namun, lebih banyak benda tersembunyi dan negatif yang boleh meranapkan ekonomi Malaysia lebih dari kebaikan.

Jadi, jika mana-mana menteri nak menyokong perjanjian ini kaji dan fahamkan dulu apa yang terkandung dalam 29 perkara yang dinyatakan dalam perjanjian sebelum buka mulut. Takut malu sendiri je.

Sedangkan 10 negara termasuk Singapura masih berkira-kira mahu turut serta kenapa Malaysia yang bersungguh untuk bersetuju? 

Fikir dan nilai sendiri. Jangan malas membaca.

7 comments:

  1. Aq rasa Najib kecik2 dulu dia pernah termakan taik sbb tuh bila dah tua mcm neh jadi bahalol bab memerintah..ikot saja kata punahsiat2 yg ada mengelilingi dia mcm anjeng keliling bangkai...

    ReplyDelete
  2. Saya percaya sebab itulah si KAPIAQ ganas Barat-Zionis Hagel, Menteri Pertahanan US, dan kemudian si Dalang Dua Muka Obama (menyamaq sbg. Islam dgn. nama tengah 'hussein'nya tapi asyik nak bunuh dan jajah Dunia Islam/umatnya, dan asyik sembahyang kat gereja) pula, ke M'sia ini - nak beri tekanan lagi utk. K'jaan sertai TPPA SAMPAH dan PENYAMUN itu! Dahlah hampir semua anggota TPPA ini pro-US/Israel, termasuk S'pura (di mana CIA-Mossad berpusat di S'pura, lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009 - jadi mereka nak memperbodohkan NEGARA ISLAM spt. Malaysia dan Brunei, dan seterusnya menjajah kita melalui ekonomi (bayangkanlah Israel juga terlibat sebenarnya)! Lepas itu, esok bakal melalui ketenteraan kalau kita langgar perjanjian ekonomi ini - tengok juga sewa air murah pd. S'pura, bukan main susah nak tukar kontrak.

    Patutnya NGO-NGO Islam/Melayu/UMNO buat bantahan depan Kedutaan US diatas kedua lawatan ini, apalagi rejim-rejim Barat-Israel yg. diketuai CIA-MI6-Mossad-NATO, asyik membunuh umat Islam sesuka hati spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas; lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013 (lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban)!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete
  3. Hey anon 10:13am, kejinya kau hina pemimpin Islam/UMNO! Mulut kau memang celupar mcm BANGKAI ANJING!

    ReplyDelete
  4. Anon 10:59 AM ...ko nak aq terus jerit 1 MALAYSIA ke bila najib meneruskan agenda meminggirkan Melayu , mngagongkan cina n agenda terakhir ini mnggadaikan kedaulatan negara cara xlangsong pada kapir menerusi tppa...

    Sokong biar berpada-pada ,,jgn sokong mmbawa rebah...kalo najib masih lagi terus dgn agenda menjilat jubor cina n tppa ini,,, insyaAllah UMNO n najib akan rebah n bungkus...mslhnya najib kayeraye bole angkot anak bini yg kuat mmbazir tuh kuar ngr kalo ngr huru hara tapi kite rakyat jelata yg akan mnghadapi sgl jerih perih negara kucar kacir mcm kat Mesir n syria tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong UMNO tapi aku tak sokong Ah Jib Gor, aku sokong Abang Muhyidin dan Abang Zahir.

      Delete
    2. sorry abang zahid hamidi menteri yg ganti menteri keris.

      Delete

comment please.....