Konco-konco ku

Saturday, February 17, 2018

Isu Stadium : Kenyataan Setengah Masak Azmin Amat Memalukan

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Muhamad Nazri Mohd Amin menyifatkan kenyataan Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Azmin Ali berhubung kemelut penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018 sebagai kenyataan amat memalukan.

Menurut beliau sebagai seorang ketua kerajaan negeri kenyataan sedemikian rupa tidak sepatutnya dikeluarkan apatah lagi kerajaan negeri di bawah kepimpinannya sering melaungkan kononnnya “peduli rakyat”

“Kita tidak terfikir langsung seorang menteri besar boleh membuat kenyataan sebegitu rupa. Apa gunanya Stadium Shah Alam yang besar dan boleh menampung kapasiti penyokong yang ramai dan lengkap dengan segala kemudahan tidak boleh digunakan oleh pasukan sendiri.

“Perbandingan yang digunapakai langsung tidak mencerminkan keadaan dan senario yang sebenarnya. Lainlah jika Selangor tidak mempunyai stadium dan sebagainya. Ini adalah berkaitan sukan nombor satu  negara. Seriuslah sikit.

“Bukan soal ada padang atau tidak.. ini soal sentimen dan keperluan rakyat dan penyokong Selangor yang ramai memerlukan stadium yang lebih besar khususnya Stadium Shah Alam

“Jelas Azmin mempolitikkan isu ini kerana sanggup mengorbankan aspirasi dan harapan rakyat serta penyokong Selangor sekaligus menyerlahkan ego dan politik beliau yang sebenarnya, ” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Dilaporkan Azmin secara sinis membuat perbandingan dengan pasukan bola sepak Iraq berhubung kemelut penggunaan stadium oleh pasukan negeri berkenaan.

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir” sinis Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kemelut penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018.

Pun begitu ujar Azmin, Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shaari sedang meneliti perkara itu.

“YB Amir sedang teliti permohonan tersebut,” katanya.

Pasukan ‘The Red Giants’ dinafikan untuk beraksi di SSA susulan masalah dalaman antara Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) dengan kerajaan negeri sejak penghujung 2016.

Sejak itu, pasukan bola sepak itu tidak memiliki gelanggang rasmi dan terpaksa menumpang stadium lain.

Nazri yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang seterusnya berkata Azmin sepatutnya elakkan diri dari dilihat sebagai pemimpin setengah masak dengan segera mencari jalan penyelesaian terutama pasukan bolasepak Selangor yang cukup gah di negara ini dari sudut sejarahnya.

Katanya lagi apa yang penting adalah untuk seluruh rakyat Selangor dan bukannya untuk kepentingan politik mana-mana pihak sekalipun kerana bola sepak dapat menyatukan segala-galanya.

“Inilah masalahnya jika pemimpin yang tidak menjiwai orang muda. Hari ini orang muda dan seluruh rakyat Selangor dapat melihat sejauh mana kebertanggungjawaban seorang menteri besar yang seharusnya melihat soal berkenaan secara serius dan bukannya mengambil sikap acuh tak acuh,” ujarnya. -MediaUMNO


2 comments:

  1. azmin tak perlukan lagi jamban untuk main hisap2....min bolih gunakan stadiuam shah alam...

    ReplyDelete
  2. Jemin masih dlm khayalan kot.. dia rasa kerusi mb sekuat dahulu... pru14 ni nampak gayanya terbang!

    ReplyDelete

comment please.....