SEKALI lagi, perkataan minta maaf meniti dibibir para penghina agama Islam. Sekali lagi juga kita umat Islam sebagai manusia yang paling mulia, dan bersikap baik hati memaafkan pelaku kes surau dijadikan tokong di Kampung Sedeli Besar, Kota Tinggi.
Adakah taraf agama Islam hanya layaknya dengan ungkapan MAAF?? Adakah sudah rendah benar martabat agama Islam jika hendak dibandingkan dengan agama-agama lain di Malaysia sedangkan agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia dan majoriti rakyat adalah penganut agama Islam. Mampukah kita mempertahankan agama Islam?
Persoalan demi persoalan menerjah ke dalam kotak pemikiran aku buat masa sekarang ini. Benarkah aku masih hidup di bumi Malaysia yang mana dunia mengiktiraf negara ini sebagai sebuah negara Islam yang maju. Setakat mana kemajuan yang telah kita kecapi jika agama Islam saban hari terus dihina dan dipermainkan oleh si pelaku-pelaku yang semakin kurang ajar? Semakin biadap?
Mudah nya bangsa asing ini melepaskan diri dengan permohonan MAAF!! Sukarnya menjadi Melayu di bumi MALAYsia, apabila ada pemuda yang memberi pengajaran 'istimewa' kepada penghina agama Islam yang sehingga sekarang masih tidak diketahui nasib 4 pemuda Melayu tersebut.
Bila kita mahu sedar??
KUALA LUMPUR: Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K Sri Dhammaratana Nayake memohon maaf kepada seluruh umat Islam ekoran tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura yang melakukan aktiviti keagamaan dalam sebuah surau di sebuah resort di Kota Tinggi, Johor.
Beliau menasihatkan penganut Buddha agar menghormati sensitiviti agama lain dalam menunaikan kewajipan beragama.
"Kami memohon maaf kepada saudara Muslim kami dengan tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura yang mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Kota Tinggi.
“Mustahil kita dapat membina bahagia atas kesedihan orang lain.
"Saya menasihatkan penganut fahaman Buddha di Malaysia dan Singapura agar menghormati sensitiviti penganut agama lain dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mereka," kata Dhammaratana dalam kenyataan media hari ini.
Kejadian berkenaan dikesan melalui satu video di YouTube, menunjukkan lebih 10 orang sedang menyertai satu upacara yang diketuai seorang individu berpakaian jubah berwarna oren di lokasi berkenaan.
Kumpulan berkenaan ditunjukkan berada dalam keadaan duduk mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau tersebut.
Susulan itu, pemilik sebuah resort di Sedili Besar di Kota Tinggi itu direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau resort itu digunakan untuk upacara keagamaan penganut bukan Islam.
Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Hairul Azhar Mohamad di Mahkamah Sesyen di Kota Tinggi hari ini.
Lelaki berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. astro
yup memang tak boleh maafkan tapi kita tak boleh nak maki semua sami buddha dalam malaysia ni gak..lagipun yang buat taik tu orang singapork, bukannya orang malaysia..
ReplyDeleteat least ada juga cepat minta maaf daripada kes si paderi vatican jemputan najib tu..dah kena sound berhari hari baru nak minta maaf..kes terus tutup buat senyap je..najib langsung tak bukak mulut padahal dia yang beriya ke vatican dulu..
Najib kena berubah, rata2 orang Melayu akar umbi sudah mula bersuara Najib 2x5 Pak Lah.
ReplyDeleteAku dah bosan dengan bisunya si najib tentang penghinaan kepada islam. Sebagai pemimpin islam no. 1 dia patut bersuara dengan tegas dan arah diambil tindakan tegas tanpa lengah lagi. Harap ahli2 umno buang si najib bodoh dari jawatan presiden.
ReplyDeleteSay NO to Ah Jib Gor for next PAU.No ball.
ReplyDeleteKalau setiap kesalahan bolih dilupakan dengan kata2 maaf,tak perlu le ada syurga dan neraka
ReplyDeleteAdakah itu cara ajaran ritual Sang Budha yg menjadi amalan ikutan menganutnya, atau itu cara ajaran siapa yg sebenarnya atau kump cina Singapore ini sengaja meniup kawan2 mereka yg ada di sini supaya terus menerus testing undang2 dan Pelembagaan negara ini utk mencabar Islam Agama Resmi negara Malaysia.... Harap2 ada org Islam yg mampu membongkar rahsia agama mereka supaya mereka tidak mencetuskan pelbagai sentiment yg macam2....
ReplyDelete