Konco-konco ku

Tuesday, March 12, 2013

TERBARU!! KIRAM III MINTA ANWAR TERUSKAN SANDIWARA LIWAT!! #Pray4Sabah

PERKAITAN Anwar dan Kiram III memang tidak dapat disangkal lagi. Sehingga ke hari ini, Anwar masih tidak menjawab atas urusan apa pertemuan beliau dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari yang didedahkan oleh media asing dan tempatan.

Bukti telah terang lagi bersuluh yang Anwar memang ada perancangan maha dahsyat untuk memporak porandakan Sabah supaya kelihatan yang Malaysia tidak lagi aman di bawah kepimpinan Najib. Oleh sebab itu Anwar cuba mengalihkan tumpuan Lahad Datu kepada kes berulang liwat Saiful dengan menggunakan bapanya, Azlan dengan bayaran RM1juta.

Kiram III juga didakwa ada menghubungi Anwar untuk melengah-lengah dan mengalihkan perhatian rakyat Malaysia kepada isu tersebut. Ini perancangan Anwar dan JB percaya yang perkara ini telah dirancang lama memandangkan jika dalang insiden ini iaitu Anwar terbongkar, maka liabiliti paling besar akan terbeban pada pakatan dan seterusnya harapan untuk menjadi Presiden Malaysia akan termusnah.

Azlan dikatakan terpaksa menjadi kambing hitam. Selepas Azlan mengumumkan yang beliau masuk PKR, percayalah yang selepas ini Anwar dan puak taik mereka akan mengusung Azlan ke serata Malaysia bagi meyakinkan rakyat bahawa Anwar tidak bersalah dan tidak pernah meliwat Saiful.

Mahu atau tidak, yang perancangan ini telah dilakukan lama. Mengikut dari tarikh gambar Anwar-Misuari diambil juga sudah agak lama perkara ini dirancang dengan rapi. Dan jika kalian lagi perasan adalah apabila Anwar kerap menyanyikan lagu 'Sabah Nak Hilang' pada setiap sesi ceramah beliau serata Malaysia.

Kenapa Sabah? Fikirkanlah sendiri.

1 comment:

  1. Lagi kenyataan bukti penglibatan Anwar dan anaknya Nurul Izzah dalam komplot di Lahad Datu. Plot yang dirancang cukup kemas namun terbongkar jua.

    “Pengambilan anggota polis baru akan dibekukan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum ke 13”. - Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim, ceramah Pakatan Rakyat di Batu Gajah, Perak Sabtu, 1 Dis. 2012. Esoknya; 2 Dis. 2012, Anwar ligat nyanyi “Tanya Sama Pokok...Sabah Nak Hilang”!

    “Anggota Polis itu dah cukup, tapi semuanya tak payahlah hendak jadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot!... Kita pastikan (mereka) jadi investigating officer (pegawai penyiasat), menyiasat kes jenayah apa yang berlaku di taman-taman dan kawasan perumahan”. - Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim - ceramah Pakatan Rakyat di Batu Gajah, Perak pada Sabtu, 1 Dis. 2012.

    “Semua polis itu ramai, kebanyakkan besar dihantar jadi polis hutan, General Operation Force (Pasukan Gerakan Am - PGA) untuk lawan komunis dulu…you do not need!” – Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim, ceramah PKR di Lucky Garden, Bangsar, KL Sabtu, 16 Feb. 2013 – 2 hari selepas pembongkaran cerita penceroboh Lahad Datu oleh media!

    ReplyDelete

comment please.....