Konco-konco ku

Thursday, September 3, 2009

Alahai Gadis Melayu!

 
PESERTA GADIS MELAYU TV9

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Program ubah format ikut selera penonton

APA sudah jadi kepada program realiti Gadis Melayu musim kedua? Program terbitan TV9 yang baru memulakan musim barunya pada 6 Ogos yang lalu seperti lari daripada objektif asalnya mencari sekumpulan gadis yang penuh dengan ciri kemelayuan.

Pada sidang media mengumumkan kemunculan semula program itu, wakil TV9 memberitahu memang wujud perubahan pada program Gadis Melayu kali ini yang berkonsepkan kontemporari dan moden. Seperti yang dijanjikan TV9, apabila program itu memulakan siarannya satu fasa perubahan besar berlaku kepada program berkenaan. Paling ketara, penampilan 12 peserta serta dua hosnya iaitu Sharifah Shawati dan Juliana Evans langsung tidak melambangkan ciri-ciri kemelayuan.



Jika pada musim terdahulu, pesertanya kelihatan ayu berbaju kurung tetapi kali ini terutamanya pada episod yang ketiga, tiada lagi baju kurung atau kebaya tersarung pada tubuh pesertanya sebaliknya baju di paras lutut serta seluar ketat menjadi pilihan.

Kenapakah TV9 mahu memodenkan sebuah program unik? Sepatutnya mereka berbangga kerana belum pernah ada mana-mana stesen televisyen mewujudkan program sebegitu. Apabila Gadis Melayu dikontemporarikan, ia sekali gus meletakkan program ini sama dengan program stesen televisyen lain yang mencungkil bakat wanita muda dalam bidang pengacaraan.

Eksekutif Kanan Penjenamaan dan Pengurusan TV9, Zulkarnain Mokhtar, bagaimanapun menjelaskan biarpun musim ini lebih kontemporari tetapi mereka masih lagi mengekalkan ajaran mengenai adat resam serta budaya masyarakat Melayu.
Katanya, konsep program itu diubah bukan atas kehendak stesen sebaliknya mereka mengambil saranan penonton setia Gadis Melayu yang kononnya tidak percaya wanita Melayu bersifat lemah lembut masih wujud pada zaman ini.

3 comments:

  1. Jadi akupun nak bg saranan sbb aku lebih percaya GADIS MELAYUU sekarang suka BERBIKINI......boleh la harapnya TV 9 tunaikan saranan aku yg "IKHLAS" ni.....

    ntah sejak bila pulak stesen TV ikut saranan penonton yg dikatakan MAJORITI tu??...seathu aku kalau program 'MEMALUKAN' mcm ni lebih mengikut selera "org2 tertentu".....heh...JIJIK aku dgr IKUT SELERA PENONTON.

    ReplyDelete
  2. saranan penonton setia Gadis Melayu yang gila

    ReplyDelete
  3. TV9 arent my favorites channel anymore because protocol in islamic channel are gone day by day, kalau nak ikut selera penonton tukar terus channel jangan jadikan channel islamic lagi, bodo punya tv makin lama makin jadi kebatilan tv tontonan maksiat lepas siara tanya ustaz terus ada kartun

    ReplyDelete

comment please.....