Konco-konco ku

Wednesday, June 8, 2011

PANAS!!!! PKNS MAKIN TENAT!! ANGKARA KERAJAAN PENINDAS!!



SHAH ALAM: Seorang anggota pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor pada Rabu mempertikai tindakan pengurusan baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)melantik pegawai kontrak dan perunding bagi membuat kerja yang boleh dilakukan oleh para pegawai sedia ada.
Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) memberitahu persidangan dewan undangan negeri, tindakan tersebut mengakibatkan kos pengurusan anak syarikat kerajaan negeri itu melambung tinggi.
Beliau berkata, pelantikan sembilan pegawai kontrak dan perunding dengan gaji bulanan antara RM7,500 sehingga RM20,000 sebulan mengakibatkan PKNS terpaksa membelanjakan sejumlah RM93,000 sebulan bagi membayar gaji mereka sahaja.
Abdul Shukor mempersoalkan mengapa PKNS membayar seorang perunding untuk membuat kerja-kerja berkaitan teks ucapan Pengurus Besarnya dengan bayaran RM7,500 sebulan sedangkan perbadanan itu sudah ada pegawai akhbar dan pegawai perhubungan awam.
Beliau juga mempersoalkan pegawai-pegawai kontrak yang dilantik datang dari syarikat swasta dan mereka tiada pengalaman dalam pelbagai peraturan kewangan kerajaan.
Abdul Shukor menambah, Jabatan Audit Negara cawangan Negeri Selangor dalam laporannya mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas.
Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam PKNS mengikut prinsip moral dan undang-undang.
Abdul Khalid sebelum ini telah mengarahkan operasi PKNS diaudit dan sehingga kini laporan audit itu belum dikeluarkan lagi.
Abdul Shukor menegaska, menteri besar harus memastikan setiap pegawai yang dilantik terdiri daripada mereka yang beramanah dan bertanggungjawab agar tidak berlaku sebarang penyelewengan.
Memang telah diketahui sejak Pakatan Pembangkang menguasai Selangor Darul Ehsan, duit hasil negeri bahkan duit rakyat selangor yang dinobatkan sebagai negeri terkaya di Malaysia telah diperah habis-habisan oleh Pakatan Pembangkang. Kita bukan setakat mahu mempersoalkan tentang perlantikan pegawai kontrak yang bergaji lumayan tapi yang lebih penting Yong nak tanya kepada Kerajaan Selangor kenapa PKNS di jual??
Ini bukan soal kepentingan peribadi sebab Yong memang tiada kepentingan langsung dalam institusi ini bahkan Yong sendiri masih belum bekerja dengan mana-mana institusi kerajaan. Kalau betullah apa yang informer Yong beritahu sebentar tadi maka memang CELAKA lah Barisan Exco dan MB Kerajaan Selangor. 
Yong menulis bukan kerana dibayar beribu seperti blogger pakatan yang dapat beribu-ribu. Yong menulis kerana inginkan kepastian dari Kerajaan Selangor. Diharap MB Khalid dapat menjawab dengan jujur sebelum Yong cari sendiri jawapannya.

~WaKd0b~

3 comments:

  1. Sekarang ni kalau kita pergi ke PKNS, malap saja. Bukan setakat setengah lampu dipadamkan untuk jimat letrik hingga suasana jadi kelam, tapi pengunjung juga terasa berkurangan, dan barang-barang di kedai atau gerai peniaga juga berkurangan.

    ReplyDelete
  2. Betol ke? dah lama rasanya tidak ke sana. Maknanya memang betul lah Kerajaan Selangor hendak berjimat cermat kerana berhutang...hmmm

    ReplyDelete
  3. Dulu pun apa kurangnya. PKNS malap nak jadikan issue ke? no point la kawan.. nilai hasil kerja. Bakti kepada rakyat. bukan tenguk pejabat.. adui...Dari dulu sampai sekarang bukan semua rakyat terbela. terutama melayu.. Cakap je bela rakyat. Agih kekayaan negara. Porah!!! golongan kaya bertambah kaya. golongan miskin bertambah miskin.

    ReplyDelete

comment please.....