Salam 1Malaysia..Sebenarnya Yong agak tertarik dengan penerangan saudara Armand Azha tentang post beliau di dalam blognya. Klik Sini. Dengan sepenuh sokongan Yong akan terus menyokong seratus peratus apa yang di cadangkan oleh Saudara Armand tentang Parlimen Belia. Pak Menteri janganlah sampai tidak menghiraukan belia yang merupakan pengundi terbesar di Malaysia setakat ini. Jangan nafikan hak dan pandangan/cadangan para belia di Malaysia takut Kerajaan akan terima tempiasnya.
Kami para belia bukanlah hendak menukar kerajaan yang sedia ada cuma mahukan kerajaan yang lebih prihatin tentang nasib rakyat khususnya nasib golongan muda belia remaja ini. Kerajaan haruslah mengambil inisiatif ini dengan hati terbuka tanpa prejudis terhadap keikhlasan belia Malaysia terhadap beberapa isu yang tidak disenangi oleh rakyat.
Difahamkan golongan belia yang bijak pandai sekarang sudah ramai jadinya banyak syarikat-syarikat swasta mahupun kerajaan tidak mahu mengambil mereka bekerja kerana kelulusan yang terlalu tinggi. Ini isu yang terlalu penting bagi kami sebagai golongan belia generasi Y. Kami tidak meminta banyak kepada Pak Menteri cuma berilah kami pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan bukan untuk berfoya-foya tetapi untuk membayar kembali hutang PTPTN yang telah kami guna sepanjang pembelajaran kami. Kami tahu yang kerajaan BN akan melaksanakan SL1M yang membantu 3000 graduan menganggur. Tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang memahami hati anak muda. Diharap setelah habis latihan ini, jangan lah pula diabaikan ribuan graduan lain yang menganggur.
Sebenarnya banyak lagi isu yang berkaitan dengan belia masa kini yang agak rumit tetapi biarlah Yong usulkan kepada Perwakilan Parlimen Belia Sg.Besar, Selangor untuk dibawa ke Parlimen Belia yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Diharap usaha murni kerajaan ini bukanlah hangat-hangat sahaja kerana inilah salah satu wadah penting untuk golongan belia mengutarakan pendapat dan cadangan kepada kepimpinan tertinggi Malaysia.
Terima kasih Saudara Armand. Terima kasih DS Najib. Terima kasih Kerajaan BN. Terima kasih Malaysia.
No comments:
Post a Comment
comment please.....