Konco-konco ku

Saturday, June 8, 2013

SAH!! DAP & PAS TURUT LETAKKAN WAKIL MEREKA SEBAGAI PEGAWAI PERHUBUNGAN POLITIK SELANGOR!!

DI DALAM artikel yang lepas admin Jawa Bernam ada menulis berkenaan perlantikan Pegawai Perhubungan Politik Negeri Selangor (di sini) oleh Khalid Gagap. Khalid meletakkan calon kalah dari Kulim, Saifuddin Nasution sebagai pegawai yang kononnya boleh mengimbangi suasana politik negeri Selangor dengan tidak dicampur adukkan antara pentadbiran negeri dan kestabilan politik antara parti dalam pakatan di Selangor.

Namum perkara ini ditentang oleh Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor yang mana Khalid tidak pernah membincangkan tentang perlantikan Saifuddin di dalam jawatan tersebut. Amirudin Shaari (Adun Batu Caves) menuduh Khalid telah membuat keputusan sendiri tanpa membincangkan terlebih dahulu berkenaan jawatan baru yang ditubuhkan untuk Saifuddin mencari makan.

Setelah beberapa hari berlalu, maka kecoh lah yang DAP melalui CEC (yang masih belum disahkan oleh ROS) bakal melantik Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh yang juga Naib Pengerusi Keadilan Kebangsaan DAP dalam jawatan yang sama supaya ada 'check & balance' dalam pengurusan politik di Selangor. Teresa Kok yang digugurkan dari bertanding di DUN Kinrara oleh Khalid Gagap sekurang-kurangnya punyai pengalaman dan pengetahuan tentang negeri Selangor memandangkan beliau adalah seorang bekas Exco Selangor dan juga ADUN Kinrara jika dibandingkan dengan Saifuddin Nasution.

Dalam masa yang sama juga kepimpinan PAS pusat juga mahu melantik seorang wakil mereka dalam jawatan yang sama. Antara nama yang dicadangkan adalah Husam Musa yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kepimpinan negeri Kelantan walaupun telah banyak menabur 'bakti' kepada parti. Husam Musa yang juga Adun Salor dan calon kalah Putrajaya bakal diletakkan di Selangor atas dasar kroni kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Rani Rendang. Namun ada juga Adun Sabak yang baru setahun jagung yang baru dilantik menjadi exco, Sallehen Mukhyi membantah perlantikan Husam Musa ke dalam jawatan tersebut.

Konflik ini bakal berpanjangan dengan pertembungan ketiga-tiga wakil parti yang bakal merebut kerusi Pegawai Perhubungan Politik Selangor yang akan diturunkan peruntukan jutaan ringgit bagi mengekalkan momentum rakyat demi kepercayaan terhadap pemerintahan pakatan haram. Nampaknya ramai pemimpin yang telah terkubur di Lembah Klang akan diberikan nyawa baru oleh ke'prihatinan' Khalid Gagap. Jangan terkejut jika aset dan wang rakyat Selangor akan mengalir dengan deras jika mereka-mereka yang bukan anak kelahiran negeri Selangor berjaya memerintah negeri. Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....