Konco-konco ku

Saturday, April 23, 2016

KONTRAK PEMBERSIHAN BANGUNAN SUK NAIK 89%



Bayaran bulanan kontrak pembersihan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor era Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meningkat sebanyak 89 peratus, dedah Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard mendedahkan kontrak bulan pembersihan bangunan SUK Selangor era Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya sebanyak RM33,000/ sebulan tetapi meningkat menjadi RM300,000/ sebulan pada era Azmin.

“Bayaran bulanan kontrak pembersihan Bangunan SUK Selangor semasa Menteri Besar Mat Taib adalah RM27,000/-, dan Khalid Ibrahim pula RM33,000/-.

“Tapi kini semasa Azmin Ali, telah jadi RM300,000/- sebulan, betulkah ? Siapa dapat ?

“Wow! Cuci jamban guna berus dawai emas ka?” dedah CheguBard dalam Facebook hari ini. https://www.facebook.com/chegubard/posts/1363353547023494

CheguBard berkata beliau mendapat maklumat itu berdasarkan bukti dokumen yang diserahkan oleh orang dalam di SUK Selangor kepadanya. -Wakeup Malaya

No comments:

Post a Comment

comment please.....