Konco-konco ku

Friday, December 6, 2013

PENGKADERAN, TANGGUNGJAWAB UMNO ATAU AGENSI YANG DIAMANAHKAN?? #PAU2013

Apakah perwakilan terima dan faham maksud transformasi???sejak umno kehilangan sokongan dlm pru 12 dan 13,yg kita lihat perangainya tetap sama saje...yg mereka tahu tepuk tgn dgn kuat,jerit hidup melayu dan bangun beri penghormatan terhadap ucapan presiden...semuanya masih tetap sama.

Sejak 2008 umno telah hilang sokongan..org umno marah pada pak lah dan minta presiden ditukarkan...sejak itu sampai skrg sudah 5 tahun umno mendpt presiden baru malangnya baru hari ini presiden baru tersedar bhw dunia maya dan perkaderan ahli perlu dikuasai oleh umno...5 tahun masanya utk presiden umno tahu ttg ancaman ini...

Apakah umno betul2 merasa tidak selamat utk pru 14 sehinggakan presiden bercakap ttg perkaderan???siapa yg akan ditugaskan utk menjalankan perkaderan???siapa kumpulan sasar utk dikaderkan??apakah org muda berminat nak sertai???

Dulu2 kejayaan perkaderan ini ada agensi yg bantu.menyusun modul,mengenal pasti kumpulan sasar,membuat talent scouting dan melatih...skrg agensi yg mahir dan berminat masih ada ke?

Krn agensi dan org yg bertanggung jawab dia kena faham umno.parti org melayu..dia perlu mahir ttg ancaman kpd melayu,realiti politik melayu dan dia tidak takut utk di lihat ultra malay...masih ada lagi ke???kan semua dah jadi satu malaysia..nanti buat perkaderan umno akan jadi rasist...nak nyanyi lagu warisan yg mengingatkan masa depan melayu dah jadi dosa...kita kena nyanyi lagu pemimpin raja arif wibawa...

Jika dulu perkaderan umno ini btn lah yg jadi saandarannya....tanyalah kpd semua yg bergelar pemimpin umno yg ada di atas pentas pau itu,semuanya pasti pernah melalui kesedaran perjuangan umno melalui kursus2 btn...kini ada lagi ke?kalau setakat raja arif,hanafi dan mokhtar yg pimpin btn,bukannya perkaderan umno tetapi ia akan jadi perkaderan abim.

PM dan razali perlu semak modul dan input ceramah btn hari ini???mana ada pendedahan ttg realiti politik dan ancaman kpd bangsa melayu???mana pendedahan ttg gerakan pembangkang pas,pkr dan dap???semua ttg ancaman diharapkan sebut dlm kursus btn..knp???krn bila didedahkan ianya secara automatic terpaksa mendedahkan kejahatan anwar ibrahim...bila sebut anwar ibrahim ianya berkait rapat dgn raja arif..jadi jgn sekali2 sebutkan...tayangan vedio anwar semasa ucapan presiden itu juga sebenarnya satu kesalahan besar pm kalau ikut raja arif,mokhtar dan hanafi.

Kalau ikhlas presiden inginkan umno bangkit melalui penguasaan dunia maya dan perkaderan,presiden umno kena berani bertindak...falsafah cina menyebut"ikan kalau buruk,ia buruk dikepala dulu".maksudnya ia bermula dgn ketua.presiden umno kena berani bertindak..tindakan yg paling baik dlm waktu terdekat memulih keberkesanan agensi2 sbg pemain"behind the screen" dlm menjayakan hasrat presiden utk perkaderan dan penguasaan maya(melatih jentera umno faham dan mahir ttg siber space)

2 perkara yg disebut oleh presiden iaitu perkaderan dan penguasaan dunia maya,bukanlah perkara mudah krn keduanya memerlukan kemahiran khusus dari segi merangka mudul,membuat pengisian dan menyusun program latihan.apakah biro2 dlm umno mampu berbuat demikian??selama ini, tugasan2 spt inilah dibuat secara hidden oleh agensi2 yg mahir dan berkebolehan.

Thursday, December 5, 2013

PENGERUSI MEDIA BARU PEMUDA TERUS DIPERSOALKAN!! #LIFESTYLE

AGAK kecewa dengan kenyataan Pengerusi Biro Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini yang tersebar secara meluas dilaman-laman media sosial berkenaan kenyataan kurang ajar beliau yang mengatakan pengamal media sosial pro-BN tidak berfungsi dengan baik.

Kemunculan Red Bean Army yang pernah menggegarkan alam maya dengan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin UMNO menjelang Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini sedikit sebanyak merosakkan sokongan rakyat terhadap BN.

Kecewa apabila seorang yang dipilih oleh perwakilan pemuda dan diberi tanggungjawab oleh KJ sebagai panglima media baru mengatakan yang pejuang media baru pro-BN ini hanya pandai menghabiskan duit dan seterusnya insentif tidak akan diberikan lagi.

Minta maaf! Siapa yang dimaksudkan dengan pejuang maya ini berbayar? Mohon penjelasan Exco Pemuda UMNO Malaysia ini.

Wednesday, December 4, 2013

USTAZ KAZIM TOLAK PELAWAAN LANTIKAN MAJLIS TERTINGGI UMNO!!

AKHIRNYA Ustaz Kazim membuat keputusannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun. Biarlah Ustaz Kazim terus dengan kariernya sebagai penceramah bebas bagi menyebarkan lagi dakwah Islamiyah tanpa terikat dengan mana-mana parti.

Selepas pelbagai tuduhan dan kutukan yang diterima sehingga ada dari penyokong PAS sendiri yang memfitnah beliau dengan bermacam-macam gelaran sehingga ke anjing dan babi. Itulah mentaliti ahli dan penyokong PAS yang luar nampak alim tetapi di dalam penuh dengan syaitan.

Sekali lagi TAHNIAH kepada Ustaz Kazim. Satu pilihan yang bijak.

Tegurlah UMNO dari luar seperti sebelum-sebelum ini.

SUNGAI PETANI 4 Dis. - Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menolak pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 
Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program ceramah agama di Taman Ria, di sini, malam tadi. 
Ustaz Kazim berkata, beliau akan mengumumkan secara rasmi melalui sidang akhbar hari ini. 
Pada Jumaat lalu, UMNO mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT, antaranya Ustaz Kazim dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. 
Selepas pengumuman terbabit dibuat, Ustaz Kazim menerima pelbagai tohmahan dan fitnah termasuk daripada pemimpin dan ahli parti Pas. 
Lantaran itu, kelmarin, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas.

Tuesday, December 3, 2013

#PAU2013: PEMIMPIN UMNO MOHON KERAJAAN TELITI KENAIKAN TARIF ELEKTRIK!!

ISU peningkatan tarif elektrik yang bakal dikuatkuasakan oleh kerajaan pada awal Januari 2014 akan datang bukan sahaja meresahkan rakyat marhaen terutama mereka yang berpendapatan rendah malah pemimpin parti juga turut mempersoalkan kenaikan tarif elektrik ini.

Media Nadi Rakyat Malaysia sempat menemubual beberapa orang pemimpin ketika berada di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 antaranya Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato' Jamal bin Md. Yunos.

PENGURUSAN PWTC UBAH KEDUDUKAN KALIMAH ALLAH!! #PAU2013

TERIMA kasih kepada pengunjung PWTC yang prihatin dengan kesilapan kecil mereka. Pihak pengurusan PWTC dan pengelola Perhimpunan Agung UMNO 2013 juga memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu sehingga menjadi isu besar dalam kemeriahan himpunan ribuan ahli UMNO di PWTC.

Sebentar tadi juga pihak pengurusan telah membetulkan kesilapan itu dan semoga perkara ini dapat melegakan hati semua pihak. Ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan kerana tidak memantau dengan lebih teliti terhadap perkara ini.

Semoga perkara ini tidak akan berulang lagi.

Kenaikan Tariff Elektrik dan Keuntungan IPP

Kita mengkritik bukan sebab kita benci, but much to the contrary. Berlainan dgn pembangkang, yg hanya bangkang Tanpa sense, tapi rasa tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia membantah dengan fakta, demi kesinambungan Kerajaan itu sendiri.

Sebagai seorang yg dari bidang "gas n energy" saya faham benar dengan keadaan subsidi elektrik, pasaran elektrik dan harga2 pasaran gas, arang batu.

Saya faham hujah Menteri yg menyatakan TNB hanya menyalurkan Pass Through Cost, ie tidak mendapat keuntungan dari kenaikan tariff. Saya juga faham nilai pasaran harga Gas (yg merupakan bahan mentah terpenting penghasilan elektrik) pada harga pasaran adalah RM40 per mmBTU (sejuta metrik unit thermal) jauh lebih rendah daripada RM13.70 per mmBTU yg diberikan oleh PETRONAS. INI JELAS KERAJAAN N PETRONAS MENANGGUNG BEBAN SUBSIDI YG BESAR.

BUT THATS NOT THE CRUX OF THE ISSUE....

Pls Menteri give me something that we dont know. You are just telling half truth, Sir. Lets face the issue head on....

I) Kenapa keuntungan IPP terutama IPP generasi pertama mengaut keuntungan yg besar? Wajarkan syarikat2 PERSENDIRIAN BESAR INI mengaut keutungan at the expense of tax payers (dalam erti Subssidi).

2) Isu PPA (power purchase agreement) telah lama dibincang. Saya yakin kerajaan telah banyak kali berbincang dengan IPP terbabit. Kenapa sampai sekarang, PPA ini nampak amat kebal?. We are the government of the day for god sake, dont tell me you are incapable of shaking these PPA?

3) saya faham tariff eletrik perlu dikaji kerana beban subsudi. Persoalan saya adakah kerajaan telah melakukan segala2 yg mungkin seperti merombak PPA sebelum memikirkan kenaikkan tarif pada rakyat? Sudahkah di adakan kajian "benchmark" keuntungan IPP ini dgn IPP seluruh dunia (IPP seluruh dunia tak mendapat keuntungan yg sebesar ini, i ve to remind Pak Menteri)

4) Berkenaan klausa2 dlm PPA. SUDAHKAH PIHAK KERAJAAN MELAKUKAN KAJIAN SUPAYA PPA INI ADIL DAB TIDAK MEMBEBANKAN KERAJAAN DAN RAKYAT.

5) Terakhir sekali, kerajaan perlukan menteri menteri yg lebih bijak menjalankan tugasan. Sudah banyak kali saya lihat menteri2 membuat kenyataan yg saya anggap tidak berapa cerdik sebelum ini. Dlm isu ini, saya sebenarnta berharap menteri membuat penjelasan, perbincangan yg lebih telus dahulu. Jelaskan pada rakyat setelusnya dan jawab beberapa masalah IPP yg diutarakan. 

MEMBERI PENJELASAN YG HALF TRUTH IS AN INSULT TO RAKYAT.

TRUST ME SIR, PEMBANGKANG WILL BE MORE THAN HAPPY TO SENSIONALISE THIS ISSUE. YOU CANT BLAME THEM, AS THAT WHAT THEY DO. YOU SHOULD BLAME YOURSELVES SIRS, FOR NOT MANAGING THE ISSUES WELL.

PEMBANGKANG ARE SMILING... I AM SURE.

Kesimpulan, saya setuju kerajaan menanggung bebas subsidi yg tinggi, dan ada kemungkinan tariff eletrik kita rendah. Tetapi persoalanya, adakah kerajaan telah melakukan YG TERBAIK utk memasti Subsidi2 jatuh kepada Golongan yg sepatutnya menerima, sebelum membebabkan Rakyat....

Jgn bermain letrik....nanti terbakar jari...

DS Najib Razak. I pity you for having menteri yg suam suam kuku, but i hve confident you will be able to handle this issue n listen to our cry...over to you Sir.

-Saiful Zaini-

Monday, December 2, 2013

USTAZ KAZIM ELIAS ISYTIHAR KELUAR PARTI PAS!!!

SEBENARNYA berita yang tidak mengejutkan apabila Ustaz Kazim sendiri mengisytiharkan keluar dari PAS petang tadi selepas bertemu dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

Pengumuman ini disampaikan setelah beberapa hari dicemuh dengan melampau hingga tahap kesabaran penceramah agama ini sampai kemuncak. Malah ada ahli PAS yang menggelarkannya ANAK BABI kerana hanya semata-mata Presiden UMNO memilih beliau untuk menganggotai Majlis Tertinggi UMNO.

Keputusan sama ada beliau menerima atau menolak perlantikan MT akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada masa yang sesuai.

PAS KAFIRKAN USTAZ KAZIM HANYA KERANA JEMPUTAN NAJIB MASUK MT UMNO!!!

HEBOHLAH seantero dunia bahawa Ustaz Kazim Elias, Penceramah Bebas dipinang oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk bersama-sama kepimpinan UMNO yang lain dalam Majlis Tertinggi UMNO.

Segala macam fitnah, tohmahan, maki-hamun, serta beribu-ribu cacian terhadap pendakwah ini telah dilemparkan sejak nama beliau dilantik bagi menganggotai MT UMNO. Ya! Benarlah kata Ustaz Kazim, tak dinafikan juga yang beliau masih lagi ahli PAS Perak dan masih belum mengisytiharkan keluar dari parti itu.

Jadi, apa masalahnya kalau Najib sendiri yang jemput? PAS rasa tergugat ke?

Selama ini pun siapa yang lebih kuat maki dan fitnah terhadap Ustaz Kazim walaupun dia masih ahli PAS tetapi kerana ceramah beliau lebih banyak menyindir PAS, makan berbatalion ahli PAS yang buta hati telah menghinanya. Wajarkah seorang alim ulama', punya pengetahuan luas dalam agama Islam diperlakukan begitu rupa? Dan yang lebih teruk lagi oleh ahli PAS sendiri?

Segala keputusan terpulang kepada Ustaz Kazim sama ada mahu menerima pelawaan itu atau tidak. UMNO memang perlukan seorang penasihat agama dalam Majlis Tertinggi Parti. Bukan nak cakap semua pemimpin UMNO dah lari jauh dari agama Islam namun hakikat sebenarnya perlu juga dirungkai walaupun pahit.

Tetapi perlu diingat bahawa ribuan penyokong PAS memang tidak senang jika Ustaz Kazim bersama UMNO bagi membina semula UMNO yang dulu. Mungkin PAS sudah tersentak dengan pembabitan golongan ilmuwan dalam UMNO.

Apa-apa pun aku masih menyokong Ustaz Kazim walaupun dia masih ahli PAS.

Wednesday, November 27, 2013

ADUN DAP SELANGOR MINTA PERUNTUKAN TAMBAHAN BINA LEBIH BANYAK RUMAH IBADAT!!!

SEBENTAR tadi, Adun DAP Kampung Tunku, Lau Weng San meminta kerajaan negeri Selangor mempertimbangkan untuk memberi peruntukan lebih bagi rumah ibadat selain masjid dan surau di negeri Selangor.

Dalam perbahasannya di dalam dewan beliau mendesak supaya Tan Sri Khalid Ibrahim memberi perhatian khusus dengan cadangan ini berikutan keadaan rumah ibadat samada tokong Buddha mahupun kuil Hindu di Selangor kelihatan uzur dan terlalu lama sehingga mencacatkan pemandangan negeri Selangor yang dikatakan maju.

Perkara ini juga perlulah lebih adil kerana pemberian peruntukan bagi pembinaan dan baikpulih masjid dan surau orang Islam diberikan namun tiada sebarang peruntukan yang dikeluarkan dan dikhaskan kepada rumah ibadat bukan Islam yang lain.

Lihatlah, mereka sudah tuntut peruntukan kewangan lebih yang menyemai konsep kesamarataan walaupun bilangan penganut agama Hindu dan Buddha di Selangor masih minoriti.

Umat Islam hanya membisu kerana majoriti dalam dewan sekarang ini adalah wakil rakyat bukan Islam.

CERITA SEBENAR 2 ADUN DAN 11 KETUA CABANG PKR SABAH KELUAR PARTI!!!

Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti pada Selasa dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri.

Beliau berkata gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katanya.

Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Hanya wakil Beluran tidak hadir.

Turut serta ialah dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengisytiharkan keluar parti pada 4 November lepas iaitu Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan dan Adun Kedamaian Jeremy Malajad.

Najib berkata turut sama mengisytiharkan keluar parti pada hari ini ialah bekas anggota Parlimen Bandau Henry Madatang dan calon PKR Parlimen Papar pada Pilihan Raya Umum ke-13, Jomi Kamadan.

Beliau telah dimaklumkan banyak lagi dalam kalangan penyokong pemimpin-pemimpin PKR itu akan turut serta keluar parti dan memberi sokongan kepada BN.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka atas keyakinan untuk mengalih sokongan kepada BN dan ini menggambarkan usaha kita untuk melakukan perubahan dan transformasi kepada negara khususnya Sabah, mendapat kepercayaan dan keyakinan mereka.

"Mudah-mudahan dengan ini BN akan dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat Sabah," katanya.

Najib berkata tindakan mereka keluar parti tidak sekali-kali dipengaruhi BN.

"Tak mungkin, sebab mereka sudah hilang kepercayaan (kepada parti PKR), itu pokoknya," katanya. Ditanya sama ada PKR akan terus lumpuh dengan perkembangan itu, beliau berkata PKR akan cuba mengumpulkan semula kepimpinan parti itu di Sabah tetapi kekuatan sebenar parti terletak kepada pemimpin yang keluar PKR pada Selasa dan mereka yang bakal keluar parti.

Tuesday, November 26, 2013

YB BUDIMAN BERI LALUAN WAKIL PAS DARI ADUN DAP KAMPUNG TUNKU JAWAB ISU KALIMAH ALLAH!!!

PERBAHASAN tentang isu kalimah Allah yang menjadi fenomena hangat negara kembali dibincangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Namun celahan dari Adun DAP yang menghalang YB Budiman, Adun Sungai Panjang dari terus meneruskan perbahasan ini sehingga mendapat sokongan dari Rani, Adun Meru.

Benarlah PAS kini BARUA DAP!!!




SAMPAH SELANGOR: KERAJAAN NEGERI MASIH SALAHKAN BN SELEPAS 5 TAHUN PERINTAH!!

Exco kerajaan negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Datuk Theng Chang Khim hari ini mencadangkan di dewan Selangor supaya diwujudkan Inserator (tempat pembakar sampah) sebagai langkah untuk menangani lambakan sampah di Selangor.

Melihat kepada cadangan itu, penulis geli hati kerana cadangan serupa pernah dicadangkan oleh kerajaan terdahulu ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Yang menariknya, idea itu turut disanggah dan ditentang sendiri oleh Adun Sungai Pinang itu. Kini beliau pula yang mencadangkan idea serupa.

Inilah gelagat pemimpin cap ayam yang sentiasa berlakon dan menipu rakyat. Pemimpin cap ayam ini akan menentang segala idea yang ...baca lagi di SINI.

GEMPAR!! ADUN PENANTI DARI PKR PULA LETAK JAWATAN!!!

SELEPAS ADUN PKR dari Sabah meletak jawatan, semakin ramai pula pemimpin dalam pakatan terutama dalam PKR mendapat hidayah untuk sama-sama meletak jawatan dalam parti.

Maaf! Bukan letak jawatan sebagai ADUN, tetapi letak jawatan sebagai Ketua Wanita PKR Negeri Pulau Pinang. Perkara ini dikatakan disebabkan sikap Anwar yang kerap campur tangan dalam urustadbir PKR negeri yang beliau sendiri tidak dapat membuat keputusan dan hanya mengikut arahan dari Anwar sahaja.

Keputusan itu telah diumumkan dalam mesyuarat Wanita PKR Pusat yang dipengerusikan oleh ketuanya YB Zuraida Kamaruddin semalam.

Dengan perletakan jawatan yang disandang oleh YB Norlela Ariffin selama beberapa bulan selepas dipilih sebagai Adun Penanti, jawatan itu kini dikembalikan kepada bekas ketua wanita negeri, Norhayati Jaafar sehingga pemilihan pada 2014 nanti.

AHLI PARLIMEN DAP DAN PKR BERBALAH ISU 'KUCING KURAP'!!!

Sebelum isu PAS dan kerajaan Pulau Pinang tercetus, dua Ahli Parlimen dari DAP dan PKR telah terbabit dalam perbalahan terbuka.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR, Datuk Mansor Othman menegur Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi kerana menggelar pegawai berpangkat rendah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ‘kucing kurap’ dan tidak berilmu.

Gelaran itu juga ditujukan kepada Presiden MPPP, Datuk Patahiyah Ismail yang diminta oleh Ooi supaya meletakkan jawatan jika gagal melaksanakan tugas sebagaimana presiden majlis yang lalu.

Mansor, yang juga Pengerusi PKR negeri, meminta Ooi menarik balik tegurannya yang “keji” itu dan memohon maaf, dengan menyatakan ungkapan yang digunakan bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat.

"Jika beliau mahu menegur penjawat awam, beliau patut menggunakan saluran yang betul. Campur tangan seperti itu tidak menggambarkan sifat profesional sebagai seorang Ahli Parlimen,” Mansor dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

Beliau juga berkata, komen Ooi itu “sangat tidak wajar dan tidak patut” kerana ia merujuk kepada seseorang sebagai “keji”.

Bagaimanapun, Ooi dilaporkan tetap dengan pendiriannya, dengan menemplak Mansor: “Kita sudah hampir melupainya di Pulau Pinang. Dia ke tokong di sini? Jangan cuba menjadi tokong.

“Apa haknya untuk bercakap sedangkan dia masih belum bertanggungjawab terhadap kekalahan di Balik Pulau pada pilihan raya 5 Mei? Disebabkan kekalahan kita di Balik Pulau, kita berada 30km jauh dari Putrajaya.

Mansor terbabit dalam kontroversi pada Ogos tahun lalu apabila minit mesyuarat PKR yang bocor mendedahkan beliau melabel Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai ‘tokong’.

Bagaimanapun, Mansor menjawab bahawa kenyataannya telah dipetik di luar konteks dan beliau bermaksud memuji Lim.

Pada 5 Mei pula, PKR kehilangan kerusi Balik Pulau kepada calon BN, Datuk Seri Dr Hilmy Yahya, selepas menggantikan penyandang jawatan, Yusmadi Yusoff dengan Muhammad Baktiar Wan Chik.

Pada 24 September, Lim menyalahkan PKR di atas kekalahan kerusi Parlimen berkenaan dengan menyatakan parti itu memilih calon yang tidak sesuai.

Ooi turut meminta Mansor supaya jangan cuba mengambil kesempatan dengan mempertahan Fahatiyah, dan jangan mencampuri urusan kawasan Parlimennya.

Beliau mendakwa para pelabur mengancam akan menarik keluar projek bernilai berbilion ringgit dari Pulau Pinang disebabkan MPPP tidak efektif.

Ooi juga mengadu majlis itu menghantar pegawai berpangkat rendah yang tidak mempunyai pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan berurusan dengan beliau sebagai Ahli Parlimen.

Sunday, November 24, 2013

TERKINI!! PEMANDU YB LEMBAH KLANG ROGOL WANITA INDONESIA!!

Mengikut maklumat yang diterima dan saya yakin kesahihannya, malam tadi di Cheras telah berlaku satu kes pukul dan rogol secara bergilir yang dilakukan oleh seorang pemandu kepada seorang YB wanita yang mewakili satu parlimen di Lembah Klang. 

Saya tidak mahu menyebut nama YB berkenaan disini. Saya yakin anda akan tahu dengan sendirinya dalam masa terdekat.

Kejadian tersebut melibatkan seorang pembantu rumah wanita warga Indonesia. Difahamkan wanita tersebut telah diselamatkan oleh orang ramai dan telah dibawa ke sebuah Balai Polis dalam Daerah Cheras untuk membuat laporan polis. 

Selain dirogol, paspot, wang tunai, dan telefon bimbit wanita berkenaan juga turut diambil oleh perogol. 

Tidak mustahil kes ini...baca lagi di SINI.

Saturday, November 23, 2013

MAT SABU KEKAL JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS 2013-2015

"Ulamak 121" Mat Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi.

AHLI JAWATAN KUASA

1. Idris Ahmad, Ustaz
2. Mazlan Aliman, Haji
3. Mohd Nizar Jamaluddin, Dato' Seri Ir.
4. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir.
5. Mohd Hatta Ramli, YB Dr.
6. Nasrudin Hassan, YB Ustaz
7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz
8. Mujahid Yusof Rawa, YB Datuk Dr
9. Dzulkefly Ahmad, Dr
10. Mohamed hanipa Maidin, YB Hj
11. Kamaruddin Jaafar, YB Dato'
12. Khalid Abd samad, YB Hj
13. Nik Zawawi Salleh, Ustaz
14. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
15. Riduan Mohd Nor, Dr.
16. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
17. Siti Mariah Mahmud, YB.Dr.
18. Nuridah Salleh, Ustazah

Keputusan bagi jawatan Naib Presiden hanya akan diumumkan esok pagi.

Friday, November 22, 2013

KEPUTUSAN TERKINI DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

SHAH ALAM - Berikut keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas pusat bagi tempoh 2013 hingga 2015, yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini:
    
   
Ketua: Siti Zailah Mohd Yusof (468 undi)
   
Timbalan Ketua: Dr Siti Mariah Mahmud (429 undi)
   
Naib Ketua: Mumtaz Mohd Nawi (457 undi)
    
    Anggota Jawatankuasa:
        
    1. Dr Halimah Ali (476 undi)
    2. Aiman Athirah (457)
    3. Khairiah Mohamad (454)
    4. Normala Sudirman (446)
    5. Dr Asiah Ali (444)
    6. Aida Yusof Rawa (409)
    7. Wan Ubaidah Omar (393)
    8. Mastura Mohamad (392)
    9. Datuk Siti Aishah Ghazali (372)
    10. Azizah Khatib Mat (360)
    11. Wan Hasrina Wan Hassan (331)
    12. Kartini Ahmad (306)

Jumlah perwakilan yang mengundi: 665 orang.  - Bernama

Thursday, November 21, 2013

TERKINI!! SUHAIZAN KAIAT KETUA PEMUDA PAS YANG BARU!!

SEBENTAR tadi secara rasminya Dewan Pemuda PAS Pusat dengan sebulat suara memilih Suhaizan Kaiat dengan jumlah undi 320 sebagai Ketua Pemuda PAS yang baru dan menewaskan Kamaruzzaman Mohd (307), dan Zulhazmi Shariff (7).

Timbalannya pula dimenangi oleh Muhamad Khalil (355) menewaskan pencabarnya Raja Ahmad (282).

Manakala Naib Ketua Pemuda PAS adalah Mohd Khairul (411) melenyapkan terus harapan Ahmad Zamri dengan jumlah undi diperolehi 226.


MASLAHAT RAKYAT!! KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEMBANG BIKIN BIMBANG!!

KATANYA nak jaga maslahat rakyat negeri Selangor, tapi gerai yang dibina atas tanah sendiri, gunakan modal sendiri untuk beli kerusi meja, hanya ada karaoke dan tiada lesen kenapa di kompaun hingga RM50,000??? Mana human senses Khalid pasal rakyat negeri Selangor?




MUKTAMAR PAS 2013 : MAT SABU AJAK PEMUDA PAS ADAKAN RUSUHAN SEKALI LAGI!!

MALAM tadi bertempat di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Mat Sabu hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian persidangan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Kehadiran lebih kurang 500 orang dari seluruh negara dengan rasminya telah membuka gelanggang persidangan Pemuda PAS bagi bermesyuarat dan menyampaikan usul-usul yang ingin dibawa dari tempat masing-masing.

Bukan perjalanan majlis yang aku nak ceritakan kat sini. Cumanya dalam ucapan Mat Sabu ada menyentuh tentang kebobrokan UMNO yang bagai menagih simpati ingin bergabung dengan PAS apabila sudah dilihat lemah.

"Sekarang zaman transformasi, bila ada perubahan pasti ada pergolakan."

Itu adalah antara ayat yang diucapkan oleh Mat Sabu sebelum merasmikan muktamar pemuda. Bagaikan satu potong ayat yang lebih menjurus kepada rusuhan yang akan diadakan sekali lagi selepas tamatnya agenda Blackout, dan juga pengundi Bangladesh seramai 40,000 orang.

Dan aku juga percaya selepas dari ini pasti akan ada lagi kekecohan dan perarakan haram yang dianjurkan oleh pakatan haram akibat dari beberapa isu yang meruntun hati rakyat terutama berkenaan cukai GST dan juga isu baru-baru ini tentang penghapusan kereta yang melebihi 12 tahun.

Yang lebih pasti Mat Sabulah orangnya yang mengarahkan supaya para pemuda PAS turun beramai-ramai ke jalanan bagi menuntut keadilan yang direka oleh pemimpin berotak monyet seperti Mat Sabu ini. Perkara yang boleh diselesaikan dengan cara elok dan boleh dibawa berbincang tetap juga mahu memilih jalanan sebagai jalan penyelesaian.

Sama-sama kita saksikan...