1. Saya ingin menyentuh mengenai Surat Terbuka Sdra Syed Saddiq , ketua Armada Bersatu kepada Sultan saya , DYMM Tuanku Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah.
2. Saya kurang pasti dari negeri mana dan salasilah usul Sdra Saddiq , tetapi secara ringkas , surat yang ditulis kepada DYMM Tuanku Selangor biadap dan kurang hormat , terutamanya , dengan nada yang seolah-olah mahu mengajar DYMM Sultan Selangor untuk memahami isu berkenaan.
3. Menurut Sdra Syed , DYMM Sultan Selangor 'salah faham' mengenai isu pernyataan Pengerusi Parti Bersatu terhadap keturunan Bugis.
4. Atok dan bapa kepada ayahanda saya adalah dari keturunan Bugis .
Kami berasal dari Kuala Selangor - Negeri Selangor .
Ini bermakna , saya juga mempunyai darah Bugis yang mengalir dalam tubuh. Namun , penulisan ini bukan berkenaan dengan saya.
5. Perkara ini amat asas dan mudah , dimana , pendengar jelas boleh tahu di mana betul dan di mana salah. Tiada gunanya Sdra Saddiq cuba mempertahankan perkara yang salah , di mana secara nyata , umum tahu , sehingga ke seluruh pelusuk Nusantara juga tahu , pernyataan itu ada mengkaitkan dan merujuk kepada bangsa Bugis itu sebagai Perompak dan Lanun. Kalau tiada angin , masakan pohon bergoyang.
6. Sekarang , sudah terlambat jika seolah-olah pernyataan itu hanya dirujuk kepada Perdana Menteri Malaysia sahaja , tetapi ianya telah menyinggung terutamanya mereka dari keturunan Bugis.
7. Sebagai seorang yang boleh dianggap waras dan berpendidikan , saya berharap agar Sdra Saddiq dapat membezakan diantara perkara yang salah dan yang benar. Yang salah tetap salah , yang benar tetap benar.
8. Saya juga amat berharap , pemimpin parti Bersatu memberhentikan segala nada politik yang membawa kepada kebencian puak dan kaum , yang boleh mengundang perpecahan rakyat dan mengugat kestabilan Negara.
9. Perkara Ke-Dua didalam Rukun Negara adalah KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Ini perkara asas.
10. Dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia yang mendukung Rukun Negara , tingkah laku Syed Saddiq terhadap DYMM Sultan Selangor ini, seolah-olah memperlekehkan kenyataan DYMM Tuanku, keterlaluan dan biadap , terutamanya kerana beliau menulis secara 'terbuka' kepada DYMM Sultan Selangor , dan kandungannya di saji diruang umum , dengan nada seolah-olah ingin mengajar DYMM Sultan Selangor yang dikatakan 'tidak faham' dengan mencuba menegakkan benang yang basah.
11. Dalam surat terbuka yang sama , Sdra Saddiq mengambil kesempatan untuk memesongkan banyak perkara-perkara lain yang tiada langsung ada kaitan dengan Kenyataan Akhbar DYMM Sultan Selangor mengenai kemurkaan dan kekecewaan DYMM Tuanku mengenai pernyataan Pengerusi Parti Bersatu.
12. Saya berharap agar anak-anak muda Malaysia hari ini dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari tingkah laku Sdra Saddiq dalam isu ini , dengan tidak mengulangi , dan mencemari institusi Kesultanan di Negara ini.
13. Kita perlu menjauhi perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang boleh memurkakan dan menderhakai Raja-Raja dan Sultan-Sultan di Malaysia.
14. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mendokong prinsip Rukun Negara , sebagai seorang yang berketurunan Bugis dari Kuala Selangor , sebagai seorang ahli politik muda yang berasal dan membesar di Negeri Selangor , sebagai seorang yang sentiasa taat dan setia kepada Raja dan Negara , saya anggap surat terbuka dengan nada yang sedemikian oleh Sdra Syed Saddiq kepada Sultan saya , DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan , adalah keterlaluan dan amat biadap.
'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'
Sekian
Terima Kasih
*Mohamed Hazali Abu Hassan*
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Biro Antarabangsa PPUM Malaysia
AJK UMNO Kuala Selangor
8 November 2017
Konco-konco ku
Wednesday, November 8, 2017
Teguran kepada Surat Terbuka Sdra Syed Saddiq kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
comment please.....