Konco-konco ku

Thursday, May 21, 2020

RAMAI SUDAH KEMBALI MUNCUL SELEPAS UMNO JADI KERAJAAN!!!

Saya masih ingat selepas kita hilang kuasa 9hb Mei, ketika Pemilihan UMNO ramai yang tak berani menawarkan diri bertanding kerana hilang kuasa.

Paling real sebelum kita hilang kuasa, ramai yang pasang badan , cerita ttg kesetiaan perjuangan dalam UMNO dan minta bantu nak bertanding pelbagai jawatan dalam UMNO.

Bila UMNO hilang kuasa, semua hilang senyap seribu bahasa , malah bila tanya kenapa tak menawarkan diri bertanding jawapan mereka berubah iaitu tak minat lar pasal UMNO bukan kerajaan malah ada dikalangan mereka terus melompat tinggalkan UMNO.

Jadi ketika pemilihan 2018 , tak ramai yang berani menawarkan diri bertanding kerana .

1) UMNO Bukan Kerajaan dan tiada kuasa
2) UMNO Tiada Dana , Jika Menang Semua Kena Tanggung Sendiri.
3) UMNO Pasti Tidak Akan Kembali Jadi Kerajaan, Buang Masa.

Maka Yang Menawarkan Diri Pada Pemilihan UMNO 2018 , Majoriti Meletakkan Kepentingan UMNO Dihadapan Melebihi Kepentingan Pribadi, Kerana Ketika Itu Yang Menawarkan Diri Majoriti Tanam Dalam Diri Utk Terus Bantu UMNO Bangkit Daripada Abu Kekalahan.

Zaman 22 Bulan Kita Jadi Pembangkang, Pelbagai Kutukkan, Hinaan, Caci-Maki , Fitnah , Tikam Belakang Dan Macam2 Lagi Kita Lalui Dengan Cekal Serta Tabah.

Macam2 Pertuduhan Drpd Mahkamah Sehingga LHDN digunakan untuk takutkan Pemimpin UMNO dan Penyokong UMNO Untuk Cipta Persepsi Negatif Dimata Rakyat.

Bergadai, Berpanas , Berhujan Barisan Kepimpinan UMNO Ketika Kita Pembangkang Untuk Jaga Parti UMNO Agar Terus Bangkit. Bukan Perkara Mudah Jadi Pemimpin Zaman Pembangkang, Tiada Siapa Yang Bantu Untuk Tadbir Parti Daripada Segi Dana Dan Peruntukan Semua  Sendiri Tanggung Kerana Sayangkan UMNO.

Kepimpinan UMNO Terus Langkah Kehadapan Dengan Istiqamah Untuk Terus Perkukuhkan UMNO Hari Ke Hari Tanpa Kenal  Penat Lelah Kerana Sayangkan UMNO..

Sehinggalah UMNO Kembali diterima oleh Rakyat sedikit demi sedikit dan dalam masa 22 Bulan Berjaya Kukuhkan Kembali UMNO. Pelbagai Strategi Disusun Sehingga Kini Alhamdulilah Berjaya Jadi Sebahagian Daripada Kerajaan Perikatan Nasional.

Tapi Kini Perasan Tak , Sudah Muncul Kembali Watak2, Kumpulan2 ,Virus2 Yang Sebelum Ini Lari Tinggalkan UMNO , Yang Tak Yakin Ngan UMNO , Yang 22 Bulan Duduk Di Kedai Kopi Bercerita Zaman UMNO Sudah Habis, Yang Bangga Berselfie Ngan Pemimpin Pakatan Harapan 

Mereka kembali nak berhimpit ngan Pemimpin2 UMNO  dan Penyokong2 UMNO Ibarat mereka ni tak bersalah. Malah Kini Puak2 Ni Mula Bercita2 Kembali Nak Bertanding Rebut Jawatan Pada Pemilihan Akan Datang Kerana UMNO Kembali Berkuasa.

Zaman Susah Mereka Hilang, Kita Kena Ingatkan Puak2 Ni Ketika Zaman Kita Berkuasa Kita Bangga, Ketika Zaman Susah Hilang Kuasa Kita Setia Dan Taat. Kita Boleh Maafkan Tapi Kita Tidak Lupa Siapa Mereka.

UMNO SEBUAH PARTI PERJUANGAN. Hanya yang cekal, tabah, setia , ikhlas, berani dan istiqamah akan berjaya.

BERSATU, BERSETIA , BERKHIDMAT

Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Ketua UMNO Bahagian Subang

1 comment:

  1. Jgn diayan manusia2 yg berperangai sebigini...umno harus istiqamah dan terus bersama pejuang2 yg sentiasa bersama umno dlm keadaan susah dan senang..Umno harus kenalpasti yg mana intan dan yg mana kaca..UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA..Wallahualam

    ReplyDelete

comment please.....