Konco-konco ku

Thursday, May 29, 2014

USUL MANSUH RAMD AKAN DIBAWA JIKA MENANG PRK TELUK INTAN - DYANA SOFYA #nadirakyat

SELEPAS statement calon DAP Teluk Intan untuk tidak menyokong perlaksanaan hudud di parlimen jika menang, kali ini statement panas daripada wakil DAP ini semakin berbaur perkauman walaupun kepada kaumnya sendiri.

Mansuhkan Rejimen Askar Melayu Di Raja.

Jika calon DAP ini menang, satu usul akan dibawa ke parlimen untuk membuka penyertaan kaum lain terutama bangsa Cina ke dalam Rejimen Askar Di Raja. Dan seterusnya membuang terus perkataan Melayu kerana dikatakan kerajaan Malaysia lebih mengutamakan Melayu daripada bangsa lain.

Dalam ucapan ceramahnya baru-baru ini di Teluk Intan di atas pentas Ceramah Perdana DAP, calon DAP ini menegaskan yang Malaysia ini bukan hanya untuk orang Melayu tetapi untuk bangsa lain juga termasuk kaum Cina.

Tidak menjadi kesalahan jika bangsa Cina diberi pelepasan untuk bersama-sama bangsa Melayu dalam rejimen ini kerana Malaysia berbilang kaum dan bangsa.

Katanya lagi dalam ceramah tersebut, kaum Cina dan India juga harus diberikan keistimewaan sebagai 1st class citizen. Walaupun kaum India masih lagi berselipar di dalam estate, namun hak keistimewaan haruslah diselaraskan merangkumi pelbagai kaum.

***************************************

Punyalah taksub dengan DAP hingga mengkhianati bangsanya sendiri. 

Ini adalah suara Kit Siang Komunis yang mahukan kesamarataan. Dan terserlahlah yang Dyana Sofya hanya membawa suara DAP bukan suara pelbagai kaum.

Begitu mengagongkan Kit Siang hingga sanggup menghapuskan hak Melayu itu sendiri.

Wednesday, May 28, 2014

TIADA MASALAH JIKA DYANA SOFYA TOLAK HUDUD - HADI AWANG

TIDAK terkejut jika benar apa yang dinyatakan oleh Presiden PAS Malaysia, Hadi Awang dua malam sudah di dalam ceramahnya bersama DAP di Teluk Intan. Rakyat pun sudah sedia maklum dengan sikap bermuka-muka pemimpin yang konon memperjuangkan Islam ini walau menolak Islam sekalipun.

Polsas (Politik suku, Agama suku) inilah yang menjadi sandaran kepada PAS sejak sekian lama.

Semenjak berjaya memerintah Kelantan PAS meletakkan undang-undang hudud dalam setiap manifestonya menjelang pilihanraya.

Malah tidak hairanlah apabila di Teluk Intan, mereka berlembut hati dengan DAP agar undi mereka tidak pecah.

Sedangkan PAS sendiri meletakkan hukum mengundi BN kerana menolak hudud. Masakan mereka tidak boleh berbuat benda yang serupa kepada DAP. Adakah kerana DAP itu parti kafir dan sekaligus ahli DAP berbangsa Melayu turut jatuh hukum kafir?

Jika DAP menolak hudud PAS tidak mengapa kerana mereka tidak faham Islam. Tetapi jika UMNO itu menangguhkan perlaksanaan hudud terus jatuh hukum halal darahnya.

Berkenaan hukum memang PAS lebih hebat dari ulama'. Sehinggakan Dyana Sofya yang tidak bertudung juga dikatakan masuk syurga kerana bersama-sama pakatan menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Hebat DAP mengawal PAS sehingga boleh bermain dengan hukum.

Tuesday, May 27, 2014

PILIHANRAYA BUKANLAH MEDAN PERTANDINGAN RATU CANTIK!! - ZAHID HAMIDI

ZAHID Hamidi dalam ucapannya semasa penyerahan kunci rumah kepada pemilik rumah SPNB di Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan menyatakan yang Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan ini bukanlah satu pertandingan ratu cantik yang hanya boleh dimenangi oleh yang cantik-cantik sahaja.

PRK ini adalah untuk mencari wakil rakyat yang boleh bekerja untuk rakyat dan boleh membantu rakyat dalam kawasannya setiap masa tanpa mengira waktu.

Namun hanya kerana dikatakan Zahid Hamidi dengki dengan kecantikan yang dianugerahkan kepada calon DAP, habis pencacai pakatan dok menghentam Zahid Hamidi sehingga sekarang.

Namun penerangan beliau ada dimuatkan sekali dalam ucapan yang tak kering gusi ketawa.





Monday, May 26, 2014

ANTARA TELUK INTAN DAN TELUK ANSON!! #MAH4TELUKINTAN #NADIRAKYAT

TELUK Intan dan Teluk Anson adalah dua tempat yang sama. Walaupun namanya berbeza namun hakikatnya kawasan ini adalah kawasan yang masih sama seperti dahulu.

Kita melihat kemajuan drastik yang dibawa oleh bekas Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong satu masa dahulu. Namun hakikat atas kemajuan yang semakin berkembang pesat ini jugalah maka beliau kehilangan kerusi kerana masing-masing dikatakan sudah 'bijak' memilih.

Seminggu lagi kempen PRK Teluk Intan akan berakhir. Sekali lagi nama Mah Siew Keong yang merupakan anak jati Teluk Intan dipilih bagi mewakili Barisan Nasional.

Adakah rakyat tempatan Teluk Intan akan memilih beliau semula?

Mengikut tanda-tanda sepanjang tempoh kempen berlangsung, nampaknya rakyat Teluk Intan sudah terbuka mata. Mereka MUNGKIN sudah sedar siapa yang sepatutnya mereka pilih untuk meneruskan kemajuan di Daerah Hilir Perak ini.

Apa-apa pun semuanya tertakluk kepada rakyat Teluk Intan.

#Mah4TelukIntan 

Friday, May 23, 2014

UiTM HAK MELAYU DAN BUMIPUTERA!! #UiTMdiHatiku

Persatuan Alumni UiTM Malaysia menegaskan  institusi itu tidak harus dijadikan bahan kempen politik seperti yang dilakukan pihak tertentu menjelang pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung persatuan itu, Shukri Ishak menarik perhatian bahawa  setiap individu berhak dalam negara demokrasi memilih arus politik
masing-masing.

“Tetapi jangan gunakan UiTM sebagai bahan kempen politik. Jangan babitkan UiTM. Setiap individu berhak membuat kenyataan tetapi biarlah yang benar dan ada bukti.

“Cakap sahaja untuk kempen politik tanpa bukti dan fakta tidak menunjukkan kepintaran atau kecerdasan minda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dilaporkan mendakwa UiTM mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada, berbanding penuntut daripada keluarga bukan berada yang tiada kaitan dengan Umno.

Dyana Sofya merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM.

Shukri berkata: “Dia (Dyana Sofya) hanya seorang daripada 600,000 alumni UiTM. Ramai (alumni) juga menjadi pemimpin parti lain daripada Umno.”

Mengulas lanjut, beliau berkata UiTM mempunyai program dipanggil ‘JPA/MARA/Petronas Pre-Overseas Programme’ yang membantu pelajar yang ditaja JPA termasuk berketurunan India dan Cina menjalani latihan antara setahun dan dua tahun sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.

Beliau berkata program yang diperkenalkan sejak 1980-an itu turut meliputi program A Level Jerman yang menyaksikan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti di Jerman.

“Ramai tidak tahu UiTM membantu pelajar bukan Bumiputera mendapat pendedahan melalui latihan selama setahun hingga dua tahun di UiTM sebelum mereka ke luar negara,” katanya berhubung program itu yang dibuat di Pusat Pendidikan Antarabangsa (Intec), yang merupakan sebahagian daripada UiTM.

Beliau menjelaskan Intec yang menawarkan pelbagai program, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan pensyarah UiTM.

“Saya yakin UiTM telah melatih lebih ramai anak bukan Bumiputera berbanding Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Tanya UTAR dan KTAR berapa ramai anak Melayu lulus dari tempat mereka,” tegas Shukri.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan 31 Mei.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. - Alumni UiTM

Monday, May 19, 2014

TIDAK HAIRAN APABILA LEBAI PAS DUDUK ATAS BENDERA PARTI SENDIRI!! #S14

HARI ini penamaan calon bagi PRK Teluk Intan yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara parti Barisan Nasional dan DAP. Pelbagai ragam dan kerenah semestinya mewarnai perarakan menuju pusat penamaan calon di SMK Seri Perak, Teluk Intan.

Antara yang sempat direkod adalah aksi dua orang lebai PAS ini yang sudah kebas kaki berjalan terlalu jauh dan merehatkan diri duduk di atas bendera PAS dan DAP sebagai alas.

Tidak hairan apabila dua orang penyokong pembangkang ini berbuat demikian kerana lihat sahajalah apabila mereka sanggup menterbalikkan dan menghina bendera negara Malaysia sendiri. Tidak mustahil jika gelagat seperti ini yang dirakam.

Bukanlah hendak bersikap prihatin atau kasihan dengan bendera parti mereka namun ini secara jelas menyaksikan yang nilai moral mereka sudah hancur berkecai dengan tidak tahu langsung menghormati bendera yang menjadi lambang kekuatan sesebuah organisasi.

Walaupun berlambang bulan dan roket, setiap individu seharusnya ditanam sifat sayang dan cinta dengan bendera yang menjadi lambang mereka. Tetapi apakah ini yang wajar menjadi contoh anak-anak sekarang?

Jadi, mereka tidak boleh menyalahkan anak muda yang mereka berjaya didik dengan rusuhan, demonstrasi, perhimpunan sedangkan yang tua juga tidak tahu menilai harga sebuah perjuangan.

Kesian.....

Monday, May 12, 2014

PEMILIHAN PKR SELURUH SELANGOR BERGADUH!! #soul_jer #s14

HEBAT rupanya ahli-ahli PKR ni. Hanya kerana jawatan yang tidak akan dibawa ke mati, sanggup bertumbuk dan memaki hamun saudara sendiri hanya kerana sokongan tidak memihak kepada mereka. 

Semalam menyaksikan hampir 19 Cabang di seluruh Selangor dibatalkan kerana berlakunya pergaduhan dan ketidakpuasan hati calon-calon yang tidak dapat menerima kekalahan apabila hampir selesai pengundian.

Ini termasuklah Sabak Bernam, Sungai Besar, Kuala Selangor, Kuala Langat, Klang dan beberapa tempat lain yang dilihat hebat bertelagah sesama sendiri hanya kerana berebut jawatan.

Namun yang pasti 70% ahli PKR di Selangor adalah terdiri daripada kaum India. Ada juga calon yang menyediakan bas-bas mengangkut pengundi estate kaum India untuk hadir mengundi wakil mereka yang juga dari kaum India. 

Di Kuala Selangor contohnya, Khalid Ibrahim hampir terlingkup kerana calon ketua cabang, Manickavasagam membawa keluar 3 buah bas bersama pengundi kaum India daripada estate-estate sekitar Kuala Selangor.

Kerana tidak mahu kekalahan teruk di tempat sendiri, Khalid Ibrahim mengarahkan supaya pemilihan cabang Kuala Selangor dibatalkan serta-merta.

Lepas ni mesti ada yang mula menyalahkan UMNO.

Ada juga dengar-dengar yang samseng UMNO buat kacau di pemilihan PKR. Lawak... Lawak....

Mereka yang bergaduh, masih juga salah UMNO....

Di Kuala Langat, Abdullah Sani terpaksa menggunakan kumpulan samseng Kucing Merah kerana dilihat akan tewas dalam pemilihan ketua cabang dengan calon India.

Yang itu juga masih juga salah UMNO... hahahahahahaha

Friday, May 9, 2014

EXCO AGAMA SELANGOR SETUJU LULUS LESEN ARAK DI SABAK BERNAM!! #S14

TERKEJUT dan mengejutkan apabila seorang pemimpin daripada parti yang konon menegakkan Islam bersekongkol dengan Bahagian Perlesenan Majlis Daerah Sabak Bernam untuk memberi lesen kelulusan minuman yang memabukkan dan dijual secara terbuka di kawasan luar bandar.

Jika dahulu sebelum berjaya memerintah negeri Selangor, parti ini lah yang bersungguh-sungguh mahu menutup kilang arak yang ada di Selangor. Katanya sebelum ayam berkokok lagi, setelah negeri Selangor ditadbir oleh pakatan semua kilang proses minumam keras akan ditutup.

Apa sudah jadi sekarang? PAS sudah lupa janji ke?

Lesen Minuman Yang Memabukkan. Lesen ini telah dikeluarkan iklan di dalam surat khabar. Sedangkan Exco Agama Islam Selangor, Sallehin Mukhyi merupakan Adun Sabak yang berada dalam daerah Sabak Bernam.

Adakah Sallehin tidak nampak atau pura-pura tidak nampak?

Oooo lupa... PAS parti tempelan. Sedangkan yang lebih berkuasa adalah DAP Sabak Bernam yang diketuai oleh Ng Suee Lim, Adun Sekinchan.

Jika PAS mahu benar-benar menegakkan Islam. Mulakanlah di Sabak Bernam yang majoriti penduduk adalah orang Melayu beragama Islam.

Tetapi jika PAS benar-benar ikhlaslah.

Wednesday, May 7, 2014

KEMBALIKAN HAK KAMI!! TANAH DITEROKA SEJAK 1948 BAKAL DIRAMPAS!! #s14

RENTETAN peristiwa hitam dalam hidup penduduk Sungai Karang, Sungai Besar (baca di SINI), hari ini bertempat di pintu masuk utama Bangunan SUK, Shah Alam sekumpulan penduduk yang dihalau dari tanah mereka hadir bagi menyatakan bantahan kepada kerajaan negeri atas tindakan tidak berperikemanusiaan mereka.

Tanah yang dihuni oleh mereka sejak 1948 bakal diserahkan kepada PKPS iaitu anak syarikat kerajaan negeri. Penduduk yang sudah menghuni di situ lebih 50 tahun dihalau dari tanah tumpah mereka sendiri.

Kehadiran konvoi sebanyak 15 buah kereta daripada Sungai Besar hadir ke Bangunan SUK tepat jam 11.30 pagi tadi menyatakan tuntutan supaya tanah mereka tidak diambil.

Turut hadir YB Budiman Zohdi - Adun Sungai Panjang, Datuk Jamal Yunos - Ketua Bahagian Sungai Besar dan Akhirizan Mohamed - Ketua Pemuda Sungai Besar.

Tanah yang seluas lebih kurang 50 hektar dan sudah pun didiami lebih 20 buah rumah berserta kebun sawit yang sudah mereka tanam lebih 10 tahun bakal dirampas oleh kerajaan negeri dengan alasan kawasan itu adalah kawasan hutan simpan.

Adalah tidak logik selepas 1 penggal lebih memerintah mereka sudah berani mengganggu penempatan orang Melayu di sana.

Kejam.... Memang kejam...

Adakah sudah habis tanah rizab di Selangor untuk dimajukan lagi?

Adakah kerana yang mendiami tanah tersebut Melayu, maka mereka senang-senang dihalau dari sana?

Bagaimana pula dengan Kampung Baru Cina di Sekinchan yang sehingga sekarang tidak mempunyai geran tanah namun tidak diusik pun walau sedikit. Malah didirikan pula sebuah tokong besar melebihi masjid di Sekinchan.

Adilkah kerajaan negeri sekarang???

Tuesday, May 6, 2014

NEGARA KEHILANGAN PERMATA BERSINAR.......

PELAKON veteran, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.

Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital dan urusan pengebumian dijangka dilakukan pagi ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin popular menerusi filem Seniman Bujang Lapok.

Al-Fatihah...

Tuesday, April 29, 2014

PAKATAN BACUL, PENGECUT!! - ZAHID HAMIDI

HIMPUNAN bantah GST yang dijangka berlangsung pada bulan hadapan mendapat reaksi daripada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi apabila diajukan soalan berkenaan Akta Perhimpunan Aman yang dicadangkan oleh kerajaan.

Zahid bersetuju rakyat berhimpun tetapi mestilah mendapat kelulusan DBKL dahulu. Mereka boleh berhimpun di dalam Stadium Merdeka tanpa mengganggu orang lain yang mencari rezeki.

Pelik apabila kerajaan negeri Selangor khususnya tidak menggazetkan mana-mana kawasan dalam pentadbiran negeri mereka sebagai tempat berhimpun. Khalid mempunyai kuasa dan dengan senang boleh memberi kelulusan kenapa tidak menggunakan sahaja infrastruktur yang ada di negeri pakatan?

Kenapa perlu menuju ke Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka untuk berhimpun?

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjur dan mereka yang terlibat perlu memastikan perhimpunan tidak mengganggu ketenteraman rakyat.

"Namun jika ada di kalangan penganjur yang tidak mematuhi sebarang syarat yang dikenakan di dalam Akta Perhimpunan Aman cara saya tidak akan pernah memberi amaran.
   
"Kita beri peluang untuk mereka mengadakan perhimpunan aman tetapi jika melakukan di luar daripada syarat yang diberikan maka mereka harus menanggung risiko," katanya.

Ini menunjukkan yang parti pakatan sebenarnya pengecut untuk berhimpun ditempat sendiri. Bacul untuk mengkucar-kacirkan kawasan orang lain sedangkan kawasan sendiri dilarang untuk berhimpun.

Monday, April 28, 2014

KESATUAN UMNO-PAS. SINAR CAHAYA ISLAM SEMAKIN TERANG.

KETIKA ramai pembangkang yang mengutuk kehadiran Obama dalam siri lawatannya ke Asia. Dalam kemarahan pembangkang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana Obama tidak mahu berjumpa dengan Anwar. 

Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri sempat meluangkan masa mengunjungi bekas Menteri Besar Kelantan Nik Aziz yang dikhabarkan kurang sihat.

Ukhuwah yang terbina sedikit sebanyak menyentuh hati dan kalbu umat Islam yang mahu melihat dua parti besar Islam dan Melayu ini duduk semeja berbincang hal agama Islam dan perpaduan Melayu.

Seperti biasa ada juga yang tidak selesa dengan pertemuan ini. Masih lagi segala macam tohmahan dan fitnah keluar dari mulut mereka terutama daripada ahli PKR dan DAP yang tidak gemar perpaduan seperti ini terjalin.

Mungkin kerana ini jugalah DAP mendesak pakatan PKR supaya menendang PAS keluar dari pakatan mereka.

Mungkin kerana ini jugalah Anwar begitu berhati-hati dalam menjaga mulut daripada terus menghina PAS secara umum. Sedangkan semasa dalam UMNO, Anwar adalah salah seorang yang bermulut lancang mengutuk segala macam tindakan PAS untuk menegakkan negara Islam.

Cukuplah persengketaan yang terjadi selama ini.

Sudah tiba masanya umat Islam bersatu.

Sudah sampai waktunya pemimpin Islam bergabung.

Insya-Allah

Sunday, April 27, 2014

SIAPA PAS JAWI? SIAPA PAS RUMI? - BUDIMAN ZOHDI

KELAKAR apabila melihat sebilangan Adun Selangor daripada PAS meloncat apabila Adun Sungai Panjang, YB Budiman Zohdi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Pas Jawi dan Pas Rumi. Ini berikutan usul daripada Adun DAP yang ingin membenarkan orang Islam dan bukan Islam bersekedudukan bersama di Selangor.

Apabila usul yang dibawa Adun DAP dibahaskan, tiada seorang pun wakil daripada PAS untuk membantah. Seumpamanya mereka membenarkan khalwat antara orang Islam dan bukan Islam.

Kadang-kadang kreatif jugak idea Adun Sungai Panjang ini apabila berbahas dalam dewan. Tidak pernah terfikir dek akal beliau akan mengeluarkan pertanyaan yang nampak ringan tetapi amat tajam menusuk kalbu.

Siapa PAS Jawi?

Siapa PAS Rumi?

Betullah kata YB Budiman, di Sungai Panjang masih lagi ramai PAS Jawi berbanding di kawasan bandar, sudah menjadi PAS Rumi.

Pas Jawi adalah ahli Pas yang masih lagi kuat pegangan agamanya. Tanpa memikirkan parti, di Sungai Panjang ahli Pas dan Umno masih lagi boleh duduk semeja berbincang soal agama, bangsa dan negara. Masih lagi boleh dibawa bergurau. Ambil contoh, Ustaz Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang merupakan calon 3 kali berturut-turut Dun Sungai Panjang, namun tidak pernah menang. Ustaz Fadzlin masih lagi boleh berunding dan bermuzakarah bersama pemimpin UMNO. Tiada masalah dalam permuafakatan umat Islam. Inilah salah seorang ahli Pas Jawi.

YB Budiman bersama jentera kempen PAS Sungai Besar
Pas Rumi pula seperti sedia maklum, ramainya daripada golongan bandar. Yang tidak boleh ditegur, yang tidak boleh dibawa berbincang. Penuh dengan sikap benci dan dengki dengan pemimpin UMNO sedia ada walaupun mempunyai persamaan dari segi matlamat demi agama, bangsa dan negara. Tidak perlulah dihuraikan dengan lebih mendalam.

Jadi senang je nak tau yang mana satu Pas Jawi, yang mana satu Pas Rumi.

Pas Rumi hanya bersetuju dengan DAP walaupun melibatkan agama Islam yang kian dicemar, namun masih lagi menjadi balaci dalam pakatan.

Pas Jawi pula yang mendesak supaya tidak terlalu ikut perangai DAP. Masih ada lagi persefahaman antara pemimpin Pas dan UMNO.



Saturday, April 26, 2014

PENYOKONG PAKATAN DESAK OBAMA JUMPA ANWAR!! #S14

PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama selamat tiba di Malaysia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak petang tadi. Kunjungan rasmi Presiden Amerika menunjukkan hubungan akrab yang terbentuk antara dua negara sekaligus akan meningkatkan lagi ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.

Namun ada berita yang tidak sedap didengar daripada pihak yang masih tidak berpuashati apabila Barrack Obama tidak bercadang berjumpa Anwar Ibrahim. Lalu satu perancangan jahat telah dibuat untuk berdemo dihadapan Kedutaan Amerika pada 1 Mei ini bagi menunjukkan ketidak puasan hati pendokong peliwat Anwar.

Sementara yang lain berhimpun membantah GST, ada juga sebahagian kumpulan yang diarahkan oleh Ketua AMK, Sam Ketot untuk berarak ke Kedutaan Amerika bagi menyatakan bantahan dan desakan agar Obama harus berjumpa Anwar sebelum pulang ke Amerika.

Bodoh! Itulah ayat paling sesuai. Berikan beberapa sebab kenapa Obama nak jumpa Anwar si peliwat? Adakah beliau lawyer? Adakah beliau majistret? Siapa Anwar yang Obama perlu berjumpa?

Buat malu Malaysia je. Yang pelik apabila pencacai tegarnya Sam Ketot terus-terusan mendesak Obama berjumpa Anwar. Apa agenda PKR yang nak disusun bersama Amerika? Nak jatuhkan kerajaan Malaysia?

Fikirkanlah. Negara aman. Hubungan diplomatik antara negara biarlah ketua eksekutif negara yang buat. Tidak perlu campur tangan.

Sam Ketot seharusnya fikirkan bagaimana nak selamatkan Anwar daripada dipenjara lebih 5 tahun atas kes meliwat Saiful.

Thursday, April 24, 2014

RAFIZI BACUL!! DEDAH SURAT NSE RESOURCES HANYA SUKU PERENGGAN!!

INILAH sikap orang Melayu yang tidak pernah putus dengan sifat hasad dengki dengan kejayaan orang lain. Selepas mempertikaikan Tun Daim yang punyai sebuah bank di Tanzania, kini syarikat bumiputra milik Melayu pula dipertikaikan.

Hairan sungguh dengan fitnah yang dibawa oleh Pengarah Strategik PKR ini yang saban hari ada sahaja fitnah yang cuba direka. Hanya dengan berpandukan surat permohonan yang berjaya dibawa keluar, terus menuduh kerajaan beri sejumlah wang kepada syarikat teknologi tinggi untuk beroperasi.

Setelah diteliti daripada beberapa sumber yang rupanya Rafizi Ramli hanya membaca beberapa perenggan yang menguntungkan mereka terutama pembangkang untuk meraih kepercayaan rakyat.

Dengan ini aku cabar Rafizi DEDAHKAN SETIAP PERKATAAN DALAM SURAT permohonan NSE Resources Sdn. Bhd. kepada umum.

Mengikut pendedahan Rafizi, 'Kerajaan beri geran 150 juta kepada NSE Resources".

Meh aku jawab sikit...

Bila masa kerajaan bersetuju nak beri geran RM150 juta kepada syarikat ini?

NSE Resources baru hantar SURAT PERMOHONAN... RM100 juta kepada MOSTI, RM50 juta kepada KeTTHa.

Apa masalah Rafizi ni??

Sekalipun pihak kerajaan nak bagi geran pun apa masalah? Syarikat ini merupakan syarikat milik kerajaan di bawah MoF Inc. dengan saham bernilai 25%, manakala baki 75% dimiliki oleh anak Melayu yang merupakan pakar dalam bidang kejuruteraan polimer dan renewable energy. Boleh baca lagi di SINI untuk mengetahui fakta kes.

Cuma nak tanya, berapa kerat syarikat berteknologi tinggi yang dimiliki oleh anak Melayu di Malaysia ni? Berapa kerat yang betul-betul buat R&D untuk renewable energy. Karang tak ade elektrik salahkan kerajaan. Kerajaan nak susun cari tenaga baru semua nak dicantas. Bodoh!

Apa yang Rafizi dengki sangat pun tak tahulah. Tak sanggup ke tengok anak Melayu berjaya?

Tiada masalah pun sebenarnya yang timbul. Hanya sebab sibuk mencari salah kerajaan Malaysia, semua orang jadi mangsa.

CABAR RAFIZI DEDAH KESELURUHAN SURAT NSE RESOURCES, jangan cuma baca sekerat lepas tu nak tuduh macam-macam....

Kasi puihhhh!!!! sama Rafizi... 

TUKAR MB SELANGOR MELAYU KUCING KURAP - JEFF OOI

JIKA bercakap tentang Jeff Ooi, MP DAP Jelutong pasti kita akan terngiang-ngiang ucapan beliau satu masa dulu yang melabelkan penjawat awam Melayu sebagai 'kucing kurap' kerana urusan dengan jabatan kerajaan sukar akibat sikap penjawat awam Melayu yang malas.

Baru-baru ini sekali lagi beliau mengeluarkan kata-kata yang sedikit mengguris perasaan orang. Tetapi kali ini bukan ditujukan kepada penjawat awam, tetapi kepada seorang Melayu yang menjadi Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim.

Jeff Ooi marah dengan kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim kerana rumahnya yang berada di Subang Jaya sudah lebih sebulan tiada bekalan air. Jadi beliau mencadangkan supaya kerusi Menteri Besar ditukar bagi menyelesaikan masalah air ini.

Dalam wawancaranya bersama salah sebuah portal berita pembangkang beliau menyatakan selama lebih 20 tahun tinggal di Subang Jaya walau semasa pentadbiran BN tiada berlaku catuan air teruk seperti ini.

Jadi saranan beliau kepada Adun Pakatan di Selangor agar memikirkan supaya Menteri Besar harus ditukar agar masalah sama tidak berulang.

Tuesday, April 15, 2014

TOLAK HUDUD, DAGANG KALIMAH ALLAH!! PAS SEMAKIN SESAT!! #S14

SEDANG semua umat Islam di Malaysia mendesak supaya kalimah Allah tidak digunakan oleh agama lain, pemimpin PAS pula bersetuju bagi agama lain menggunakan kalimah Allah.

Dalam laporan tabloid The Sun hari ini di muka hadapan, Adun PAS Sabak - Sallehin Mukhyi yang juga Exco Agama Islam Selangor berkata kepada wartawan Lee Choon Fai tentang PAS tiada sekatan bagi agama lain menggunakan kalimah Allah.

Nampaknya PAS sudah ditarbiah oleh DAP. Tahalluf Siyasi antara pakatan menunjukkan yang PAS sudah terpesong jauh dan terpengaruh dengan dakyah kafir dalam penggunaan kalimah Allah. Ini mungkin kerana tidak mahu undi kafir lari dari pakatan.

Jadi tidak mustahil jugalah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad menolak pelaksanaan hukum hudud di Selangor.

Di dalam Dewan Rakyat begitu berkokok Ahli Parlimen PAS mahu usul pelaksanaan hukum hudud diluluskan dewan. Tapi apabila PAS Selangor menolak hukum hudud tak ada siapa pun nak menyalak bagai dalam Dewan DUN. Apa kes???

PAS takut ke dengan DAP??

PAS takut ke dengan PKR??

Sendiri boleh fikir. PAS hanya menggunakan hukum Islam apabila ada kepentingan pada politik mereka. Sedarlah umat Islam.

PAS SELANGOR TIDAK AKAN LAKSANA HUDUD!! #S14

KETIKA kerajaan pakatan Kelantan mahu membentangkan usul hukum hudud di Parlimen, pemimpin pakatan yang lain sibuk menyuruh kerajaan Terengganu menggunapakai hukum hudud itu terlebih dahulu.

Pelik dengan perangai puak pakatan ni. Mereka yang beriya-iya memperjuangkan hudud, tiba-tiba mendesak kerajaan BN di Terengganu menggunapakai terlebih dahulu.

Yang lebih bertambah pelik adalah apabila Pas Selangor dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam mengatakan yang mereka tidak bercadang laksana hudud di negeri itu.

Kenapa pulak begitu?

Bukankah kerusi Dun Pas lebih banyak daripada PKR dan sama banyak dengan DAP jadi tiada masalah jika mereka mahu teruskan hudud di Selangor.

Adakah Hudud ini hanyalah janji politik semasa pilihanraya sahaja?

Mempergunakan hukum Islam untuk kepentingan politik.

Kalau betul-betul sebuah parti Islam, Pas harus meneruskan hudud tidak kira sama ada di Kelantan, Selangor mahupun di Pulau Pinang.


Monday, April 14, 2014

MELAYU DIHALAU, CINA DIBERI GERAN TANAH!! #OHSELANGORKU #S14

ISU pengambilan tanah Hutan Simpan Sungai Karang, Sungai Besar. Pelik dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang secara tiba-tiba mahu mengambil semual tanah peneroka hutan yang setelah berpuluh tahun diduduki oleh mereka.

Tidak dinafikan memang kawasan itu adalah kawasan tadahan hujan, hutan simpan rizab kerajaan negeri Selangor. Semasa zaman BN memerintah juga memang sudah sedia maklum namun kerana sikap prihatin rakyat kerajaan BN membiarkan mereka yang tidak punyai tanah untuk mendirikan rumah. Lagi pun majoriti yang memohon adalah orang Melayu yang memang tidak mampu membeli tanah sendiri.

Salahkah tindakan BN?

BN juga sedia maklum memang tanah itu tidak boleh dipindah milik tetapi kerana sifat belas ikhsan BN biarkan tanpa mengganggu mereka.

Namun yang lebih menghairankan adalah kenapa kerajaan negeri Selangor melalui Khalid Ibrahim tidak memberikan keizinan kepada penduduk Sungai Karang mendiami kawasan tersebut?

Sedangkan penduduk Kampung Baru Cina dengan mudah diberikan geran dan borang 5A tawaran pemilikan tanah kepada kaum Cina khususnya di Sekinchan, tetapi kenapa perkara yang sama tidak boleh dibuat pada penduduk Sungai Karang dalam DUN Sungai Panjang ini?

Adakah kerana pengundi yang mendiami kawasan ini tidak menyokong PR pada PRU13 yang lalu?

Tidak mustahil jika kerajaan negeri nak buat benda yang sama, sama ada memberikan geran atau menawarkan kepada penduduk sedia ada borang 5A tawaran pemilikan tanah kepada penduduk Melayu disitu.

Gunakanlah kuasa yang ada. Tepatilah kerajaan berkebajikan yang dilaungkan.

Saturday, April 12, 2014

SELEPAS 50 TAHUN DITEROKA, AKHIRNYA KERAJAAN NEGERI RAMPAS TANAH ORANG MELAYU!!

SETELAH lebih 50 tahun datuk moyang meneroka tanah hutan sungai karang, akhirnya pada tahun 2014 ini kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam mahu mengambil alih tanah tersebut yang sekian lama menjadi sumber mata pencarian penduduk setempat hasil desakan pentadbir negeri.

Di dalam satu surat yang telah dihantar kepada peneroka tanah di Parit 14 Darat Simpang 5, Sungai Besar, Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam meminta para peneroka menyerahkan tanah yang telah diteroka mereka kepada kerajaan negeri menggunapakai undang-undang kerajaan negeri sedia ada.

Tanah itu diteroka sebelum kawasan hutan yang penuh semak samun satu masa dulu digazetkan menjadi Hutan Simpan. Tanah itu jugalah mata pencarian datuk moyang anak cucu peneroka bagi membesarkan keluarga mereka. Tanah itu juga sudah didirikan rumah dan pondok buruk mereka daripada panas dan hujan.

Kenapa baru sekarang mereka mahu mengambil alih tanah?

Adakah kerana penghuni kawasan tanah hutan ini adalah pengundi Barisan Nasional di Parlimen Sungai Besar?

Atau adakah ini satu lagi strategi menghalau orang Melayu dari tanah lahir sendiri?

Tahniah kerajaan negeri Selangor.
Tahniah Khalid Ibrahim.
Tahniah Pakatan Haram.

Ketika negara sedang dilanda kekangan ekonomi. Kerajaan negeri menambah beban penduduk kampung dengan menghalau mereka dari rumah sendiri.

Inikah yang dinamakan negeri berkebajikan?

Jika ada yang bertanya kenapa semasa pemerintahan BN dulu, tanah hutan simpan ini tidak diambil alih oleh kerajaan BN semasa Mat Taib, Abu Hasan Omar, mahupun Khir Toyo.

Jawapannya adalah kerana yang duduk, menetap dan beranak pinak di tanah tersebut adalah orang MELAYU!!!

Fikirkanlah sendiri wahai MELAYU Selangor!!!