Konco-konco ku

Monday, March 18, 2013

SELANGOR TERKINI!! Krisis Air Selangor Buktikan Khalid Gagal Sebagai MB


MENJELANG tahun 2014, bilangan pengguna air di Selangor akan meningkat dari hari ke hari. Dengan kemajuan pesat yang kian membangun, dengan taman-taman perumahan yang semakin bersepah, dan kilang-kilang perindustrian yang tumbuh bak cendawan di Selangor tidak dapat lagi membuka mata Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap untuk mencari jalan penyelesaian yang realistik bagi membendung krisis air yang bakal berlaku.

Perkara ini juga amat terkesan kepada rakyat. Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang paling maju dan kebetulan berada di kawasan Lembah Klang iaitu kawasan elite bagi pelabur-pelabur besar Malaysia. Cuba bayangkan jika krisis air seperti tahun 1998 terjadi, adakah pelabur-pelabur ini semua akan meneruskan pelaburan mereka yang mencecah jutaan ringgit di Selangor? Cuba bayangkan juga apa akan terjadi kepada rakyat Selangor yang rata-rata hanya berpendapatan sederhana jika air tidak dapat disalurkan ke rumah-rumah pangsapuri mereka?

Kali ini Khalid bermain wayang lebih dahsyat dari sebelum ini. Jika sebelum ini pelbagai cadangan dari panel pemikir Khalid dikalangan YB DAP menyarankan untuk menggunakan teknologi membran dan 'Hybrid Off River Augmentation System' (HORAS), namun sehingga kini tiada satu pun usaha yang ditunjukkan oleh kerajaan Khalid untuk mencegah krisis air di Selangor. Jika benar Khalid mahu membantu rakyat, kenapa baru sekarang dia sibuk untuk membeli pula syarikat SYABAS? Kenapa baru sekarang? Kenapa selepas 5 tahun memerintah Selangor dan pelbagai aset negeri telah tergadai, kenapa baru sekarang berdegar-degar nak gerakkan untuk membeli kesemua syarikat konsesi air di Selangor?

Sebagai rakyat Selangor, kita telah menyaksikan beberapa kawasan yang terganggu sumber air mereka seperti di Pandan dan Ampang. Kita juga sedia maklum yang Khalid tidak langsung menangani kekurangan air bagi pihak kerajaan negeri. Yang diarahkan untuk membantu hanyalah SYABAS yang mana sekarang ini mahu pula dibelinya syarikat ini sedangkan Khalid lupa hutang kerajaan negeri kepada SYABAS belum lagi terlangsai, belum lagi terbayar kerana memberi air percuma kepada rakyat. Manifesto bukan janji.

Rakyat Selangor sebenarnya dah mula sedar dengan segala pembohongan dan penipuan Khalid terhadap mereka. Rakyat Selangor sudah mula celik dengan strategi kerajaan pakatan Selangor yang hanyalah mahu menambat hati rakyat untuk undi mereka sedangkan tiada satu jalan penyelesaian pun yang pernah dicadangkan oleh kerajaan pakatan negeri untuk mengatasi masalah air ini. Seronok sangat dapat air percuma sehingga rakyat terlupa yang sebenarnya mereka semua ini akan menyebabkan krisis air yang lebih teruk jika tiada tindakan progresif dari kerajaan negeri yang memerintah sekarang.

Kita masih menunggu dan menanti apa perancangan Khalid dalam menangani isu air ini. Kita sudah tidak punya banyak masa. Jika tiada jalan penyelesaian yang diambil, maka dengan penuh yakinnya Selangor akan mengalami krisis air maha dahsyat. Ini bukan main-main dan ini bukan cobaan.

Bagi mempositifkan persepsi rakyat Selangor terhadap pentadbiran Khalid tentang isu air maka diarahkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin untuk menjelajah serata Selangor untuk memberi penjelasan kononnya dan sekaligus menyalahkan SYABAS sebagai kroni UMNO dan entiti yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menguruskan masalah air di Selangor. Apa sudah tidak ada pakar air ke kat Selangor ni? Kenapa Faekah yang dihantar? Kenapa tidak wakil dari SYABAS yang secara jelas boleh merungkai permasalahan air di Selangor ini?

Khalid ni tahu ke tak yang lebih 100 buah kilang di Selangor tidak dapat dibina kerana masalah air ni? Tahu kah Khalid yang lebih 10 buah kilang yang telah lama bertapak di Selangor tidak dapat beroperasi kerana masalah air? SYABAS tidak dapat menyalurkan air ke kilang-kilang industri ini kerana risau rakyat akan terjejas. Selagi Khalid berdegil untuk tidak meluluskan pembinaan loji air Langat 2, selagi itu jugalah kerajaan negeri Selangor akan kerugian berbillion ringgit dari cukai ke atas kilang-kilang terbabit.

Barangkali juga Khalid terlupa yang kerajaan pimpinan dia sendiri yang telah membantutkan pelan jangka panjang penyaluran air SYABAS kepada rakyat Selangor dengan membekukan modal (CAPEX) SYABAS sejak dari tahun 2008 lagi. Modal CAPEX ini bukan disedekahkan kepada kroni seperti kerajaan negeri Selangor, modal yang diterima adalah bagi tujuan untuk membaik pulih loji-loji yang telah terlalu uzur demi untuk kebaikan rakyat Selangor. Syukur Alhamdulillah kerajaan persekutuan dapat membantu rakyat Selangor dengan pemberian peruntukan bernilai RM606 juta bagi melaksanakan pelan mitigasi dan dana tambahan bernilai RM120 juta bagi membaiki infrastruktur air yang bermasalah. Mana duit kerajaan Selangor yang dikatakan Khalid mempunyai simpanan bernilai RM2billion itu??

Cakap berdekah-dekah atas pentas ceramah, bangga dengan aset dan wang tunai kerajaan negeri Selangor yang mempunyai keuntungan berbillion ringgit. Tapi sayang, duit rakyat Selangor terus disimpan Khalid sebagai petanda kerajaan Selangor tidak pernah rugi sejak bertukar tampuk pemerintahan. Ya! Memang kerajaan Selangor tak rugi tapi yang rugi adalah rakyat kerana mengundi pakatan. Mengharapkan kerajaan pakatan Selangor akan membantu dan menunaikan semua manifesto menjelang pilihanraya namun sehingga kini tidak nampak bayang. Hanya berbekalkan air percuma kepada rakyat Selangor, maka Khalid sudah boleh berpuas hati dengan pencapaian kerajaan negeri sekarang.

Biarlah kerajaan negeri tidak punya simpanan pun asalkan hidup rakyat terbela. Jangan hanya pandai berjanji sahaja sedangkan rakyat menderita.

Baru-baru ini juga terbit satu video klip parody yang mengisahkan krisis air di Selangor. (klik SINI). Kelakar tapi yang penting matlamat atau isu utama yang ingin disampaikan oleh pembikin video tersebut kepada kerajaan Khalid Gagap tentang krisis air. Nampaknya lebih ramai rakyat yang sudah mula sedar dengan permainan politik haprak pakatan. Dalam video parody tersebut juga telah menunjukkan dengan jelas yang pemimpin pakatan memang telah berpakat untuk menyusahkan rakyat Selangor dengan sikap ego pemimpin pakatan yang tidak menghiraukan nasib rakyat Selangor.

Tengok dan hayati setiap bait-bait lirik yang terkandung dalam video parody tersebut. Ada maksud tersurat yang ingin disampaikan, tetapi bagi yang terang hati sahajalah. Kepada pencacai pakatan confirm kata ini semua KONSPIRASI UMNO!! Fikirkan.

2 comments:

  1. Betul tak adil...ada ke patut bagi rebat utk 20 liter pertama je...bagi lah free terus.. Aku ingat kalau BN menang mesti bagi free air n letrik. satu lagi, boring betul skrg ni..kat mana mana surau n masjid ramai org pegi kuliah agama. Dia org tk ada family ke? kalau BN perintah, aku pasti semua kuliah akan di berentikan. Kan best gitu....lagi pun kita dh belajar agama kt sekolah kan...satu lagi ksu perasan tak...kebanyakan pemimpin BN kaya raya....itu menunjukkan dia org pandai n pemurah...betul ke dia org Rasuah....mesti fitnah kan...semua fakta tu tak boleh di percayai....fabricate semua....

    ReplyDelete
  2. betul2.. mmg tak adil.. BN pun tak pnah nak buat bg 20 liter air percuma, tp PR suka ati je buat.. Kalo BN tak buat, PR mane bley buat kot.. Salah di cc undang2 BN tu.. kita tumbangkan PR kat slangor ni.. biar rakyat tak dapat air free tu.. membazir duit kerajaan BN kot.. tu sume pkai duit BN kot.. rakyat mane ade bagi apa2 duit kat kerjaan BN.. pnat kerajaan BN cari duit kan.. tak ptot, tak ptot.. kalo bagi free air ni, pemimpin BN nak bli kete mahal2 macam mane.. nak bli umah mahal2 macam mane kan.. cian pemimpin BN kan..

    ReplyDelete

comment please.....