Konco-konco ku

Wednesday, April 19, 2017

821 AHLI PPBM NEGERI SEMBILAN KELUAR PARTI

Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman, mengumumkan keluar parti bersama 821 ahli parti serpihan itu di seluruh negara, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga antara tujuh pengasas parti serta Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) belum memutuskan parti bakal disertai.

Katanya, mereka membuat keputusan keluar parti kerana PPBM tiada hala tuju untuk membela rakyat dan memartabatkan negara.

Sebaliknya, katanya, Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tiada agenda lain kecuali menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kami percaya PPBM tidak mampu memenangi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14) kerana parti tiada kekuatan menandingi BN (Barisan Nasional) dan parti pembangkang lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kamarul Azman turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penaja PPBM Teluk Kemang dan menolak tawaran pelantikan sebagai Ketua Perhubungan PPBM Negeri Sembilan. - BH


No comments:

Post a Comment

comment please.....