Konco-konco ku

Wednesday, September 2, 2009

Perfume Barat - Wajib baca/sebarkan

From: Musalmah Ali



Assalamualaikum, Saya ingin memperkukuhkan maklumat yang sahih tentang

persoalan perfume yang saya sendiri selidiki secara kebetulan. Semasa

saya mengikuti pengajian di Kalamazoo , U.S. saya terbaca dalam satu

encyclopedia yang mengandungi maklumat tentang perfume dan proses

pembuatannya. Alangkah terperanjatnya saya apabila mengetahui bahawa

balang besar yang digunakan untuk memerapkan minyak disaluti dengan lard

(lemak babi) bagi tujuan memastikan seperti yang dinyatakan dalam mel-e

yang terdahulu. Saya terus mencari maklumat tentang perfume dalam hampir

all the encyclopedias that I could get hold of at the Waldo Library in

Kalamazoo .



Kesemua encyclopedia yang telah saya baca memberi maklumat yang sama.

Semenjak itu saya tidak pernah membeli perfume dari barat. Setiap kali

saya ke tanah suci saya membeli berbotol-botol minyak wangi seribu

bunga. Saya juga pesan keluarga atau rakan yan! g ke tanah suci untuk

membelikannya.



Sehubungan dengan perkara perfume, para penceramah ada menyentuh soal

pemakaian minyak wangi dan lazimnya isu yang ditimbulkan adalah soal

haram/halal memakainya. Sedikitpun tidak disentuh tentang halal/haram

minyak wangi itu sendiri. Di satu ceramah yang saya hadiri semasa di

PTSL, walaupun penceramah yang hadir seorang yang terkenal, saya

beranikan diri untuk mendedahkan bahawa persoalan tentang perfume yang

lebih serius adalah soal kesucian bahan itu sendiri.



Penceramah tersebut terkejut tetapi beliau turut setuju dengan bukti

yang telah diberi dan menyeru semua yang hadir supaya elakkan daripada

memakai minyak buatan barat. Satu perkara lagi tentang perfume. Jangan

pakai perfume sehingga apabila dibau oleh lelaki selain muhrim kita, ia

ibarat......



Waallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

comment please.....